Wednesday, January 29, 2014

Juara Masterchef All Star

Assalamualaikum

Siapa follow Masterchef All Star Malaysia sila angkat keyboard. Saya salah sorang follower tegar. jarang miss. Sanggup berebut tv dengan anak Masterchef punya pasal. Sabo je la kan. Masaknya macam masterchep tu idok jugak. 

So setelah berminggu-minggu melayan setiap episod, semalam final Masterchef All Star. Peserta muda Zamir telah dinobatkan sebagai Juara menewaskan Celina.Tahniah Zamir. Sekali lagi Celina kecundang di peringkat Final. Time season dia aritu kecundang di tangan Syura.

Saya agak Celina yang menang sebab prestasi dia every week. Tapi Zamir tak kurang hebat gak. Walaupun selalu masuk penyingkiran tapi makanan dia mesti yang terbaik tiap kali penyingkiran. Pastu dengar komen-komen juri masa episod malam tadi macam dah boleh agak la gak Zamir yang menang.


Sumber : website astrogempak


Tuesday, January 28, 2014

Maternity & Children Expo 2014 Mid Valley

Assalamualaikum w.b.t

Last week telah berlangsung Maternity & Children Expo kat Mid Valley. Mak buyung sorang ni pun tak nak ketinggalan. Pergi jugak. Time pergi tu tak ramai sangat. Ok lah jugak xde la berlaga-laga perut.



~Entrance~

Sebelum pergi tu memang dah prepare checklist nak carik ape. Sempat gak wat study comparison cost dengan kedai-kedai lain & online. So agak-agak kalau kat Expo murah nak terus beli je. Wat presentation kat Menteri Kewangan a.k.a Mr.Teddy so kebanyakannya Mr.Teddy bagi beli. Yeah. Sebenarnya tak banyak pun nak menambah. Sebab Afkar punya barang banyak lagi yang boleh pakai. So kite guna je la abang punya barang ye. Lagi pulak dah belajar dari pengalaman time Afkar sume benda pun nak beli padahal ada sesetengah tu tak guna pun. Romper Afkar time baby ade lagi yang belum pakai.

~checklist~

Expo kali ni macam senang sikit nak carik booth sebab dia ade siapkan map. Boleh dapatkan time register kat counter. Kebetulan time tu pun tak ramai sangat, so beratur je la. Kalau expo2 sebelum ni saya pergi die just letak nombor booth je kat luar hall. So saya akan tangkap gambo sesiap. Bile dah ada map tu boleh tuju kat booth mana nak pergi. Tapi frust gak sebenarnya banyak booth yang saya aim x ada. Pastu banyak booth yang jual barang-barang online cam romper segala tu. Kiranya barang yang dicarik ade gak la xdapat. So hasil borongan tu jadi kurang sikit r. 

~map~

Antara yang saya rasa murah (daripada harga biasa) barang-barang kat booth Pureen. Baju baby yang jenis lubang-lubang tu RM10/pasang, saya survey bese harga dalam RM16 gitu. Towel pun murah kat booth Pureen. RM10/sehelai survey harga biasa dalam RM17. Baby wipes yang dalam bekas + refill pack + travel pack = RM19.00. Kat booth Medela pulak Valve n membrane tu rege bese RM 69 kat Expo jadi RM 59.00. Ada satu booth tu jual education toys yang agak murah. Tapi kedai dia jauh nun kat Penang. Beli 3 wooden toys tuk Afkar cam gambar kat bawah tu RM30. Time Expo ni dorang wat promo tuk Huggies Biru n Hijau je. Afkar pakai Huggies Merah. Pampers Huggies hijau 3 pack - RM 100. So satu jatuh dalam RM33 daripada harga asal RM 37. Lebih kurang dengan Huggies Merah yang bese beli RM 32. Barang-barang yang jual kat booth online shop tu kena tengok betul-betul harga. Sebab ada certain tu saya survey mahal lagi dari harga online.
~Beli 3 - RM 30~

Dengan hasil borongan kat Expo kali ni, checklist barang tuk adik baby ada lagi sikit nak settle. Baju Afkar yang nak guna balik pun lom basuh lagi ni. Tunggu settle beli yang lain-lain la kot nak basuh sekali nanti. Overall bese-bese je kot Expo kali ni. Sebabnya banyak booth yang saya aim xde. Yang oknya apa yang nak beli tak lari daripada yang dah plan. Kecuali habuan tuk Abang Afkar la. hehehe. 

