Monday, May 26, 2014

Oh My English bersama Afkar

Assalamualaikum w.b.t

Afkar ni kalau nak ajar tak boleh nak buat secara formal. Maksudnya serious duduk mengadap dengan dia ajar sesuatu benda tu die tak boleh fokus sangat. So, santai-santai je la ajar dia. Tak nak push sangat. Selalunya tengah duduk-duduk tu tunjuk apps flash card. Banyak-banyak apps flash card yang saya suka kat bawah ni.

Baby Flashcard for kids search kat playstore



Sejak dua menjak dah pandai bercakap ni n sebutan makin difahami (kekadang tu bahasa german gak yang kuar) dia duk ulang sebut je la. Kang tengah tengok tv tetiba keluar apa-apa yang dia tahu sebut, dia sebut la. Pastu dalam proses dia sendiri tengah belajar tu, jangan tak tahu sempat pulak dia bukak class english dengan nenek. Hahaha. 

Nenek sebut kucing, Afkar sebut cat
Nenek sebut lembu, Afkar sebut cow
Nenek sebut Arnab, Afkar sebut rabbit
Nenek sebut katak, Afkar sebut frog
Nenek sebut itik, Afkar sebut duck
Nenek sebut bintang, Afkar sebut star
Nenek sebut bulat, Afkar sebut circle
Nenek sebut segiempat, Afkar sebut square
Nenek sebut segitiga, Afkar sebut triangle
Nenek sebut biru, Afkar sebut blue
Nenek sebut merah, Afkar sebut red
Nenek sebut kuning, Afkar sebut yellow
Nenek kira satu - sepuluh, Afkar kira one - ten

Ni yang paling baru sekali...

Afkar tengah pegang sudu nak buka tin biskut

Nenek : Suuuudu

Afkar : Sudu???No. Spoon.

Nenek : ..........(krik, krik, krik)

Alahai anak. Nenek redha layan kan je keletah cucu. Hehehe. Nenek balik umah kang dah boleh speaking london. Kekeke.

1 comment:

  1. ha3 da jadi abang, kan main meng'english'kan nenek ekekekeee

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...