Wednesday, February 26, 2014

Pengalaman Ibu Mengandung

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah skang ni dah masuk 32 minggu pregnant. Kalau ikut sejarah Abang Afkar, deliver awal 2 weeks. Mungkin kah sejarah berulang lagi kali ni. Haritu g scan adik baby sama bam bam macam Abang Afkar gak. Tapi adik baby malu-malu nak tunjuk muka. Nebes lak rasanya. Kang makin dekat makin nebes. So far pengalaman chewah pengalaman macam ler expert benor. Baru dua kot mengandung Afkar n adik baby ada yang sama ada yang lain. So betul la orang cakap tu setiap anak tu pengalaman mengandung tak sama.

Result UPT untuk adik baby kali ni turut disaksikan Mr.Teddy. Nebes dua-dua orang nak tunggu result. hahaha. Dah dapat result tergamam pastu wat drama lovey dovey sket dua-dua orang. Afkar pun ada dalam drama tapi die tercengang nape Ummi nangis+gelak+senyum. Lawak ler pulak bila ingat balik. Ni kira 1st experience Mr.Teddy la. Time Afkar saya wat UPT kat klinik pastu just message die bagitau. Yang sama rasa excited nak sambut orang baru untuk kitorang berdua tu tetap ada. Kali ni kita share dengan Abang Afkar pulak. Kali ni tergerak nak wat UPT sebab symptom kemalasan dan keletihan menyerang (sama macam time Afkar) selain daripada period yang dah delay. 

First trimester time Afkar saya ada gak morning sickness. Muntah-muntah time gosok gigi. Pening-pening pun ade gak. Mr.Teddy pun share sekali morning sickness tu. Dia pun muntah-muntah package demam. Sian dia. Sebab kitorang PJJ kot time tu, so sama-sama rasa. Baru adil dan saksama. hehehe. Untuk kali ni saya morning sickness sensorang. Mr.Teddy x join pulak. Teruk pulak tu morning sickness kali ni. Dengan sakit perut mecucuk-cucuk segala. Sampai kena drip air n doktor cakap kena Hyperem. Klinik n MC tu macam dah wajib ler. Bila masuk 4 bulan alhamdulillah semakin ok. N kembali berselera makan. Pregnant kali ni gak saya kerap sakit kat bahagian ari-ari start week 12. Kalau time Afkar, hujung-hujung tu baru rasa sakit bila dah engaged. Ni daripada awal dah start sakit. Mula-mula tu risau gak kan, so bila time check up kat klinik tanya doktor. Doktor cakap normal sebab rahim semakin mengembang. Anak pun dah masuk no.2 n lagi satu doktor kata sebab faktor umur. Tapi lama-lama makin kurang rasa sakit tu.

Check up kali ni sama macam time Afkar gak buat kat Klinik Kesihatan n klinik swasta. Buat dua-dua sebab kat KK detail sket check up tapi tak ada scan la setiap kali check up. So g klinik swasta untuk wat scan sebulan sekali. Baru-baru ni baru la start follow up kat KPMC lak. Saya ni tiap kali pregnant problem HB rendah. huhuhu. Kali ni pun sama. Tak pernah lebih 11. Ahdoi. Kali ni malas sket makan ubat yang klinik bagi sebab ubat tu wat saya sembelit. huhuhu. Saya banyakkan makan kerang, sayur-sayur hijau, buah jambu batu. Tapi camtu ler jugak pun bacaan HB. Bila doktor review result darah tak ada kekurangan zat besi ke apa, cumanya bacaan hb tu maintain je la below 11. Camno nak buat eh. Susu ibu mengandung pun nan ado kali ni. Kekadang ada ler gak saya minum Low Fat Milk. High calcium katenyer.

Dari segi pemakanan pulak time Afkar saya tersangat la suka spageti n yang masam-masam. Asal makan kat luor je order spageti. So dah tau dah nape Afkar pun favorite spageti. Time die dalam perut Ummi kije melantak spageti je. Adik baby lak semua saya belasah. Kecuali time awal-awal tu la, moi sup je yang lalu. Bile dapat selera balik, kemain melantak tanpa sempadan. Yang perasan saya suka manis-manis pulak kali ni. Suka sangat cake, ice cream. Isk segala yang manis la. Alhamdulillah tak sangkut time MGTT.