Tuesday, January 21, 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway

Assalamulaikum w.b.t

Ok hari ni nak join giveaway Erin pulak


Salam,

Are you ready?? Ok, get set go!!

TEMA GIVEAWAY


 Daddy and Baby Cool

SYARAT PENYERTAAN

Mode garang is on! keskes

1)  Follow blog ..life after "i do"

2)  Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway

3)  Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.

4)  Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)

5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.

6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha

7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.

8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu

9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini

Hadiah GA.

******************************************************************

Untuk GA Erin ni saya pertaruhkan sekeping gambar Mr.Teddy n Afkar kat bawah ni. Pening gak nak pilih gambo. Sebab Afkar memang banyak nau gambar dengan Babah dia. Anak Babah katakan. Pikir punya pikir last-last pilih gambo ni. Naya saya kalau Mr.Teddy tengok gambo ni yang saya pertaruhkan. Bahaha. Gasak r.


Cool tak???

Sesi selfie bapak dengan anak. Mr.Teddy dengan muka duckface. Seksi u bibir tu. Afkar boleh g gelakkan Babah dia buat duckface. hahaha. Nampak nau bapak yang hover camwhore daripada anak ni. Afkar kalau everytime Babah ajak selfie dia layankan je sambil gelak terbahak-bahak. Sebab Babah dia suka buat muka pelik-pelik. 

Thursday, January 16, 2014

UMIE SUE 2ND GIVEAWAY

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak join 2nd Giveaway Umie Sue pulak. Yang 1st aritu ter'miss' kelam kabut Afkar masuk ward. Sementara masih belum tarikh tutup ni moh le kite join. Sebelum join tu, apa syarat-syarat contest. Baca kat bawah ni yerk.


Gambar yang dipertaruhkan:


"Ya Allah peliharalah kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan anakku. Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu. Ya Allah jadikanlah anakku yang soleh dan tetap mengerjakan solat, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah ahklaknya, fasihkanlah lisannya untuk membaca Al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar permohonanku"



Friday, January 10, 2014

Kejadian Berdarah

Assalamulaikum w.b.t

Last week baru kuar ward minggu ni ada kejadian lagi Si Afkar ni. Hye macam-macam le nak jadi Abang ni kan. Hari Selasa malam kitorang g dentist sebab saya sakit gigi. Rupanya gusi bengkak. Balik dari klinik gigi saya n Mr.Teddy dua-dua orang kat dapur. Dia pun sama sibuk duk ulang alik dapur ke depan. Tup tup dengar die menangis terhantuk kat bucu dinding. Mr.Teddy tengok. Sekali Mr.Teddy cakap "Eh kepala anak berdarah la." Dengar je darah terus rasa nak lemah lutut saya. Banyak gile darah keluar. Saya dah nangis-nangis peluk Afkar. Panik oiii. Ambil ice balut dengan kain tekap-tekap kat dahi nak bagi darah stop. Dalam jugak luka dia. Afkar nangis kejap pastu dah ok. Siap sambung makan roti. Ummi dia yang melalak lebih.

Mr.Teddy bawa g klinik terus masuk bilik rawatan. Yang kelakor punya panik laki bini sampai masuk klinik pun buka selipar. bahaha. Doktor tengok cuci-cuci luka pastu spray bius kat dahi letak gam. Sib baik tak yah jahit. Doktor kata insyaALLAH dua hari dah kering boleh bukak la kapas yang tampal kat dahi tu. Afkar meraung gak la masa Doktor nak buat prosedur tu. Dalam hati cakap ahdoyai trauma lagi le anak aku ni kang. Meraung-meraung pun makan roti tetap makan ok. hahaha. 

~Tengok ha. Makan tetap makan walaupun dahi bertampal.~



Thursday, January 9, 2014

Entry Pertama 2014

Assalamaulaikum w.b.t

Lama betul menghilang. Entry penutup 2013 dan pembuka 2014 pun nan ado. Belum terlambat kot eh nak share kisah penutup 2013 kami sekeluarga.

