Friday, December 12, 2014

The Captain Steamboat & Grill

Malam tadi kitorang join family saya g makan-makan kat The Captain Steamboat & Grill, Meru. Cam dah lama x join makan ramai-ramai kat luar. Hari ni kan Selangor cuti (walaupun Putrajaya kije...sob sob....), so budak-budak n bapak budak nak pos balik Klang. kekeke. Dah kebetulan kitorang nak balik Klang malam tadi, join la sekali. Tapi tak semua pon ada. Yang join: Kitorang anak beranak, Itam n family, Angah n Luqman, Uda n Irfan pastu yang bujang-bujang. N kawan dak Ida sorang, Afiq n bf dia (kot)

Selalu kalau teringin makan steamboat & grill kitorang akan g Red Wok, Bandar Baru bangi. Dekat ngan umah. 1st time ni sampai The Captain Steamboat & Grill, Meru ni. Harga agak berpatutan.  RM 21.90 untuk dewasa. RM 9.90 untuk kanak-kanak. Pilihan pun banyak. Macam-macam ada. Variety of seafood, daging, ayam, kambing, pastu yang adik beradik tuk steamboat. Isk macam-macam la. Pastu ada nasi lemak gak. Kawasan pun agak strategik. betul-betul tepi jalan besar. Senang je nak carik. Landmark ada rumah besar banyak kereta mewah sebelah kedai ni. So nampak je rumah besar ha dahs ampai ler tuh. Pastu ada lak yang tukang jaga parking so lebih memudahkan.


Sape nak book boleh contact number ni ye.




Tuan tanah enterprame


Ha ko...kemain banyak amik. Sume abis ni. 

Malam tadi agak ramai gak. So sesak gak la kan. Kebetulan hujan lebat. Kitorang lak duduk dekat kawasan yang terkena tempias. huhuhu. Tapi overall ok je. Seronok menjamu selera. Pastu anak-anak lak behave je. Lagi sonang mak pak nak makan. kekeke.

Pastu Ida ada plan birthday tuk Afiq a.k.a anak angkat Mak (bahaha...Ida ko jangan marah eh dapat adik baru. kekeke). Orang-orang kedai tu join sekaki wat suprise tuk Afiq. hehehe. Nyanyi lagu birthday satu kedai. Sampai nak nangis Afiq. kekeke. Terharu ke ape tu sampai nak nangis.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...