Friday, March 21, 2014

Ada Apa Dengan SPM

Assalamualaikum w.b.t

Semalam result SPM keluar. Dalam family xde yang amik SPM so xde la tertanya-tanya result masing-masing dapat. Teringat lak zaman time nak amik SPM dulu. Pergi amik ngan member-member je. Naik bas dari Klang ke KL. Dulu sekolah Teknik Cheras. Amik course Mekanikal. Camno leh sesat amik course tu pun xtau la. bahaha. Memang satu bende tak paham kot zaman sekolah. Belajar nak exam je. Result SPM bese-bese je la pun. 3A je. Subjek yang selalu fail, lulus kira syukur sangat dah tu. Dah dapat result beratur kat public phone lak tunggu turn nak call mak bagitau. Time tu hp xpakai lagi.

Lepas SPM masuk Matrix kat Kedah. Amik course Sains Fizik. Time Matrix ok sket result. Sebab frust ler konon result SPM, nak tebus balik time Matrix. Teringat Lecturer Kimia kat Matrix, tiap kali test kalau sape dapat markah bawah 60 kena diri atas kerusi. Gigih pulun study Kimia sebab nak score time test tak nak diri atas kerusi punya pasal. Berbaloi le lecturer wat gitu. hehehe. 

Pas Matrix sambung degree kat UTM. Course Quantity Surveyor (QS). Ni pun satu hal gak. Ntah cmne boleh ambil. Padahal tak tahu amende pun pasal QS @ Ukur Bahan. Apa la yang nak diukurnye duk pk. bahaha. Uda time tu kerja company Contractor, pastu Uda suh apply QS. Padahal dah letak pilihan ke-3 ke ke-4 ntah. Boleh dapat lak. Rupanya bila dah belajar tu, macam-macam ada rupanya QS ni. Sem 1 ke laut result. Sib bek tak kena kick U je. hohoho. Padan ler muka, banyak nau main. Sem-sem seterusnya pulun balik. Tapi tak ada r dapat 1st class pun.

Degree QS UTM course 3 tahun je. Last sem Degree kengkawan ajak amik Master lak. Nak kije pun cam tak ready lagi je. Boleh pulak pk camtu eh time tu. Orang lain dah tak sabo nak pegang duit. Memandangkan time tu Master setahun je, so apply le Master. Sekali kengkawan lain yang apply sesama Master dorang xpergi pun. hohoho. Dah kije pun ko tak nak kan, sambung je la Master terus pas Degree. Pastu terus tune amik Master nanti nak jadi lecturer kononnye. Sekali dah grad lecturer pun ke mana. hahaha. Rezeki kije lain. Alhamdulillah.

Kalau perasan kan, course Mekanikal time SPM yang saya ambil xde kaitan langsung pun dengan course time Degree. Jauh lari tu. Subjek yang saya belajar time Matrix pun x guna sangat pun time Degree. Degree ke Master je la ada kaitan. Nak kata yang SPM tu bukan penentu segalanya, tak jugak. SPM memang penting. Tapi tak semestinya kalau kita tak score dalam SPM, tu kira dah habis talian hayat. Pada pendapat saya life lepas-lepas tu memainkan peranan gak. Ada je kawan yang biasa-biasa time SPM, tapi jalan dia pilih selepas SPM tu buat dia jadi somebody sekarang. 

So, adik-adik yang frust dengan result masing-masing, jangan kecewa. Fikirkan back up plan. Jangan risau, InsyaALLAH ada jalan. 