Penutup 2013 kami dipenuhi dengan kisah Afkar warded. 28 Disember 2013 - 31 Disember 2013. Hospital Slim River. Afkar start demam 26hb (Khamis) petang. Try bagi ubat, jaram n pakaikan wet sock untuk make sure suhu turun. Suhu kejap turun kejap naik. Makan pun sket-sket. Hari Jumaat bila demam still tak ok bawa g KPMC. Nak warded tapi ward penuh. 

Kebetulan Ibu Mertua baru keluar dari ward. Mr.Teddy ajak balik Slim River nak tengok Mak hari Sabtu tu. Time tu Afkar nampak dah ok. Sampai Slim, Afkar xnak makan n minum. Susu pun tak nak. Duk pegang mulut cakap sakit-sakit. Malam tu tetiba panas balik. Terus ajak Mr.Teddy pergi Emergency Hospital Slim River. Check suhu memang tinggi. Pastu terus kena ambil darah dan dicadangkan masuk ward sebab Afkar tak nak makan n minum. Keadaan pun dah lemah je Doktor takut dehydrate. Meruntun hati time dengar die jerit sakit-sakit. Sebelum dihantar kat ward kitorang duduk kat Yellow Zone dulu. Afkar kena drip. Dr.ENT datang check inform tekak Afkar terlalu bengkak dan merah. Tonsillitis. Alahai sian anak Ummi.


~Tersengguk-sengguk tido dah time ni~

~Akhirnya tewas terbongkang di pangkuan Babah~

Bermula la episod menjaga Afkar dekat ward. Kat Hospital Slim River, hanya seorang dibenarkan teman anak. Samada ibu atau bapa. Mr. Teddy try guna excuse yang saya pregnant pun tak laku. Since Afkar still mengempeng waktu malam saya punya shift jaga waktu malam. Mr.Teddy jaga siang. Hospital Slim River sangat selesa. Luas dan tak crowded. Nurse n doktor pun jenis mesra alam. Tak garang. Makanan untuk penjaga pun sedap. Tiap kali waktu makan mak eh yang tak sabo. haha.

~Pity my boy. Tangan kena drip~

~Shift Babah jaga. Kalau dengan Babah memang dia tido berdakap macam ni~

~Kalau dengan Ummi tidur berkepit macam ni pulak. Abaikan perut mak buyung tu yerk.~


~Ni port kami. Selesa. Tak crowded.


Hari Ahad Doktor ENT datang tengok inform result darah Afkar semua ok. Demam dia dah ok tapi still tak nak makan n minum. So tetap kena drip air n antibiotik. Ubat demam bagi jenis supp since die susah nak menelan. Padahal budak ni memang jenis payah makan ubat pun. Doktor pesan suh bagi sejuk-sejuk macam ice cream ke. Masalahnya ini budak tak makan ice cream. Camno nak buat. Beli beli Ummi dia yang melantak. Tetiba malam tu die demam panas balik. huhuhu. Doktor inform kalau still demam diorang akan tahan lagi 24hrs nak monitor suhu. So memang la xboleh nak keluar lagi. 

Hari Isnin tu Afkar dah start nak makan. Breakfast nasi lemak n lunch nasi ayam share dengan saya. Padahal menu untuk dia bubur. Tapi budak ni mana dah nak makan bubur. Belasah je la nak. Asalkan awak makan. Minum susu pun dah ok. Demam on off. Time petang tu saya perasan tangan Afkar yang ada drip tu bengkak. Saya terus panggil nurse. Bengkak gila macam belon. Takut. huhuhu. Nurse n Doktor datang tengok. Nurse cabut drip air. Since Afkar dah boleh nak makan so drip air dah boleh off tapi antibiotik still kena on. Dorang nak cucuk lagi sebelah tangan Afkar. Nak nangis. Saya request kat Doktor untuk try bagi antibiotik cara makan. Tak sampai hati nak tengok Afkar kena cucuk lagi. Since ubat demam pun dah bagi jenis syrup. Lantak le kena sembur dengan Afkar ke tahan je la. Dengan nurse kena sembur ubat tak pasal-pasal dek Afkar.

