Tuesday, August 12, 2014

Nota Pengendalian Susu Ibu untuk Nursery/Pengasuh

Assalamualaikum w.b.t

Afham saya hantar kat pengasuh yang sama dengan Afkar. Memang dah sedia maklum yang Kak Emy biasa handle susu ibu. Tapi saya still provide Nota panduan pengendalian susu ibu untuk K.Emy. Sebab saya sendiri pun banyak dah lupa.

Susu-susu Afham saya masukkan dalam cooler box polysterene yang warna putih tu. Beli kat Giant RM 8. Tapi tak tahan sangat tau. Ice pack akan cair. Kak Emy akan transferkan susu-susu Afham dalam peti ais rumah kak Emy. Kalau nak tahan beli cooler box yang macam orang memancing tu. Aitu survey kat Giant harga dalam RM 70 ++. Sementara #bajetketat ni kita guna dulu apa yang ada.

Dekat box ni saya tampal note cara pengendalian susu ibu. Laminate sendiri je kat umah. Guna iron. Tu yang berkerekot sket.

Close up sikit notes.

Kalau ada yang nak copy, leh copy kat bawah ni. Print pastu potong lek lok, laminate n tampal kat box. 

CARA-CARA PENGENDALIAN SUSU IBU.

1. AMBIL BOTOL MENGIKUT TURUTAN NOMBOR (CONTOH : 1-6). GUNAKAN BOTOL YANG PALING AWAL TERLEBIH DAHULU. 

2. JANGAN GONCANG BOTOL SUSU TERLALU KUAT KERANA IANYA AKAN MEROSAKKAN SEL-SEL SUSU DAN NUTRIEN YANG TERKANDUNG DALAM SUSU IBU. GONCANG PERLAHAN SAHAJA BAGI SEBATIKAN LEMAK-LEMAK YANG TERPISAH.

3. MASUKKAN BOTOL SUSU KE DALAM WARMER YANG BERISI AIR (PASTIKAN SUHU ADALAH 40 DARJAH CELCIUS) ATAU BEKAS YANG BERISI AIR SUAM (NISBAH 1 AIR PANAS DIDIH : ½ AIR SEJUK) TIDAK LEBIH DARI 15 MINIT. JANGAN PANASKAN SUSU DENGAN SUHU YANG LEBIH PANAS (DI ATAS API DAPUR ATAU MICROWAVE). SELALU PERIKSA SUHU SUSU SEBELUM BERIKAN KEPADA BAYI. 

4. TUANG SUSU DARI 'STORAGE BOTTLE' KE DALAM BOTOL SUSU YANG DISEDIAKAN UNTUK BAYI MINUM.

5. SUSU IBU YANG DAH MINUM PERLU DIHABISKAN 1 - 2 JAM. SELEPAS 1 - 2 JAM, BAKI SUSU HARUSLAH DIBUANG. SUSU YANG BELUM MINUM, TAPI TELAH DIKELUARKAN DARI PETI AIS PERLU DIHABISKAN 3 - 4 JAM. 

6. JANGAN BIARKAN BAYI MINUM SUSU DENGAN SENDIRI BAGI MENGELAKKAN TERCEKIK/TERSEDAK SUSU. SENDAWAKAN/TEPUK BELAKANG BAYI DENGAN PERLAHAN SETIAP KALI SELEPAS PENYUSUAN.

7. JANGAN BERI BAYI AIR MASAK ATAU MAKANAN TAMBAHAN LAIN. HANYA SUSU IBU SAHAJA SEHINGGA BAYI BERUSIA 6 BULAN.

*******************************************************

2 comments:

  1. In, aku gigih baca close up notes rupanya kat bawah ade tulis terang2..ceh!

    -acik-

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...