Friday, August 22, 2014

MH17:Negara Bertafakur Selama Satu Minit

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni 22hb Ogos 2014 satu lakaran sejarah buat Malaysia tercipta. 20 jenazah penumpang dan anak kapal nahas #MH17 yang telah dikenal pasti identiti dibawa pulang ke Malaysia. Saya tak nak ketinggalan tengok siaran langsung kat TV1 tadi. Tu je channel yang clear kat office ni. Ok je la pun. Kitorang satu office berkumpul tadi tengok. Sedih je masing-masing. Penghormatan jenazah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dilaksanakan dengan penuh istiadat.



Tengok siaran langsung kat TV1

Satu demi satu keranda di bawa turun. Sepi je sume orang, masing-masing khusyuk melayan TV. Bila penyampai tu baca profile setiap jenazah yang dibawa pulang saya paling tersentuh jenazah Arwah Hakimi, pembantu juruterbang. Arwah ada anak kecik 9 bulan. Semoga isteri Arwah, Asmaa tabah hadapi dugaan. Saya kenal Asmaa time Matrix dulu. Tapi tak adalah rapat sangat.

Bergenang air mata. Membayangkan diri sendiri di tempat isteri Arwah. (tears) Macam mana pulak keadaan anak-anak sekiranya saya atau Mr Teddy pergi dulu. Ya Allah,semoga kami terus diberi kesempatan melihat anak-anak membesar. Semoga dikekalkan pinjaman-Mu ini hingga ke akhir hayat kami.

Dekat office saya ada pengumuman untuk minta semua memberhentikan kerja masing-masing dan bertafakur sebentar dengan membaca Al-Fatihah buat jenazah. Damailah kalian di sana. Semoga  roh dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan beriman. Takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...