Thursday, October 9, 2014

Kebakaran Time Birthday???

Assalamualaikum w.b.t

Lama sket menyepi. Seperti biasa kalau dapat task yang 'satu' ni memang x dan nak buat benda lain. Mengadap je la nak siapkan. Tapi memandangkan birthday tuan tanah kedaung baru je lepas moh le amik kesempatan update blog gak.

Di hari kejadian, birthday girl cuti. Mr.Teddy pun cuti. Mr. Teddy ajak g Jusco Cheras Selatan. Saya lak nak g Alamanda. Dengan itu birthday girl menang. Ke Alamanda la kitorang nak raikan si birthday girl. Sampai kat Alamnda terus g beli tiket wayang. Memandangkan cite kat wayang pun tak bape best, saya follow je Mr.Teddy pilih cite apa pun. Banyak nau cite hantu skang ni. Mana la den ni melayan cite hantu. Kang daripada elok-elok nak bergumbira time birthday terus melolong ketakutan pulak kang. Haru...haru. 

Time beli tiket kitorang dah dengar bunyi fire alarm, ingatkan ada rosak ke hape. Wat derk je la. Pastu bila kuar dari tempat wayang tu nampak macam ramai yang turun ke bawah. Kan skang kat Alamanda punye wayang dah kena ikut luar dari foodcourt RASA tu. Ada renovation. Pastu ada announcement kena kosongkan Bangunan Alamanda. Eh...eh nape ni. Terpinga-pinga kitorang. Pastu kitorang nampak ada dua orang abang sado tak sado sangat bomba tengah round-round. Ah sudah ada kebakaran ke. Pastu berkumpul la semua orang kat bawah. Mr.Teddy siap cakap "Yang, sekali jap g ramai-ramai nyanyi lagu Birthday tuk u." hahaha. Ye la tu. Mr.Teddy wat cool je. Saya yang bebel-bebel risau. Time tu la teringat kereta tengah parking. hahaha. Dalam setengah jam gitu la kitorang tersadai kat bawah. Pastu dibenarkan masuk dalam Alamanda. Sudahnya tak tau la apa yang jadi samada memang ada kebakaran ke atau sekadar fire drill atau false alarm.

Ni dah bersurai.

Hahaha. Macam-macam hal nak jadi. Lawak le pulak bila ingat balik. kekeke. Ok la tak mo cite pepanjang, layan je la gambar yerk. 

Sementara nak tunggu wayang start, Mr.Teddy belanja saya makan Baskin Robbin. Pergh lama gila tak makan ice cream BR.


Birthday girl tengah sodap melantak ice cream BR.

Tukang belanja tengah menikmati ice cream.


Mr.Teddy belanja makan kat The Manhattan Fish Market. Eh last year pun kat sini gak. hahaha.


Malam celeb birthday dengan anak-anak lak. Budak sorang tu memang tiap kali birthday orang jadi birthday die gak. Berebut nak tiup lilin. hahaha.

1 comment:

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...