Monday, December 15, 2014

BIG BAD WOLF 2014 : KISAH SERIGALA JADIAN

Assalamualaikum w.b.t


Bid Bad Wolf 2014 is back yaw!!! Korang dah serang lom? Sapa yang lom tu sila pergi hokeyh. Sempat lagi ni. Last day esok. Kalau tak sempat gak, boleh kirim dengan kengkawan yang bakal pergi. hehehe. Nak kirim ngan saya? Sorry kitorang dah serang weekend baru ni.

Tahun ni tahun ketiga kitorang g BBW. Kira acara wajib tahunan la nampaknya. hahaha. Last year punya BBW ada saya share kat sini. Tahun ni sama gak kitorang pergi tengah-tengah pagi buta. Jadilah 'serigala jadian' kami sekeluarga. bahaha. Dengan Afham sekali angkut. Afkar tak ikut sebab dia balik kampung, tinggal rumah Atuk. Cucu atuk kaaaaannnnn.

Kitorang pergi pagi-pagi hari Ahad tu. Gerak dari rumah pukul 2 gitu. Mr. Teddy balik meniaga, dah bagi Mr.Teddy tido. Recharge bateri dulu. Takut kang moody lak dia. hehehe. Penat balik meniaga, bini paksa g BBW pulak. Afham time kuar rumah tu terjaga. Saya dukung dia guna SSC je kat sana. Sampai tertido dia dalam SSC sementara Ummi shopping buku. Afham behave je. Bagi kerjasama dengan baik. Tq Afham. Pastu orang pun tak ramai. Kitorang gerak balik pukul 5 lebih gitu pun still tak ramai sangat orang. Tenang je la nak membayar. Counter cashier pun banyak kot dorang bukak.

Dah pergi hujung-hujung ni faham-faham la yer. Banyak buku ilek pochi. Pastu yang ada, tak tersusun kat tempat asal. So kena pandai gak korek-korek kat box-box yang ada. Mula-mula tu kitorang boo layan tau box-box tu. Sebab rasa tak berapa gigih je nak selongkar satu-satu. Tapi bila tengok banyak nau buku yang dicari tak jumpa, korek gak la. Memang banyak ler gak buku yang kitorang dapat pastu. Tahun ni punya event lebih mudah sebab organizer dah siap-siap provide bakul. Ala-ala bakul kat Manjaku. Kitorang tak tahu, tetap hangkut bag tarik. bahaha. Patut la time selisih ngan orang, eh xde orang yang bawak bag macam selalu. Seperti biasa la sebelum beli saya dah siap-siap buat list dulu. Tengok kat sini list buku. So terus tuju tempat yang nak je. Jimat sket masa. Nak tau tips lain camne g BBW boleh jengah sini saya ada share.

Tahun ni banyak beli buku Afkar je. Buku Ummi n Babah tak carik pun. Sebab yang tahun lepas punya pun tak habis baca. Babah dah jeling-jeling je tu, buku berlambak tak baca-baca. Afkar punya buku naik lunyai dah. Ingat beli hard cover tak lunyai, lunyai jugak. Saya rasa berbaloi gak la beli buku-buku tuk Afkar. Sebab dia memang fully utilised buku-buku tu. Walaupun kekadang buat main, tu yang jadi lunyai. hehehe. Tahun ni punya buku, banyak beli yang ada activity. Pastu saya beli yang wipe n clean punya buku. Boleh tulis n padam. Gambar buku tak sempat nak amik la. Tapi banyak ler gak kitorang beli. Nanti kang saya share balik gambo-gambo buku eh. Skang kita share dulu gambo-gambo di tempat kejadian.



Tak ramai sangat orang kan.



Daripada jaga - tido - sampai dah bangun balik Ummi tak abis2 shopping buku


Tengok ni ha kemain segar bugar budak sorang ni...



Golap le pulak




Muka redha je kena letak kat situ...bahaha




Selamat menyerang BBW 2014 eh korang. hehehe.


2 comments:

  1. kena tunggu buku2 beli last year abes baca baru bole p smula kata suami akak ekekekee

    ReplyDelete
  2. kak lia ni pun banyak buku x khatam lahi...hehe...tu yg menambah buku afkar je...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...