Friday, August 8, 2014

Raya 2014 : Klang

Assalamualaikum w.b.t

Ohoiiiiii. Mana tuan belog ni menghilang dekat sebulan tak update blog ha. Dah nak terbatuk-batuk meniup habuk. Fuh fuh fuh. I ols busy la u ols. Masuk-masuk kije pas cuti bersalin terus kena start Gear 5. Tercungap-cungap makcik nak settlekan kije. huhuhu. Pastu sambung cuti beraya pulak. Banyak gileeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee benda nak share, tapi tak sempat (nangis tepi PC). Ok sementara ada free ni time moh le lelaju update blog. Kang dah abis raya baru nak up cite raya apa kes. Kuih pun dah tinggal serbuk je ha. Sebelum terlambat nak wish dulu:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Sekiranya terlanjur tulisan, terlajak perbuatan, terguris perasaan yang membaca. Kosong-kosong eh

Ok jom sambung cerita raya. Tahun ni turn beraya kat Klang. Belah saya. Yeah. Lompat bintang sket. Memandangkan dah memang ada sistem giliran so tak adalah drama air mata berebut turn balik kampung laki bini. Tak adalah baling-baling dadu ke main osom ke. hehe. Kita ikut je la giliran sedia ada. Berapa bulan nak raya dah ingatkan kat Mr.Teddy "TAHUN NI RAYA UMAH KITA TAU!!!" Jangan nak wat-wat lupa pulak eh. 

Raya tahun ni lebih bermakna. Dah tambah hulubalang lagi sorang nak kena siapkan. Walaupun semua tiga hulubalang mengelilingi permaisuri sorang ni, tapi permaisuri menggunakan kuasa vetonya menetapkan warna tema tahun ni adalah PINK!!! hahaha. Lantak kan Mr.Teddy kena pakai warna pink. Terpaksa rela kawan tu. Bab warna ni sebenarnya tak dirancang. Saya ni kan cuti bersalin. Pastu tetiba dah abis pantang tinggal tak lama dah nak raya. Boleh ko tak perasan. Persiapan raya satu hape tak buat lagi time tu. Tailor pun tak nak amik dah tempahan. Sob sob sob. Pastu time cuti bersalin tu adalah saya ni shopping online sikit-sikit ye ke sikit. hahaha. Hari-hari courier datang umah dah naik cam dah budak tu Pastu banyak-banyak tu macam dress warna Pink je berkenan nak pakai di pagi raya. Jadilah warna tema kita tahun ni Pink. Boleh la eh Dy sambil kenyit-kenyit mata Persiapan pun ala kadar. Baju banyak repeat yang ada je. Untuk anak-anak la extra sikit pun.

Pagi-pagi raya pertama bersilat dulu nak siapkan dua hulubalang. Hulubalang lagi sorang dah besar gedang boleh siapkan diri sendiri. Yang dua hulubalang kecik tu nak kena siapkan. Dengan yang hulubalang sulung wat perangai tak nak berbaju di pagi raya. Ko jangan nak drama sangat yer nak. Omak ko ni kang bertukar jadi hijau. 

Tengok ha tuan blog baru sempat nak isi perut. Menu wajib ketupat, rendang yaw. Baru raya. hehee

Eh Makan lagi. Saya mak anak dua harap faham. hehee

Lepas semua orang dah balik sembahyang raya, moh le kita mulakan acara tahunan bermaafan salam kaut untuk budak-budak. Makin besar family saya. Kemain panjang beratur tunggu turn nak bersalam. Sampai ke belakang tu. hehehe. Dah settle bermaaf-maafan, berposing pulak. Bergambar keluarga. Lepas tu baru pergi keluar beraya ke rumah jiran-jiran dan rumah Pak Lang yang dekat dengan rumah. Petang diorang ziarah kubur arwah Ayah, saya tak follow. Jaga anak-anak kat rumah yang kebetulan tengah tidur time tu. Malam nya kitorang g KL. Patut ada dua rumah. Tapi Mok Teh saya balik kampung. Kitorang beraya umah Busu je kat Ampang. Tahun ni gak kitorang tak balik Melaka sebab anak-anak buah ada yang nak exam SPM n UPSR. Tengok je la gambar banyak-banyak ni.

~Makin besar family saya~

~Budak tak ada mood di pagi raya~

~Mak pak jadi bujang sebab anak-anak abang saya tolong pegangkan~

~Bermaafan dengan bonda tercinta~

~Beratur-beratur tunggu duit raya Cik In dengan Cik Joy~

~Tahun ni hulubalang sulung ni nak pegang duit raya sendiri. Penuh poket dia. Kemain excited dia bersalam nak duit raya punya pasal.~

~Family kecil saya dengan bonda tercinta.~

~Ladies of the family~

~Family besar. Meriah!!!~

~G beraya rumah Tuk Alang boleh lak dia jumpa beskal ni. Mula-mula elok naik main loceng~

Pastu nak jadi pomen lak.

Sr. n Jr. Ramai cakap Afkar adalah Jr. si Luqman ni. Anak sedara saya. Perangai diorang time kecik-kecik sama. Muka pun lebih kurang. Nampaknya kena la Ummi awak ni menuntut dengan Mak Ngah camne Mak Ngah handle Abang Luqman

~Korang tengok duduk sebelah Luqman. Amboi nak, kemain duduk tu. Like a boss sangat. G beraya rumah orang ni.

Si debot Ummi ni. Saya pakai baju 1-2 tahun. Sebab baju saya dah tak muat.

Raya kedua saya dah balik Slim River. Ni dah siap-siap nak balik Slim. Bagi can Mr.Teddy lak senyum sampai telinga. hehee.

 Tengok ni apa pesen nak melanyak Ummi ntah.

Sesi memujuk

Selamanya si Manja Ummi

Si Adik dah nak mula nangis, Si Abang dah sibuk minta HP, Si Ummi yang maintain control cun. bahaha.

Raya Slim saya sambung next entry. Ok Bye.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...