Friday, July 11, 2014

Kembali Bekerja!!!

Assalamualaikum w.b.t

Amboi kemain rajin lak update blog nih. Saya dah naik keje 9 Julai aritu. Setelah bercuti 3 bulan. Lemau koooo 1st day kije. Dah r bulan pose kan. Tapi banyak keje dah menanti ni. Ha punya la cuti lama sangat kan sampai boleh lupa office sendiri tingkat berapa. AHdoi. Banyak nau ke urat putus ni time beranak. Lama termenung depan lift nak ingat-ingat balik. Kronik tak agak-agak. Tu pun ada hati nak extend cuti sampai pas raya.


Nasib le x lupe camne naik lrt.


Ramai tegur i oll kurus. Ehem ehem. Kembang tak kuncup-kuncup dah ni. Tolong jangan terpedaya ye. Ni adalah pandangan semasa bulan puasa sahaja. Selepas puasa, siap ko!!! Membesar bagaikan juara balik r jawabnya.  Nak share gambo ke. Malu ler i oll. Hehe.

Benda 1st yang dibuat bila masuk kije adalah APPLY CUTI RAYA. hahaha. Baru naik kije dah pikior nak cuti. Dapat email kena apply cuti sebelum 15hb, moh le apply cepat-cepat sebelum terlupa.

Apply cuti raya jom

Dah puas cuti 3 bulan kan, moh le kembali membanting tulang. Melaksanakan tugas Saya Yang Menurut Perintah. Ok udah..udah. Pergi sambung buat kije. Eh nak g pam kejap ah. Rutin kembali seperti biasa. Rindunye. Berehat tuk beberapa bulan. Kembali mengusung pam & cooler bag.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...