Tuesday, June 24, 2014

Rezeki Anak

Assalamualaikum w.b.t

Time awal-awal dapat berita yang saya pregnant anak kedua ada juga yang bertanya kami dah ready ke nak menerima orang baru. Ada juga yang kesian kat Afkar dah nak jadi abang. Lom puas manja katanya. Time dapat tau saya pregnant Afkar baru setahun 8 bln. Saya gelak-gelak je jawab,Alhamdulillah dah rezeki. Orang kata jawapan tu klise. Hmmm...(krik...krik...krik...)

Walaupun orang kata jawapan saya tu klise, saya pegang gak kat satu benda ni yang anak tu rezeki. Dan setiap anak ada rezeki masing-masing. Saya tak nak ambil contoh orang lain, ambil contoh diri sendiri je la. Tiap kali pun nak sambut orang baru kitorang laki bini ada la nervous gak. Ye la dulu perbelanjaan untuk laki bini je pastu dah ada anak mesti ada pertambahan belanja untuk anak. Upah pengasuh, pampers, susu dan juga keperluan lain. Bila tambah anak, tambah la jugak perbelanjaan. Dari segi logik fikir gitu la kan. 

Alhamdulillah rezeki anak-anak, setiap kali saya nak bersalin ada rezeki lebih untuk kami sekeluarga. Contoh nya saya dapat duit kutu ke, ada kenaikan gaji ke, Mr. Teddy dapat better offer. Ha gitu la. Rata-rata yang saya tanya dan borak-borak cerita, kebiasaannya akan ada rezeki tambahan bila nak sambut orang baru dari segi untung bisnes ke, naik pangkat ke, naik gaji ke. Orang pun selalu cakap "Rezeki anak la tu". Sebab tu saya percaya yang setiap anak ada rezeki masing-masing. Yang penting usaha dan tawakal kena seiring. InsyaALLAH dipermudahkan.

Bab sian kat Afkar lak. Saya mengaku yang saya sangat-sangat risau memikirkan Afkar nak jadi abang. Ummi yang stress lebih. Dia relax² je. Mau tak risau manja bebenor si Afkar tu. Nak jadi abang lagi extra manja. Sampai buat emak dia ni bertukar jadi hijau selalu. Pastu jelez kemain bila saya pegang baby lain. Dengan belum 'wean off' nye time tu. Tu yang jadi drama air mata memikirkan dia nak jadi abang punya pasal. Ummi dia la yang emo. Haha. 

Alhamdulillah bila Afham lahir, nampak sedikit demi sedikit perubahan Afkar jadi lebih 'big boy'. Manja tu tetap manja. Setakat ni Alhamdulillah, belum lagi ada adegan melanyak adik. Dia pun dah nak cium adik dia. Agah-agah adik. Tapi part mencari perhatian Ummi dan Babah dengan Afkar memang tak dapat dipisahkan. Haha. Ada je la benda dia buat nak bagi mak pak dia menempik "Afkarrrrrrr!!!!" Setakat tumpahkan air dengan susu tu dah perkara biasa. Bukak peti ais amik telur, amik botol ubat la, amik botol sos la tu dah jadi hobi. Aitu dah pecah sebijik botol sos. Pastu suara halilintar time adik tido pun dah biasa. Terkujat² adik dibuatnye. Kalau time mood adik elok, lantak la ko bang. Tido lagi baik. Tapi time mood adik tak baik terjaga gak. Time tu kalu ha memang Ummi lak halilintar balik kat Afkar. Haha.


Muahx. Kiss adik


Tido berhimpit-himpit.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...