Wednesday, March 19, 2014

35 weeks

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni genap 35 minggu. Nebes. Semalam ada check up. Tak berapa best. huhuhu. Rasa down sket dengar doktor cakap. Tiap kali scan pun memang doktor (doktor lain) ada bagitau yang baby bam bam macam abang Afkar. So dah ready le sikit sebanyak. Tapi semalam Doktor bagitau yang baby besar, akan lebih besar dari abang Afkar. Dan statement doktor cakap baby terlalu besar pun berbahaya gak. Huwaa. Tapi Doktor x explain lak bahaya n risiko nye apa. huhuhu. Nak bertanya pun jadi tak tertanya sebab blank tetiba dengar ayat "berbahaya". Memang serious jadi blank pastu. Sepatutnya nak minta surat pengesahan tarikh EDD dari Doktor untuk nak apply maternity leave terus terlupa. Mr.Teddy cuba tenangkan saya n bagi semangat, tapi saya jadi terlalu risau. huhuhu. Tambah risau sebab andaian Doktor yang sama time bersalinkan Afkar betul. Tapi apapun berbalik kepada kuasa dan izin Allah. Ya Allah, semoga segala urusan saya dipermudahkan dan selamat semuanya. Kengkawan tolong doakan yerk. 

Balik umah time nak tido boleh lak kena Braxton Hicks (kontraksi palsu). Sakit dah macam contraction betul. Sib bek Afkar memahami. Bila dia nak sondol mengempeng saya cakap kat dia, "Ummi sakit ni Afkar." Dia tengok saya menangis, dia cium-cium muka saya, ambil botol susu g sondol Babah lak. Selalunya ikut dia je nak lanyak perut saya. Tapi malam tadi dia pusing ikut belah kaki nak ke Babah dia. Terima kasih Abang Afkar. Walaupun ter'accident' gak dia melanyak kekadang tu. huhuhu. 

Mr.Teddy tanya nak g hospital tak. Saya geleng je. Saya cakap false alarm ni. Sebab baru balik check up, Doktor kata baby dah pusing tapi lom engage lagi. So saya try betul-betul kan kedudukan, lama-lama hilang. Betul la tu Braxton Hicks.

Macam mana nak bezakan Bracton Hicks dengan contraction sebenar, baca kat bawah ni:-

Kontraksi Braxton Hicks (Kontraksi Palsu)

  • Tidak teratur atau tidak tetap                                 
  • Sela masa tidak hampir jaraknya biarpun waktu makin berlalu
  • Sering kali lemah dan tetap berkeadaan seperti itu. Mungkin mengalami kontraksi yang lebih kuat, diikuti kontraksi yang lebih lemah.
  • Kontraksi yang dialami apabila berehat, berjalan atau berubah kedudukan
  • Tempoh masanya pelbagai
  • Tidak mempengaruhi bukaan serviks
  • Rasa sakit yang biasa dialami hanya dirasakan pada bahagian hadapan.

Kontraksi Sebenar
  • Mempunyai pola sakit yang teratur                                
  • Sela masa kontraksi semakin dekat jaraknya seiring dengan pembesaran saiz serviks
  • Kekuatan kontraksi bertambah seiring dengan berjalannya waktu
  • Kontraksi tetap dialami walaupun apa juga yang anda lakukan
  • Biasanya berlangsung antara tempoh 30 saat sampai 90 saat
  • Menyebabkan bukaan serviks semakin melebar
  • Rasa sakit dialami bermula dari punggung dan bergerak ke hadapan.
Sumber: Majalah Pa & Ma Bulan April 2014.



Monday, March 17, 2014

Anniversary Ke-3


Assalamualaikum w.b.t

Cite agak basi ni. Baru nak update. 5hb aitu wedding Anniversary kitorang yang ke-3. Alhamdulillah. Sejak dua menjak bakal nak jadi mak anak dua ni saya punya daya ingatan memang kureng sket. huhuhu. Ingat anniversary 5hb Mac.Memang ingat. Tapi boleh tak perasan yang 5 Mac tu around the corner je. Banyak nau bende nak pk kot. bahaha. Saya perasan time 4hb. Eh esok 5hb ke. Xplan ape2 ni. Adiah pun xbeli. huwaa. Majuk la Mr.Teddy kite tu kang. Dari weekend die dah duk zikir "Yang next week anniversary kite" lagi boleh bini die ni x perasan. 

