Tuesday, December 16, 2014

PERSEDIAAN SOLID FOOD UNTUK ANAK: PUREE




Assalamualaikum w.b.t

Afham dah masuk 8 bulan. Tak ada pun share pasal solid food Afham pun. Afham 6 bln aritu saya dah start intro puree. 1st puree apple. Setakat ni, Alahmdulillah Afham tak ada reject atau allergic kat any solid food yang dia dah try. Cuma kalau pumpkin tu buat Afham berak cair sket. Seperti biasa apply 4 days rule. Kalau ok, proceed. Antara puree yang dah Afham try Apple, pear, carrot. brocoli, pumpkin. 

Saya style wat stok puree tuk bekalkan kat rumah pengasuh. Malam tu siap-siap defrost stok puree, pagi tu hantar rumah pengasuh sekali dengan stok EBM. Kang time nak makan, pengasuh tinggal nak panaskan je. Harapnya dapatlah diteruskan kerajinan nak sediakan homemade solid food tuk Afham. Nanti lak nak try resepi lain. Kak Mi dah share link blog, nanti nak study. Aritu Kak Mi share gambo dah terliur-liur. bahaha. Ummi yang terliur. Achaner tu.

 Kaedah persediaan puree sama je saya wat macam time Afkar dulu. Cer baca kat sini.

1. Basuh bersih-bersih buah/sayur yang korang nak guna.

2. Kupas kulit n potong kecik-kecik.

3. Steamkan/rebuskan.



Steam. Dasar pemalas. Steam sekaligus letak sebelah-sebelah.

4. Biarkan sejuk dulu. Bila dah sejuk baru blend. Tambah sket air time nak blend. 


5. Dah siap blend, tuangkan puree ke dalam ice tray bertutup



6. Sejukkan dulu dalam peti ais. Pastu alihkan ke dalam freezer untuk dibekukan. Jangan lupa tulis date.


7. Dah beku keluarkan kiub puree dan salin masuk bekas bertutup lain. Ice tray tadi boleh guna tuk puree lain. Kiranya kita tak yah la beli ice tray banyak-banyak.


Senang je kan. Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...