Tuesday, September 9, 2014

Waktu yang Sesuai untuk Baby Makan

Assalamualaikum w.b.t

Time Afkar genap 6 bulan saya baru start intro solid food. As suggestion pakar kanak-kanak. Afham insyaALLAH pon sama la kot. Mudah-mudahan. Tak lama dah tu. Lebih kurang sebulan je lagi. Kenapa eh sebelum baby 6 bulan tidak boleh bagi solid food? Pastu bila nak start tu, apa yang perlu dibuat? Apa yang boleh dan tak boleh bagi ikut umur?

Makanan pejal tidak boleh diberikan sebelum umur 6 bulan kerana:

  • Bayi belum dapat mengunyah dan menggigit dengan berkesan
  • Makanan yang paling seimbang dan lengkap adalah susu badan.
  • Meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman.
  • Usus belum matang dan terdapat risiko kecederaan / usus tersumbat (‘intestinal obstruction‘).
  • Buah pinggang belum cukup matang untuk mengendalikan beban berlebihan dengan makanan pejal.
Kaedah-kaedah Memperkenalkan Makanan Pejal
  • Mulakan dengan satu atau dua sudu makanan. Selepas beberapa hari, makanan pejal boleh diberikan dua, dan seterusnya tiga kali sehari. 
  • Jangan tambahkan makanan pejal ke dalam botol susu.
  • Jangan tambahkan garam atau gula kepada makanan bayi.
  • Makanan pejal boleh dicampurkan dengan sedikit susu badan atau air masak.
  • Mulakan makanan baru satu demi satu supaya dapat mengenalpasti apa-apa alahan makanan. (Apply 4 days rules)
  • Sekiranya bayi tidak mahu makan sesuatu makanan baru, cuba berikan makanan itu sekali lagi, selepas beberapa hari. Kadangkala bayi akan mengambil makanan tersebut setelah mencuba beberapa kali dan telah membiasakan dirinya dengan rasa baru
Makanan yang perlu dielakkan pada peringkat awal

  • Jangan berikan madu lebah kepada bayi di bawah umur 1 tahun, kerana madu kadangkala mengandungi kuman, yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya dalam bayi (‘infant botulism’).
  • Telur tidak patut diberikan sebelum umur 6 bulan. Selepas itu, bayi boleh diberikan telur yang perlu dimasak penuh, sehingga putih dan kuning telur menjadi keras, untuk mengelakkan jangkitan kuman.
  • Kacang keras tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 5 tahun, kerana bahaya tersumbat dalam salur pernafasan. Kacang yang dikisar atau ditumbuk halus boleh diberikan selepas 6 bulan.
  • Makanan rendah-lemak, rendah-kalori dan serat-tinggi tidak sesuai untuk bayi. Bayi memerlukan tenaga yang tinggi untuk tumbesaran dan memerlukan makanan yang berlemak, dengan kandungan vitamin dan mineral yang mencukupi.
  • Bayi perlu diperhatikan dengan teliti ketika makan, untuk memastikan bayi tidak tercekik. Kita boleh meningkatkan minat bayi dengan membenarkan bayi untuk cuba makan dengan sendiri, menggunakan tangan atau sudu.
Sumber  : Doktor Budak

Tanda-tanda yang bayi sudah bersedia untuk makan:
  • Boleh menegakkan kepalanya sendiri
  • Hilang refleks merodok lidah (tongue thrust) yang bermakna dia sudah boleh belajar mengambil makanan selain makanan cecair sekarang. 
  • Mula menunjukkan minat terhadap makanan di pinggan anda, memerhatikannya dan mungkin akan cuba mencapainya. 
SUmber: Babycenter



Sumber : Group FB Solid Food For My Baby

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...