Pastu pulak 5hb tu ade meeting, so xleh le nak EL. Dah memang silap sendiri sebab x perasan tarikh minta maap je la kat Mr.Teddy. Dah r tdo awal. APTB tol. Ingat nak teman Afkar tidur je sekali kedaung sekali. Syian kat Mr.Teddy kite tu. OTW nak g office time bukak handbag nampak something from Mr.Teddy. Touching. Meleleh air mata kat LRT station. Sib bek tak banjir. hahaha. Sempat le SMS jiwang kat Mr.Teddy. Malam tu g dinner sekeluarga kat Secret Recipe. Pastu plan dengan Mr.Teddy nak cuti hari Jumaat tu nak dating berdua.

Sekali hari Jumaat tu leh pulak Mr.Teddy kena g kije gak. Dah majuk dah kite tau. Huhuhu. Dah la hari Jumaat kan. Kang nak g solat Jumaat. Singkat je masa yang tinggal. Pastu Mr.Teddy tau je yang bini die ni dah majuk, nak pujuk punya pasal ajak la pergi Felda Residence Hot Springs, Sg Klah. Bini terus senyum balik sampai telinga. Tak jadi nak muncung. hehehe. Selalu saya yang buat. hehee. Lepas Jumaat kitorang pun bertolak dari Bandar Baru Bangi.

Last minute punye plan jenjalan ni. 1st time Mr.Teddy yang in charge nak book hotel. Mr.Teddy book deluxe room. Bilik ok ler gak. Tak ada la besar sangat, xada la kecik sangat. Selesa le tuk keluarga kecik saya. Tapi xde wifi. Line hp pun nan ado.huhuhu. Kat cafe ade wifi. Kitorang stay satu malam je kat Hot Springs. Nak masuk ke Hot Springs ni dari jalan besar agak jauh ke dalam gak. Tu cakap kat Mr.Teddy memang kalau dah masuk dalam tu xde la nak keluar ke pekan balik. Tapi on the way nak masuk dalam tu pun ade gak kedai-kedai kalau nak beli apa-apa bekalan. So xrisau sangat. Sampai relax-relax jap pastu bawak bujang kecik berkubang kat kolam.

~OTW. Kemain dua beranak ni ha melaram. Afkar sibuk nak pakai cermin mata gak tengok babah dia~

~Welcome~



~Deluxe Room~

Maybe kitorang g hari Jumaat petang so xde la ramai sangat. Selesa je nak berkubang dua beranak tu. Dari bilik yang kitorang stay nak ke kolam tu jauh gak. Mengah mak buyung berjalan. huhuhu. Sebenarnya ada je parking dekat tapi tak tahu. bahaha. Aci redah je. Bila dah kat dalam tu tengok map baru tau ada parking dekat n ada macam-macam kat situ. Antaranya Kolam Air Panas, Kolam Air sejuk, Private Jacuzzi, Tempat rebus telur, Spa. Tapi kitorang just main kat kolam air sejuk je. Tu pun bujang kecik ni ha dah mengamuk xnak stop berkubang. Huwaa. Nak g Private Jacuzzi tu xde orang jaga pun. Rebus telur lak xtau nak amik kat mana telur sebab xde orang jaga gak kat situ nak tanya. Nak patah balik ke lobby nak tanya memang x r. Jauh tu nak jalan. huhuhu.

~Map~

~Tempat merebus telur~

~Bestfriend berdua~

~Budak excited~

~Kejar babah~

~Sempat capture time breakfast~

Hari Sabtu awal gak kitorang check out. Mr.Teddy xsabar nak balik kampung die. bahaha. Tak de r. Sebab dah xde aktiviti kot nak wat. Pas check out kitorang terus balik Slim. Dekat dah kan. Tu je la story sempena anniversary kitorang yang ke-3.




Sunday, March 9, 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...