Saturday, August 9, 2014

Raya 2014 : Slim River

Ok sambung cite semalam. Raya kedua tu kitorang balik Slim River. Perjalanan Alhamdulillah smooth je. Tak jem. Selalu kalau balik Slim ni biasanya akan duduk rumah je. Sebab mak, ayah n family lain dah jalan beraya time raya 1st tu. Mr.Teddy ni penyegan sket nak beraya sendiri-sendiri. Tahun ni saya zikir kat telinga minta dia bawak kitorang anak-beranak pergi beraya. So beraya la gak kitorang g rumah sedara-sedara kat Slim. Gambo nan ado. Tak sempat!!!


Orang ajak beraya. Dia sibuk main kolam ikan lak. Grrrrr.

Afham dengan Shazad Imran. Anak cousin Mr.Teddy. Afham tua sebulan dari Shazad.

Tahun ni gak kitorang berjaya amik gambo sekeluarga kat studio. Akhirnya!!! Dari zaman berdua, dah jadi bertiga sampai dah berempat setiap kali raya ajak Mr.Teddy ambil gambo studio. Duk nanti-nanti, balik Bangi la sudahnya memang tak ada. Geram je. Tahun ni dah tahu trick dia tu kan ajak la gak bergambo kat Tanjung Malim. Sekarang gambo studio dah lain eh. Dulu kan pakai canvas kan as background. Tapi studio yang kitorang pergi ni background dia hijau je. Ala macam orang wat filem guna CGI tu. Pastu nanti dia edit kemudian ikut background mana yang kita nak. Dia ada provide satu album background untuk kita pilih. Gambo lom siap. Ramai katanya yang amik gambo studio. 2 minggu baru siap. Nanti saya share kendian.

Posing dengan Afham otw nak g Studio

Kat Slim, sesi bermaafan n posing-posing dengan family kitorang buat before balik Bangi. OTW balik Bangi tu nak singgah Rawang jap g umah Mak De n Achu Mr.Teddy dengan In Law. Dah alang-alang Mak n Ayah dah siap-siap tu jomlah kita berposing.

Ni je gambo family yang ok sket. #bertabahla. Payah nau nak ajak Afkar bergambo skang ni

Udah le kalau tak nak bergambo tu. Kita bergambo je la bertiga

Tengok AFkar tu!!!!APTB

Dengan ibu mertua ku

Ibu Di dengan Afham debot

Afham dengan Atuk n Opah

Feeling putera raja la tu konon makan bersuap atas buai.






No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...