Thursday, December 11, 2014

Dah Namanya Kerja

Assalamulaikum w.b.t

Bulan Disember ni bulan anniversary join kerja gomen. Tahun ke-enam. Alhamdulillah. Start kije sebagai lantikan kontrak Disember 2008, serap tetap Ogos 2009. Sepanjang 6 tahun macam-macam dah hadap. Manis, pahit, tawar semua ada. hehehe. Pejabat sekarang ni kira pejabat keempat saya berkhidmat dalam tempoh enam tahun.

Pejabat pertama paling best sekali. Serba serbi best. Boss best, skop kerja best, suasana kerja best, kengkawan best. Happy gila. Memang jarang stress. Pastu kije berjalan je. Outstation. Time bujang ok ler gak.Tapi buat kerja yang bukan bidang belajar. Wat kerja pengurusan projek. Pastu bila dapat tetap, kena lapor diri kat office kedua. Cawangan yang sama, Masih di bawah big boss yang sama. 

Masuk office yang ni culture shock. Bahaha. Nama je blajo QS, tapi sebelum tu tak pernah wat kije QS. Office kedua ni memang train jadi QS sejati. Sayang office kedua ni sebab banyak sangat experience kerja, ilmu-ilmu berguna yang saya belajar. Bila dah lama sangat kat satu-satu tempat tu, rasa tepu gak. Pastu makin lama makin stress. hahaha. Apa yang stress pun tak tahu la. kekeke. 

Alhamdulillah, tahun 2013 dapat transfer ke office ketiga. Office ketiga ni saya manja gila. Serba serbi ada orang tolong buatkan. Minta tolong je dengan staff. Office ketiga pulak tak lama. Cun-cun setahun kebetulan member ajak tukar.  Rezeki tergolek. Office baru yang lebih dekat dengan umah. Dari segi kerja, skop lebih kurang dengan office kedua. So ada la experience tu sket-sket. Tapi still dalam proses pembelajaran lagi ni. 

Ada yang tempat saya berkhidmat tu saya dapat semua yang saya nak. Saya happy kerja. Baik dari segi boss, dari segi kerja, dari segi staff, dari segi kengkawan. Pastu ada gak yang kengkawan best, tapi kerja tak best. Stress sokmo. Ada pulak yang kerja ok, kengkawan best, staff sokongan pun terbaik tapi tak berapa sebulu dengan bos (berani mati ni wat pengakuan).  Ada dapat boss yang tegas gila. Ada yang boss baik hati sangat. Ha macam-macam kan. 

Tapi bila fikir balik, muhasabah diri sendiri jap. Mana adalah dalam dunia semuanya perfect. Mesti ada pros n cons satu-satu tempat kita bertugas tu. Diri sendiri pun bukan nya sempurna sangat. Ada kurang sana sini gak. So tak yah nak expect too much. Cuba tuk berlapang dada bila buat kerja. Tapi tu la hati ni kekadang jahat gak. Ada je yang tak puas hati. huhuhu. Ada sorang bekas bos saya (dah pencen pun bos ni) pernah berpesan "Bekerja la dengan ikhlas, InsyaALLAH ada ganjaran yang menanti. Tak di dunia, di akhirat nanti" . Semoga dapat berubah menjadi lebih baik bukan je dari segi kerja tapi dalam hal-hal lain gak. Amin. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...