Time pregnant Afkar saya berjaya menambah berat badan hampir 25kg. Nangis dengor Tak jumpa lak icon nangis . Nak turunkan berat tu berchenta hokey. Nangis lagi sebab berat tak turun-turun. Dapat turun 22kg je. Tak dapat berat asal pun. Time pantang je merasa slim mlim. Lepas pantang kembali membesar dengan jayanya. Untuk kali ni sehingga minggu 32 saya dah berjaya menambah berat badan 15.5 kg. Kang dekat dah bersalin tak tau ler bape pulak berat. Ni pun dah tak larat sangat nak bawak perut. huhuhu. Dah r hujung-hujung ni tetiba berat naik mencanak. Kena bebel dah dengan nurse KK. Siap kena check blood pressure n berat seminggu 2 kali untuk 2 minggu berturut-turut. Dah jadi pengunjung setia KK dah.

Dari segi emosi lak time Afkar kuat nau sentap. Eh semut sentap betul la. hahaha. Sensitif tak tentu pasal. Pening Mr.Teddy melayan. Tak boleh silap sikit mesti meleleh air mata. Time adik baby pulak Alhamdulillah emosi stabil. Kekadang semut sentap gak tapi boleh control lagi. hehehe. Mr.Teddy pun tak koser dah nak melayan peel bini dia. Tu yang x boleh nak mengada sangat kali ni. bahaha. Anak nak masuk dua tapi perangai mengada tu kekadang kalah Afkar dia kata. Sabo je la kan. huhuhu.

Preparation untuk adik baby pulak Alhamdulillah almost done. Banyak jugak yang guna barang-barang Abang Afkar. Time Afkar segala benda bernafsu nak beli. End up tak guna pun. So dah belajar dari pengalaman tu, kali ni beringat ler sket nak beli. Beli yang betul-betul keperluan. Excited tu tetap excited. Baju bajan pun ade gak tambah sket-sket. Mana yang boleh pakai, kita pakai je yer.

Semoga segala urusan saya dipermudahkan dan selamat semuanya. Amin.

Friday, February 21, 2014

Ummies & Kiddies Shop

Assalamualaikum w.b.t

Start bulan Januari hari tu saya ada launching (wah kemain launching ko. Nak up je kan. bahaha) page kat fb untuk bisnes kecil-kecilan. Baru nak start je kengkawan. Tima kasih kat kengkawan lain dalam group wasap yang jadi inspirasi tuk buat bisnes gak. Dorang lagi dasat-dasat tau. So, jemput la singgah page : Ummies & Kiddies Shop yer kengkawan. Ummies & Kiddies Shop menawarkan pelbagai produk untuk ibu dan anak pada harga yang murah dan berpatutan.


.MOM.MATERNITY.BRASTFEEDING.KIDS

Meh cuci mata sket barang apa yang ada

AUTUMNZ MATERNITY WEAR






~Banyak lagi design menarik yang ada di page Ummies & Kiddies Shop. Harga dari RM 47.00 - RM 50.00 (exclude postage)~

AUTUMNZ COOLER BAG & ICE PACK


~Menawarkan pada harga rendah daripada harga pasaran~

~AUTUMNZ STORAGE BOTTLE~

~Menawarkan pada harga rendah daripada harga pasaran~

SKIPHOP BAG


Small ~ RM 20.00 (exclude postage)
Large ~ RM 25.00 (exclude postage)

DISNEY THERMO FLASK 500 ML

RM 23.00 (exclude postage)


 BANTAL DONUT 

Saiz :Diameter 40cm, tinggi 10cm
RM 50.00 exclude postage

 

IKEA SALE 20 FEB - 5 MAC 201

Assalamualaikum w.b.t

Topik hangat harini kat group wasap topik deko-deko umah. Pastu kebetulan dorang share yang IKEA tengah sale. Tak tau nak gembira ke nak menangis. Sebab tau dah cam tak boleh pegi.  hehehe. Serious tak sabar nak dapat kunci rumah. Nak mood on deko gak. Nak shopping barang umah skang pun cam x bape nak sesuai. Tak lama lagi nak sambut orang baru. So fokus tu lebih kepada preparation sambut orang baru. Apa yang kengkawan share kat wasap simpan dulu boleh jadi inspirasi idea nak deko nanti. hehehe. Dorang sume kreatip-kreatip kot. Banyak gile idea best. Korang memang terbahek.

Ok berbalik kepada IKEA SALE. So korang per lagi. Pergi la serang. hehehe. Start 20 Feb sampai 5 Mac 2014. Sape yang tengah nak masuk umah tu sesuai bebenor la kan.

Korang g la tengok sendiri kat website Ikea barang-barang apa yang sale. Confirm rambang mata punya. Saya dah g cuci mata. Cuci mata je la yang boleh pun..

