Wednesday, December 31, 2014

2014 Penuh Suka Duka

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni hari terakhir dalam tahun 2014. Tahun 2014 yang meninggalkan pelbagai cerita suka duka dalam hidup saya. Tahun 2014 tambah bermakna untuk kehidupan kami sekeluarga dengan kehadiran cinta hati kami, Afham. Status berubah jadi ibu beranak dua dah. Hehe. 

Macam yang ramai tahu, tahun 2014 tahun yang penuh ujian dan cabaran untuk negara tercinta Malaysia. Kehilangan MH370 menjadi misteri, tinggalkan tanda tanya sampai sekarang. Pemergian MH17 tidak kembali menggemparkan negara dan dunia. Penghujung 2014 digemparkan sekali lagi dengan berita terhempasnya QZ8501. 

Selain tu, kita juga berhadapan dengan krisis catuan air. Kawasan rumah saya tak terkecuali. Time dalam pantang pulak tu. Huhu. Pastu dengan jerebu yang teruk. Sampai kena pakai mask g office naik lrt. Penutup 2014 disudahi dengan berita banjir yang ditangisi seluruh negara. Sedih. Pilu. Ramai kawan-kawan yang terlibat sama. Semoga tabah, kuatkan hati dan dipermudahkan segala urusan.

Semoga kehadiran 2015 memberi sinar dan harapan yang baru buat kita semua.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...