Wednesday, December 3, 2014

Afkar is Turning 3

Assalamualaikum w.b.t
Kembali bersiaran update blog. Dah macam biskut lak. Kejap ada kejap tak ada. haha. Masuk office pas anak-anak kuar ward aritu ada kerja urgent yang kena siapkan. Camna pun kerja harus diutamakan. So ni dah settle kije tu ada la free time sket. Moh le update blog lelaju sementara free. 27hb lepas Afkar dah 3 tahun!!! Alhamdulillah. Terus diberi kesempatan melihat awak membesar depan mata. Besar dah anak Ummi. Januari nanti dah nak start sekolah. Ummi yang touching lebih ni. huhuhu. Hari ni nak share pasal 3rd year birthday celebration Afkar.

Tahun ni tak ada plan macam tahun-tahun sebelum. Jemput family n kengkawan semua. Kitorang wat celebration kecil-kecilan kat rumah pengasuh je. Memandangkan tahun depan Afkar dah nak sekolah, so tahun ni jadi tahun last dia duduk dengan Mama. So tu yang decide celebrate kat rumah Mama dengan kengkawan dia. Tambah-tambah lagi Ummi super duper busy tak sempat nak plan apa-apa. Preparation untuk celebrate start seminggu sebelum. hoho. Busy bebenor ummi ko kan.

Plan asal nak buat hari Jumaat, 28hb. Tetiba Ummi ada meeting penting pagi tu. Tukar plan buat Monday, 1 Dec. Tu pun nyaris nak cancel sekali lagi. Sebab Ummi cherry berry pulak. Tapi bila petang tu dah ok sket kita proceed je la. Selain dari birthday party kat rumah Mama kitorang bawak anak-anak g berjalan ke PD celeb birthday Afkar dengan family in law. Sebelum story mory birthday party kat rumah Mama, kita cerita dulu pasal short trip ke PD.

Plan nak holiday ke PD dah lama. Disebabkan Afkar ni sangat suka berkubang dalam air, so kitorang pilih Grand Lexis untuk stay. Boleh Ummi ko tumpang sekaki berkubang kat pool. Ni 2nd time pergi. 1st time entry kat sini. Mula-mula tu plan family kecik kitorang je, pastu cakap kat Babah y not kita ajak Atuk, Opah n lain-lain join sekali. Bila semua dah confirm, terus on. Amik 2 bilik. Pergi 28hb tu. Nak cakap best sangat sampai repeat 2 kali tu idokler. Tapi saya suka sebab ada private pool. Tu je. hahaha. Boleh berkubang tanpa segan silu. Yang ipar-ipar saya siap tengah-tengah malam tu diorang belasah berkubang ok. hahaha. Gile tak sejuk. Aktiviti utama adalah mandi swimming pool je ye. hahaha. Malam tu celebrate birthday Afkar. Makcik-makcik dia belikan cake Baskin Robbin. Kemain lagi sampai nak 2 cake BR. Pastu Opah bawak nasi n lauk. Ummi bawak perut je (>;<). hahaha. Kitorang g satu malam je, Mr.Teddy ada pasar malam hari Sabtu tu. Pas check out terus chalo balik umah. Tak ke mana-mana dah. Ok korang tengok la gambo eh. Tak banyak leh share sebab laki i oll is seksi. Dah r sume gambo dia enterprame. Sabo je la. huhuhu.




Birthday boy excited tiup lilin.

~Cake BR yooo~

~Tak nak pakai pelampung yang ada tempat duduk tu. Nak pakai pelampung gini pulak
Yang ni pun tak memadan. Excited dapat main air
Alo...alo...kemain lagi

\
Nak race ni sape yang memang.

Pemenangnya adalah Abang Afkar. Dia tak bagi adik ke depan. hahaha.


Hari Isnin lak celebrate kat rumah Mama. Pagi tu hantar bebudak ke rumah Mama. Saya bersilat kat rumah siapkan goodies sambil melayan sakit perut. Buat goodies pun tak banyak. Adalah dalam 10 je kot. Paper bag tuk goodies tu beli kat Mr.DIY. Party pack pun beli kat Mr.DIY. Tahun ni tak adalah nak DIY apa-apa. Tak sempat!!! Tak sempat DIY tapi theme tetap ada.hahaha. Tahun ni wat theme 'Mickey Mouse'. Pastu kitorang order cake dengan Ambition Bakers. Ya ampun sedap cake dia. Mini cream puff pon tempah ngan Ambition Bakers. Kitorang ada order Nutella cheesetart dengan Kak Cik (kakak saya). Kak Cik deco ikut tema. I like!!! Nak tempah boleh search kat  FB : Sis'stufflicious Resources. Seronok tengok Afkar n kengkawan semua happy time tu. Sambung tengok gambo yer.

Goodies bag

Cake order dengan Ambition Bakers

Nutella cheesetart

Huruf 'H' dah hilang. hahaha. Birthday boy nak tiup lilin.

~Potong cake dengan babah~



Babah melayan kengkawan Afkar


Untuk Afkar...
Happy 3rd birthday!!! Alhamdulillah... Ummi dan Babah diberi kesempatan untuk tengok awak membesar. Awak lah si manja ummi babah (lagi manja dari adik kekadang tu), si penghibur hati Ummi Babah, si penawar duka Ummi Babah, si penceria hidup Ummi n Babah. Ummi n Babah doakan awak menjadi anak yang soleh, abang yang baik untuk adik-adik. Sentiasa dipelihara kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan. Semoga cemerlang dunia akhirat. Ummi, Babah n adik Afham sayang Abang Afkar sangat-sangat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...