Thursday, June 12, 2014

KENDURI AKIKAH AFHAM

Assalamualaikum w.b.t

1 Jun 2014 haritu dah selamat buat kenduri Akikah untuk Afham. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kitorang buat kat rumah mertua, Slim River. Buat sekali Majlis Cukur Jambul n Naik Buai. Semua pun mertua yang uruskan.

Saya sempat ler tempah Yassin n sticker nak tampal kat goodies. Tak dapat nak DIY, umah ilek pochi pc or laptop. Tempah ngan Dida Zenal. Ok puas hati. Saya just cakap warna tema apa pastu Cuda design. Cuda bagi beberapa option tuk pilih. Rambang mata nak pilih, sebab sume cantik-cantik. Akhirnya saya pilih design kat bawah ni. Dalam goodies yang saya prepare tu ada Yassin, muffin n bunga telur. Tu pun last minute siapkan. Adik-adik ipar tolong pack. Mil saya ada gak buat bunga telur n goodies. Kemain Afham sampai nak dua goodies. Haha. Beria betul. Buai adik ipar saya DIY sendiri.


YASSIN


goodies. Adik ipar tolong pack.

Kambing petang Sabtu tu Mr. Teddy g pilih. Beli kat tempat yang sama time Akikah Afkar. Kitorang kemain semangat balik awal kononnye kena sampai before pukul 5. Sekali nando. Orang tu ada hal amende ntah, pukul 5 lebih baru Mr. Teddy g pilih. Orang tu siap sembelih bersihkan semua pastu terus hantar kat catering untuk masak. Senang gitu.

Majlis start dalam pukul 10. Marhaban dulu, pastu cukur jambul, pastu naik buai. Lepas tu ada bacaan Yassin. Team marhaban yang sama time Afkar dulu. Sedap dengar dorang marhaban. Hari sebelum majlis tu, fil cakap akan ada 40 orang marhaban. Terkejut den. Ramainye. Sebab ada dua team ke cmna ntah. Sekali time majlis yang ada tak sampai 15 orang. Aikkk.  Rupanya ketua team yang lagi satu tu g Umrah. Sudahnya tak datang la yang lain pun. Sian fil menunggu-nunggu orang tak datang. Nak datang camno dah g umrah orang nye. Huhu.

Pengantin belum naik buai dah tertido

Ganbo family. Kemain payah nak pilih. Bila anak-anak ok, mak pak tak ok. Bila mak pak ok, anak lak tak ok. Sudahnya pilih gambo mak paling ok. Haha.

Cukur jambul

Apapun Alhamdulillah semua dah selesai. Si pengantin pun Alhamdulillah behave je. Tido je time majlis. Lepas majlis baru dia buat konsert nak tido punya pasal. Abang pengantin hmmm kemain sibuk lagi die. Ke hulu ke hilir. Pastu sedap melantak air oren ngan buah tembikai. Mentang-mentang Ummi sibuk dengan adik dia tak leh nak marah. Pastu ramai lak tukang back up. Malam-malam dah tak boleh tido. Batuk-batuk. Sape yang dia carik Ummi gak. Time minum kemain sedap sket tak ingat Ummi yer. Kalau carik Ummi time minum, boleh tumpang sekaki. Haha. Sedap woo air oren sejuk-sejuk. Ala meleleh lak ailiuq. Tak leh minum lagi ice. Huhu.


Abang practise vocal. 

1 comment:

  1. heeee... mmg gebuss la pipi dak montek tu... geramm.. bg la ckit kt dayyin ni...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...