Saturday, June 28, 2014

Menghilangkan Ruam Panas pada Bayi

Assalamualaikum w.b.t

Afham haritu kena ruam kat bahagian leher, kat pelipat-pelipat tangan pun ada jugak. Banyak gak dia kena. Mak saya pesan kalau dah kena ruam kena jaga betul-betul takut melarat. Nanti baby mudah rasa tak selesa dan akan meragam.

Mula-mula tu nak bagi hilang, sapu lotion tapi lotion tak serasi dengan Afham kat bahagian leher. Yang kat tangan ok. Pastu mak saya try tepung ubi lak. Tepung ubi tu sangaikan atas dapur (goreng tanpa minyak), buat macam bedak. Pun tak serasi dengan Afham.

Saya pun tanya la kat group wasap camna nak bagi hilang ruam. Bagus kan ada group wasap ni. Hehe. Tanya je memang sepantas kilat dapat jawapan. Sha suggest Minyak Kelapa Dara. Saya try pulak guna Minyak Kelapa Dara. Alhamdulillah serasi dengan Afham. Baju saya bagi Afham pakai baju lubang-lubang atau romper. Sejuk sikit kan . Kalau panas sangat macam cuaca skang ni memang duduk dalam bilik pasang air cond.


Ni saya baca dari Babycenter:

Apa itu ruam panas?

Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap. Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik; ianya mungkin hanya ruam panas.

Ruam timbul di kelipat-kelipat kulit atau di tempat-tempat pakaian bayi rapi, termasuk di sebelah atas dada, leher, kelangkang dan ketiak. Jika anak anda memakai topi, ruam itu akan merebak ke kulit kepala atau dahi.

Bagaimana saya harus merawat ruam panas?
  • Elakkan persekitaran panas dan lembap
  • Tanggalkan pakaiannya atau pakaikan baju kain benang
  • Pastikan badannya sentiasa sejuk
  • Gunakan losyen kalamin
  • Gunakan krim hidrokortison (1/2 peratus)-atas nasihat doktor atau ahli farmasi jika ruam itu tersangat teruk.


Bagaimanakah saya dapat mengelakkan ruam panas?

Pastikan anak anda sejuk selesa dengan memakaikannya pakaian benang yang ringan, terutama sekali semasa cuaca panas.

Semasa cuaca panas, jangan biarkan anak anda keluar rumah atau carikan dia tempat yang sejuk, teduh atau berangin untuk dia duduk dan bermain ketika di luar. 

Pastikan anak anda minum banyak cecair supaya dia tidak menjadi nyahhidrat.

Sumber : BABYCENTER

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...