Saturday, August 23, 2014

Tips Ajar Bayi Botol Susu

Assalamualaikum w.b.t

Afham saya start ajar hisap EBM guna botol susu lagi 2 minggu nak start kerja. Time nak ajar tu nebes gak. Takut dah terlewat nak start ajar. Doa je banyak-banyak time tu. Mudah-mudahan Afham nak botol susu. Pastu tanya gang wasap kedok, dorang share camne nak mula ajar. Kira ni macam 1st experience gak la. Sebab Afkar dulu memang awal-awal dah belajar guna botol. Bila time malam Afkar mertua yang jaga, sementara saya rehat so bagi EBM dalam botol time tu. Guna botol bese je. Pureen yang kecik tu kot tak silap. Bila dah duduk rumah pengasuh baru tukar botol MAM. Kiranya tak adalah pengalaman sendiri ajar Afkar botol. Tu yang nebes semacam kot.

Time yang belanja mak n Mr.Teddy makan kat Shang Ri La hotel aritu, 1st time intro botol kat Afham. Bagi EBM. Guna botol Fiffy. Ditolaknya mentah-mentah botol. Ahdoiyai Afham. Dah dup dap ni. Ye la sekian lama hanya isap susu cap gantung tetiba Ummi suh isap botol. Memang nehi nehi la jawabnya. 

Pastu suh Mr.Teddy beli botol MAM. Siap cakap kat Mr.Teddy kalau Afham tak nak gak botol MAM minta tolong Mr.Teddy lak yang ajar. Kot-kot dia bau saya dia tak nak botol . Macam Abang Afkar. Afkar kalau ada saya memang dia tak nak botol. Pandang sepi je botol susu kalau ada yang 'original'.

1st day ajar, bagi sekali je yang sesi pukul 8 pagi tu dia minum guna botol. Mula-mula dia tolak-tolak gak tau, pastu slowly pujuk. Dia cam tak reti sangat kot nak hisap guna puting botol. Saya sumbat Cik N, pastu tarik Cik N perlahan-lahan sumbat lak botol. Saya letakkan puting botol kat tepi mulut, pastu bila Afham buka mulut je, terus sumbat puting n dia start hisap.Ok settle la 2 oz sekali minum tu. Esoknya jadikan 2 sesi lak minum. Pastu makin meningkat. Alhamdulillah dia ok la minum EBM dalam botol susu. Lega Ummi. Dengan cara ni gak boleh tahu sekali minum bape oz n bape kali sehari. Senang nak estimate bila naik kije nanti.

Mula-mula hantar kat rumah Mama, saya bekalkan 2oz x 6 botol. Dalam mingggu kedua tu Mama cakap Afham minum 2oz sekejapan dah licin. So naikkan jadi 3 oz. So sampai hari ni dah 4 bulan lebih, Afham minum 3 oz x 6 botol. Total 18 oz.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...