 

Thursday, February 20, 2014

Bonding Time : Afkar n Abang Irfan

Assalamualaikum w.b.t

Dulu kat blog saya ni selalu bercerita pasal anak buah kesayangan saya yang sorang ni, Irfan. Irfan dah 5 tahun dah skang. Dah sekolah pun. Makin banyak cakap skang ni. Afkar berkenan betul dengan Abang Irfan dia ni. Dah macam idola pulak si Irfan tu. hahaha. Apa yang Irfan buat semua dia follow. Abang irfan melompat-Afkar melompat, Abang Irfan lari - Afkar kejar (hujung-hujung xtau sape kejar sape dah). Irfan pun rajin layan adik dia ni ha. Bila Afkar balik rumah teringat-ingat ler gak Ummi dia citer. 

Yang perasan kan Afkar memang suka berkawan dengan abang-abang n kakak-kakak sedara dia yang lebih besor. Kat umah Mama dia pun sama. Kalau adik-adik ni dia buat derk je. Camna la dia jadi abang esok. Nebes lak.



~Abang Irfan tekan yang ni. Ajor Abang Irfan main game ke. Abang Irfan awak tu dah lebih expert bab game ni~


~Sampai menonggeng ha melayan game dengan Abang Irfan~



~Golak besar nampak budak tu~




Thursday, February 13, 2014

1st Giveaway Ctmah Rahim

1st Giveaway Ctmah Rahim

GAMBAR TEMA:

GAMBAR HADIAH:


TARIKH PENYERTAAN:



    bermula dari 23 Jan 2014 dan tamat pada 17 Feb 2014 (genap Alisha 1y 6m)

    SYARAT-SYARAT:
    1. korang kena follow blog aku imaginasictmah - DONE
    2. korang kena follow jugak blog business ikan bilis aku ctmahcorner  - DONE
    3. tajuk entry korang ialah 1st Giveaway Ctmah Rahim - DONE
    4. korang just copy gambar tema, gambar hadiah dan tarikh tutup dan pastu paste dalam entry GA korang tu (tak yah rajin sangat copy seluruh entry aku k) - DONE
    5. lepas tu baru korang letak gambar aksi anak-anak korang dalam kereta. INGAT, gambar anak je aku terima k. anak jiran ke anak buah ke aku tak terima tau! =) - DONE
    6. bawah gambar anak, korang boleh cerita sikit pasal gambar tu. tak kisah la anak tu tengah nangis ke, tengah ketawa terbahak-bahak ke, tengah mengelamun ke. just a few words, tak mau panjang sangat na - DONE
    7. last sekali, sila paste link entry GA korang ni kat ruang komen entry aku ni  tau. senang sikit aku trace 1-1 - DONE


    ******************************************************************

    Afkar memang pantang jumpa stereng kereta. Memang ada je angan-angan dia. Kekadang tu siap bunyi "vroom...vroom" or "pon...pon"...Tengok ni ha dah gaya muka tailong dah tengah berangan bawak kete. Muka tak kose nak layan Ummi amik gambo pun ade gak.


    "Tu la Ummi ni Babah bebel-bebel suh belajar bawak kete Ummi tak nak. Hari ni Babah tak ada Afkar dah kena jadi driver Ummi lak. Ummi betul kan jalan ni belok kiri."

    Wednesday, February 12, 2014

    Cuti-cuti Malaysia : Melaka

    Assalamulaikum w.b.t

    Makin lama makin liat update blog. Ape le nak jadi ni. huhuhu. Padahal banyak je bende nak share. Moh le kite pulang ke pangkal jalan. hahaha. Hari ni nak stroy pasal cuti-cuti Malaysia.

    Time cuti CNY aritu kitorang pergi jenjalan ke Melaka. Mr.Teddy dapat free accomodation voucher & ticket theme park kat A Famosa Resort. Lama dah dapat voucher tu. Sama dengan selama tu ler jugak saya berzikir kat telinga dia bila nak bawak kitorang pergi. hahaha. Validity voucher tu sampai 31 Januari 2014. Kitorang pergi 30hb. Aci la kan daripada rugi burn gitu. Tiket Safari & Water Theme Park untuk Mr.Teddy dah settle, Afkar x yah bayar, tinggal saya je. Usha kat Groupon ade promo RM 53 tuk tiket Safari & Water Theme Park. Rembat je la kan.

