Wednesday, December 17, 2014

PERSEDIAAN SOLID FOOD UNTUK ANAK: BUBUR NASI

Assalamualaikum w.b.t

Semalam dah share pasal puree. Hari ni nak share pasal bubur lak.Minggu ni 1st time bekalkan bubur untuk Afham. Kalau tak sebelum ni bekalkan puree je. Preparation bubur Afham kali ni Saya guna kaedah lain sket berbanding time Afkar. Time Afkar ada share kat sini. Kali ni nak try method blend siap-siap beras sebelum masak. Maknanya tak ada la pagi-pagi tu saya kena lenyek bubur kat penapis pastu baru masuk bekas. Jimat masa sket r. Nak senang, senang lagi omak ko ni. Meh share camne nak buat stok beras tuk masak bubur.

1. Saya gunakan beras perang. Rendam semalaman beras dengan air masak. Ikut kuantiti yang diperlukan sahaja. Perahkan sket lemon. Ada kengkawan yang share kalau tak ada lemon, boleh guna limau nipis atau apple cider vinegar.



2. Toskan beras yang telah direndam. Sangai beras (Goreng tanpa minyak).


3. Blend guna blender kering. Tapiskan sebelum masuk dalam bekas. Mana yang tak halus tu, blend semula sehingga halus.


4. Simpan dalam bekas bertutup. 

Siap dah stok beras tuk bubur Afham. Bila nak masak bubur, ambil beberapa sudu masukkan dalam periuk. Masukkan air. Letakkan atas dapur, tunggu sehingga masak. Guna api kecil je. Kalau nampak macam nak kering tambah air sikit demi sikit. Jangan lupa kacau. Bila dah siap bubur, masukkan stok puree yang telah di'defrost' ke dalam bubur. Kacau sehingga sebati. Elak masukkan stok puree buah/sayur terlalu awal dalam bubur. Akan hilang nutrient akibat proses memasak yang lama.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...