~Atuk datang melawat. Moody lagi.~

~Terus ceria~

~Bawak g main kat playground. Susut dah time ni~

Besar harapan saya harap Afkar dapat keluar hari Selasa tu. Tak larat weyh duk spital lama-lama. huhuhu. Pagi Selasa lagi sekali Afkar kena ambil darah. Pastu Doktor ENT datang tengok inform result darah ok. Check tekak dah surut bengkak. Alhamdulillah. Doktor ENT bagitau bergantung pada keadaan Afkar demam or tak. Kalau tak demam die xde halangan tuk bagi Afkar balik. Tengahari PAED datang round perasan something kat muka Afkar. Time tu Mr.Teddy punya turn jaga Afkar. PAED tanya Mr.Teddy "Muka anak u memang senget sebelah ke?" Actually muka senget sebelah tu adalah habit Afkar time buat-buat nak menangis. Afkar akan kenyitkan mata kiri die buat-buat nak nangis. Afkar ni dia memang kuat berlakon. Kalau Doktor nak check belum apa-apa dia dah "Au...au..."dulu. Au au apa Afkar oiii. Auta eh. Memang tiap kali check pun doktor2 n nurse memang akan tegelak tengok drama dia. Belum pegang dah au ape cite. PAED suspect Afkar Bell Palsy. Kena refer dengan Pakar ENT. 

Petang Selasa kitorang dihantar jumpa Doktor ENT. Kebetulan Pakar ENT time tu ada case. Terkejut doktor ENT yang hari-hari jumpa Afkar sepanjang warded. Sebab die tak perasan lak sebelum ni Afkar punya muka x simetri. Ada lagi sorang doktor ENT observe Afkar sekali. Macam-macam doktor ENT tu buat. Paksa Afkar menangis betul-betul nak tengok boleh tak Afkar kenyit mata dua-dua belah. Observe tengok Afkar berkerut. Tengok air liur meleleh ke tak. Macam-macam lagi la. Pastu Doktor ENT yang sorang ni perasan memang habit Afkar bila nak buat-buat nangis akan kenyit mata sebelah kiri. Pada masa tu pada pendapat kedua-dua doktor ENT Afkar ok, xde Bell Palsy tapi kami still kena refer pakar ENT. So appoinment ditetapkan hari Khamis. Doktor ENT bagi kitorang balik tapi kena datang balik untuk appoinment. Tapi depends gak dengan decision wad kanak-kanak. Samada Afkar demam ke tak. 

Nurse dah bagitau siap-siap pukul 3 - 3.30 doktor nak round. So pesan kat saya tuk jaram-jaram la Afkar tuk control suhu. Memang Mr.Teddy kejap-kejap mandikan Afkar. Kebetulan time Doktor tengah round Afkar tengah main kat playground. Saya ajak balik katil dia tak nak. Nurse datang check temperature time Afkar tengah meronta nak main. Melalak-lalak xnak kena check suhu. Dalam hati saya ah sudah sah naik balik ni temp. Budak ni saya perasan trend suhu dia tinggi time menangis, time bangun tidur. Suhu dia border time tu nak ke demam. Nurse tu boleh lak cakap xtau r ni doktor nak lepas ke tak. Huwaa. Terus meleleh-leleh air mata saya. Kena tidur spital lagi malam ni. Paksa Afkar balik katil, tidurkan dia. Sambung menangis sorang-sorang kat katil. huhuhu. Kecewa tak boleh nak kuar. Padahal pagi tu dah berbunga harapan nak keluar. Dalam pukul 4 lebih macam tu nurse datang balik bagitau nak check suhu Afkar lagi sekali. Tak lama lepas tu Doktor datang bagitau yang Afkar boleh kuar ward. Ya ALLAH lega rasanya. Alhamdulillah. Terus call Mr.Teddy. Padahal sebelum tu Mr.Teddy ada sekali tapi sebab hampa Nurse tu cakap gitu saya terus halau Mr.Teddy balik. Gembira la hati dapat keluar spital. Tapi still perlu follow up dengan Pakar Kanak-kanak seminggu lepas kuar Ward.

Hari Khamis pergi appoinment dengan ENT untuk check tekak dan Bell Palsy. Sekali Pakar ENT MC pulak. Kena datang balik Jumaat petang. Petang Jumaat kitorang pun pergi la. Appoinment pukul 4 tapi kemain lama nak tunggu Pakar. Ada kes agaknya. Si Afkar dah xsenang duduk. Mengamuk-mengamuk. Bila jumpa Pakar, Pakar wat observation semua Alhamdulillah Afkar disahkan tidak mengidap Bell Palsy n tekak pun dah ok.

~Ha ni masa dia ok lagi. Berlari sana sini. Sukati la anak oii asalkan awak hepi~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...