    ~Selfie anak beranak dalam kete dulu time otw~

    Kitorang sampai ke A Famosa terus ke Safari. Tak ramai orang pun. Nak elak ramai orang time CNY tu ler yang pergi hari Khamis. Masuk Safari, Afkar excited tengok macam-macam animals ade dekat sepanjang walk thru area. Siap pegang-pegang lagi. Kitorang letak dalam stroller dia sibuk nak turun. Kat Safari dua show je yang kitorang sempat tengok Multi Animal Fun Time dengan Bird Show. Tapi time show ni Afkar xlayan sangat. Dia sibuk main daun-daun la ranting-ranting la. Ahdoyai. Bila burung terbang-terbang baru dia excited balik. Tapi bagi saya pun cam boring sket compare dengan zaman tuk kaduk dulu saya pergi. Truck kat Safari kitorang tak naik pun sebab ibu mengandung tak dibenarkan naik. Last sekali g Monkey island. Naik boat.

    ~Map Safari Wonderland~

    ~Kemain menjengah. Nak turun stroller dah ni~

    ~Pegang poney~

    ~Semangat dua beranak tengok Orang Utan~

    ~Naik gajah berdua. Ummi tak leh naik~

    ~Mula-mula kemain dekat Afkar berdiri. Sekali gajah tu datang sua belalai terus mencicit lari. hahaha~

    ~Tengok ni ha. Orang suh tengok show sibuk main bende lain~
    ~Merenung masa depan ke tu bang~

    Dah abis round tu baru le ke condotel nak check in. Nak mencarik Condotel ni pun satu hal gak. bahaha. Sesat barat kitorang dalam A Famosa Resort tu. Bilik yang kitorang stay agak best le gak. Selesa bangat. Kite bagi budak kecik sorang ni rehat puas-puas dulu. Plan asal petang tu nak g water theme park sekali semua kedaung ketiduran. Tak dapat mandi pool Afkar jumpa bathtub pun jadi la. Kije nak berkubang je. Sian awak yer nak. Kat umah xde. 

    ~Bilik kitorang. Sila abaikan sorang yang kat dalam toilet tengah check bathtub n sorang lagi depan tv tu ha tengah check channel ape ade. Di sebalik pintu kat area kitchen tu ada sink n cabinet. Bawak induction cooker boleh masak-masak kot~



    ~Berkubang time. Tak nak kuar~


    Malam tu ajak Mr.Teddy turun town. Nak naik River Cruise Melaka. Ni 1st time saya naik kat jetty Taman Rempah. Selalu naik yang dekat Bandar Hilir. Kat Taman Rempah ok. Tak ramai orang. Parking senang. Kalau kat Bandar Hilir ramai n parking pun susah. Afkar naik cruise excited le dia. Ada satu group budak-budak cam dah sekolah menengah gitu, diorang bila lalu kat bawah jambatan jerit nak dengar bunyi gema. Afkar pun join sekaki. Orang dah stop jerit dia duk sambung lagi. Ahodyai anak sape yang kecoh ni. hahaha. Ingat nak naik Menara Taming Sari tapi cam dah lewat ler pulak, jalan pun jam gak nak ke Bandar Hilir tu. So moh le kita balik beradu.

    ~Rege n jadual perjalanan~

    ~Melaka River Cruise~

    ~Terpaku tengok view~

    ~Saaaaaaaaaaaayang ummi~

    ~Budak Excited~

    ~Antara view yang boleh dilihat sepanjang naik cruise. Belakang building semua ada mural cantik-cantik. Ada restoran-restoran gak~


    Pagi esoknya baru masuk Water Theme Park. Siap jadi orang 1st lagi. hahaha. Kemain semangat. Afkar dah jumpa air memang dia ler hero. Last-last menggigil kesejukan sebab mak pak die pagi-pagi buta dah ajak mandi. hahaha. Bukan Afkar je excited. Babah pun sama. Sanggup tunggu ombak kemain lama. Tapi syok r g awal-awal gitu tak ramai orang lagi.

    ~Muka tak puas hati xdapat main.~

    ~Bersemangat waja dua beranak ni ha~

    ~dapat air yeah!!!!~

    Pastu misi memburu Coconut Shake pulak. Kitorang g kat Klebang. Etty cakap kat Batu Berendam pun ade gak. Next time nak try yang tu pulak. Ok ler gak. 1st time rase bagi saya sedap je.

    ~Kemain ramai beratur ha nak beli~

    ~Pintu gerbang~

    Before balik Bangi sempat gak dulu singgah umah Etty. Kebetulan Nana pun nak singgah, so saing la sekali. Etty serve nasik tuk kitorang. Macam-macam lauk lagi. Wat susah-susah je tau ko ni Etty. Lauk asam pedas Etty terbaik. Sedap weyh Etty. Puding castard pun yummy gak. Nana siap bagi buah tangan dari Kemaman lagi. Segan ler pulak. huhuhu.
    ~Tumpang Umar naik motor. Sambil tu duk aim aunty Etty punya bunga. huhu~

    ~Mak-mak bersama-sama anak-anak~


    ~Gambo ni nak ajak mak-mak je berposing sekali tengok tu budak kecik yang hujung tu ha. Siap pegang tangan ummi sambil wat peace cara dia~hahaha.

