Monday, October 13, 2014

POLITIKUS


Tak reti main politik. Tak pandai TAICHI read: mengelak kerja, menolak kerja. Hanya Saya Yang Menurut Perintah - SYMP. Bukan jenis gebang ko lah manusia paling sibuk di muka bumi ini sampaikan orang lain kena ambil alih kerja ko. Ambil sikit-sikit lama-lama amik terus. Bukan jenis aku dah nak pindah, aku tak leh buat kerja dah. Selagi belum ada hitam putih, berkhidmat sehingga ke hari terakhir. Bukan jenis hilang (read :MC,EL) time ada benda urgent. Itu 'KAMI' yang makan gaji dengan Kerajaan Malaysia.

Selama ni pegang prinsip kalau kita tolong orang dalam kerja, InsyaALLAH orang akan tolong kita balik. Seseorang pernah berpesan "Kalau u tolong orang dengan ikhlas, InsyaALLAH ALLAH akan permudahkan u untuk tolong orang tu" . Selama ni, sehabis daya ikhlaskan diri untuk tolong orang lain punya kerja. Tak pernah merungut, tak pernah tolak, tak pernah mengelak. Selagi boleh tolong, akan diusahakan untuk tolong. Dan cuba laksanakan sehabis baik kerja yang diamanahkan. Bukan harapkan penghargaan, cuma berbalik pada prinsip : Kita tolong orang hari ni, esok orang tolong kita balik. 

TAPI...TAPI...

Boleh jadi tak ikhlas bila orang yang ditolong ambil kesempatan. hmmm. Mula-mula kita tolong, lama-lama serah terus. Boleh jadi tak ikhlas bila dipertikaikan pertolongan tu. Boleh jadi tak ikhlas bila dikatakan jadikan pertolongan tu sebagai helah untuk elak buat benda lain. Rasa demoralize. Rasa down.

ISTIGHFAR BANYAK-BANYAK

Biarlah apa orang nak kata, abaikan apa orang nak cakap. Hanya kita dan ALLAH yang tahu. Kembali ikhlaskan diri. Buat sehabis baik. Cuba selagi mampu.

notakaki: bercerita secara random. Sekadar nukilan hasil perkongsian dengan sahabat-sahabat. ok bye.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...