Thursday, December 4, 2014

Bila Afkar dah 3 tahun....


Saya jumpa artikel ni dalam Majalah Pa & Ma. Sorry ada yang tersenget. Malas nak rotate. Ampun eh.






Sumber : Majalah Pa & Ma Oktober 2014 (Edisi Khas Keibubapaan Anak 3-6 tahun)


Jom kita check it out progress Afkar camne.


Pergerakan

 - Setakat ni tak pernah try lagi kayuh basikal. Basikal yang ada dah jadi perhiasan. huhuhu. Boleh la try bawak g jenjalan kat taman pas ni.
-Jalan hujung kaki bila dia geli nak pijak lantai yang melekit. Kemain jinjit-jinjit lagi.
- Bab menari memang bagi kat dia. Dengan kita sekali dia ajak join goyang kaki n tangan.
-Kalau nak makan akan naik kerusi sendiri. Kekadang dia lupa, dia nak duduk kat baby chair. Pujuk cakap lek lok abang duduk kerusi ni, dia ok. Faham.
-Jarang bawak g playground. Tapi kalau kat Kidzoona semua permainan dia nak explore.
-Lompat atas tilam adalah hobi dia skang. Sampai adik terjaga. Grrrrr.
-Boleh sepak n tangkap bola.

Koordinasi Tangan dan mata

- Boleh wat tower guna lego block.
- Belum start intro guna gunting lagi.
- Boleh pegang pensel, tapi lebih kepada conteng. Suh ikut line huruf ke laut jadinya.
-Boleh pegang sudu, garpu n cawan sendiri.
-Belum intro main play doh. Risau adik join sekaki masuk mulut.
- Dah boleh main jigsaw puzzle yang kecik-kecik. Tq aunty Ctmah bagi time birthday Alisha. Afkar suke.
- Skang dah nak berus gigi sendiri. Tapi gigi depan Afkar memang dah rosak habis. huhuhu. Tak tau nape jadi camtu. Orang tengok gigi dia, ramai tegur " ha ni mesti suka makan gula-gula" Sentap mak tau. Padahal dia bukan jenis makan manis-manis dari kecik. Lepas 2 tahun baru start intro sket-sket air-air manis. Plan nak bawak ke Dentist, tak tau le bila nak g ni.

Bahasa

- Afkar selalu tunjuk gambar-gambar yang dia tahu dalam buku.

-Afkar belum reti buat ayat yang panjang-panjang lagi. Kekadang bahasa tu still german. Kitorang dah bawak Afkar jumpa 'speech therapist' kat Klinik Pakar Kanak-kanak Annur bulan lepas sebabnya kitorang risau dia tak pandai nak buat ayat. Memandangkan next year Afkar dah nak start sekolah, so kitorang set kan appoinment dengan 'speech therapist'. Plan nak ke HUKM, tapi nak selit tuk appoinment tu lama. So pergi ke Annur. Mula-mula start session, 'speech therapist' interview parents dulu. Tanya macam-macam. Lepas tu 'therapist' buat exercise dengan Afkar tuk wat observation. Hasil daripada observation, 'therapist' bagitau yang Afkar tertinggal dalam 2-3 bulan daripada development yang sepatutnya. Dari segi speech. Kriteria lain ada yang dia advance. Tak jauh sangat. Sempat catch up lagi. 'Therapist' cakap dari segi noun memang Afkar banyak dah tahu. Tapi Afkar kurang action words. So camne nak buat, perlu lebihkan interaksi dengan Afkar dengan menggunakan ayat yang betul. Dan gunakan toys yang jenis practikal contoh macam masak-masak. Sebab dari game tu banyak boleh buat ayat. Contoh : Afkar potong sayur. Afkar masak ayam. Afkar makan nasi. Untuk buat ayat memang tak boleh dapat dari TV (dush kena setempek kat muka). Afkar tak perlu follow up session sebab development dia tak terlalu jauh ketinggalan untuk umur dia.

-Sekarang ni kekadang kalau nak berak dia dah boleh gtau. Pastu kalau dia dah kencing sekali dalam pampers kali kedua dia nak kencing, dia akan cakap dia berak. Bila bawak g bilik air, dia kencing. Dalam proses nak potty train. Tapi Ummi x berapa gigih.

Pembelajaran

-Alphabets, shapes, animals, vehicles, numbers, hijaiyah Alhamdulillah dah kenal. Duk baca no. Plat kete. Tu la therapist cakap dari segi noun banyak yang dia tahu. Perlu improve dari segi wat ayat.
-Dah start mengira guna jari.
-Belum pandai melukis. Lebih kepada menconteng.
-Sekarang ni dah tak boleh nak janji apa-apa. Nanti dia tuntut. Kalau dia nak ikut turun kereta g kedai, Babah cakap nanti Babah belikan air. Memang sampai ke sudah dia akan tuntut nak air. Siap request pulak Air Apple please.

Sosial dan Emosi

- Setakat ni bab pergaulan tak ada masalah.
- Mudah menangis dan mengamuk dengan Afkar tak dapat dipisahkan. Sampai sekarang. huhuhu. Cuma skang ni mudah pujuk sket. Tapi kekadang datang hangin payah gak nak pujuk. Terutama bila ada orang lain selain mak pak dia. Terus Ummi dia bertukar jadi lion.
-Balik rumah kekadang tu kalau tanya aktiviti kat rumah Mama, dia sebut la sengsorang nama kawan kawan dia sambil bercerita. Walaupun kekadang tak paham apa yang dia cerita. huhu. Dapat tangkap sket-sket je.
-Kalau nampak kucing,Afkar akan kejar kucing pastu tarik ekor. Nak ajar dia sayang kucing, tapi Ummi pun penakut kucing. Dah achaner tu.
-Kalau saya or Babah dia buat-buat nangis dia akan datang pujuk. Lap-lap air mata, kiss n hug.
-Boleh harap dah kalau nak minta tolong tengokkan adik kejap-kejap. Nanti dengar la dia bebel-bebel kat adik. "No adik no". Kalau adik dia cuba buat something yang berbahaya, cepat-cepat dia panggil saya.
- Bab share permainan belum boleh lagi. Selalu dia nak amik n tak pandai nak beralah lagi. Kalau berebut dengan adik, kena slow talk baru dia nak dengar n bagi adik toys tu.
- Kalau bagi arahan dia dah faham. So skang ni banyak le gak dia boleh tolong kalau disuruh. Tapi memang kena berhemah gila la cakap baru nak buat. Kalau suruh marah-marah memang nan ado dia nak ikut.





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...