    Ok sekian. Abis dah cite Cuti-cuti Malaysia dua hari kitorang ke Melaka. Next destination mana pulak. Opppsss.

    Tuesday, February 4, 2014

    Afkar @ Alimkids Playgroup Bangi [Trial Class]

    Assalamualaikum w.b.t

    Sebelum terbasi citer ni moh ler kite update pasal Afkar join trial class Alimkids Playgroup Bangi. Sebenarnya dari akhir tahun lepas lagi dah survey pasal Alimkids Playgroup ni. Siap email lagi tanya slot free untuk trial class. Kebetulan tarikh tu ade hal pulak tak dapat nak join. Pastu dah macam-macam hal jadi boleh pula terlupa nak follow up pasal trial class tu. Sib bek la Lin, K.Mimy & Zura hantar anak masing-masing kat Alimkids Playgroup. Terus teringat balik. SMS organizer, Alhamdulillah still ada slot free.

    So, weekend sebelum CNY hari tu kitorang pun bawak ler Afkar join trial class @ Alimkids Playgroup Bangi bertempat di atas Butik Tateh, Seksyen 8. Alimkids Playgroup ada 6 module semuanya, satu module untuk 8 kali class (topik yang berlainan setiap minggu) yang diadakan setiap hari Sabtu selama satu jam. Yuran yang dikenakan pun agak berpatutan. Kalau nak tahu lebih lanjut info pasal Alimkids Playgroup Bangi boleh email terus kepada itsyaulad@gmail.com atau masuk fanpage Facebook Itsy Aulad.

    Camno la gamaknye cik abang sorang tu kat trial class kan. Kitorang join trial class ni dah Module 5, week 4. Tajuk untuk hari tu 'Fruits in the Quran'. Mula-mula teacher panggil semua ke depan ambil kain yang berwarna tu. Dia tengok orang lain ke depan, dia pun join sekali ke depan gak ambil kain kat teacher. Pastu baca doa pulak. Hampun lagi time tu. Still behave. Pastu masuk aktiviti menari dia dah mula excited. Siap menari chicken dance version dia la. hahaha. Menari ke melompat Ummi pun confuse. Time reading session pun die suke gak. Pergi depan duduk depan teacher tunjuk-tunjuk kat buku. Sama ler gaya macam kite tengah ajor kat rumah dibuatnya. Tapi sambil lalu tu sempat pulak usik laptop teacher. Ahdoyai. Pastu time art activity teacher panggil semua orang ke depan ambil colour. Dia join sekaki ke depan. Teacher bagi kentang yang ada shape. Afkar dapat kentang shape triangle. So boleh cop shape tu kat kertas. Hasilnye 'picasso' lah sangat. hahaha. Tak de nye dia bagi chance Ummi die ni ajor camno nak buat. Main belasah je. Babah duk cakap, biar...biar... Pastu bila colour kena tangan pandai pulak geli. Bila teacher suruh pulangkan semua barang ke depan boleh pulak dia x nak. Dia nak sambung buat lagi. Terus ngamuk pastu. Bila dah ngamuk aptb la jawabnya. Sib bek dah hujung anak oii awak buat perangai. Yang last activity tu xdapat nak focus dah, die ngamuk dah time tu. Adeh. 

    ~Time baca doa~

    ~Tengah observe teacher watpe kat depan~

    ~Reading Activity. Terus ke depan. Tapi sambil lalu tu usik laptop kat tepi tu ha~

    ~Teacher tengah agihkan colour~

    ~Picasso ler sangat.~

    Achaner nak join ke x? Saya nak bagi Afkar join. Tapi Babah dia macam berat sikit. Satu sebab class hari Sabtu. Mr.Teddy start bulan Feb kerja hari Sabtu. Sape nak antor Afkar g class nanti. Kedua Mr.Teddy rasa Afkar belum ready lagi. Saya pulak rasa Afkar macam dah ready tengok die join semua activity kecuali part amukan dia tu la. Tengah nak memujuk Mr.Teddy lagi ni. Tapi tengok gaya macam dah muktamad je tu. huhuhu. Mr.Teddy kate buat je la homeschooling kat umah. Mak aih gigih ke idok tu nak membuatnya. hahaha.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...