Saturday, May 24, 2014

Kisah Berpantang Bersalin

Assalamualaikum w.b.t

MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!! Ait kemain semangat ha menjerit merdeka. Saya dah habis pantang. Yeah...Kemain excited benor eh abis pantang. Menghitung hari je weyh nak abis pantang, bile dah habis of course la gumbira hati ini. Tapi awal-awal mak dah warning kena continue pantang makanan benda yang sejuk-sejuk. Ai ai mam.

Kali ni saya berpantang kat umah kitorang je.  Mak saya yang suggest gitu. So mak datang jaga n Afkar boleh hantar rumah Mama dia macam biasa. Mak saya jaga berpantang strict tau. Style trfadisional gitu. Saya pun ikut je la, xberani nak lawan. Kang kena sound setempek dengan bebelan panjang. Huhuhu.

Saya mula berurut hari keempat dengan makcik Rosmaniar. Ada kawan yang recommend. Lembut tapi sedap Makcik Ros urut. Harga pun reasonable. Makcik Ros duduk kat Sg. Ramal je so die datang sendiri ke rumah tak yah amik. Makcik Ros kije kat Az Zahrah. Banyak la info yang dia share samada penjagaan berpantang dan penjagaan baby gak. Saya minta sekali Makcik Ros mandikan Afham sampai tanggal pusat. Afham tanggal pusat hari keenam. Kalau nak contact nombor boleh minta ye dengan saya. Urut siap bertangas, bertungku untuk 3 hari RM250. Mandi baby untuk tiga hari RM50.

Ubat rempah saya makan jenis serbuk. Terkulat-kulat tau nak menelan. Bengkung, tungku, param, pilis sampai ke hari 44 jadi kawan baik. Tak yah le berangan nak berbedak-bedak yer time berpantang. Tempek je la param n pilis tu ha.

~terkulat-kulat nak menelan rempah~

~Param n pilis sila tempek yer. No bedak-bedak~

Time awal-awal tu sebelum pakai bengkung mak akan sapu kapur yang diperah limau kat perut. Perut saya lak jenis tak tahan. Gatal-gatal. Pastu baru la mak bagi excuse sapu losyen mustajab. Rupenye akak saya cakap kalau nak sapu kapur perah limau tu kena sapu minyak dulu, baru le tak gatal merenyam. Saya pakai bengkung yang jenis kena lilit sendiri cam tocang tu. Tak ada tali-tali. Gigih x gigih le hari-hari mak tolong lilit nak bagi anak kurus punye pasal. Yang saya lak terpaksa tahan ler kepanasan, kerimasan berbengkung. Tengok kang pas pantang bagai dipam-dipam. Hahaha.

~Bengkung yang panjang berjela nak kena lilit~

Lauk berpantang mak masak memang terbaik. Sedap woo. Mak selalu masak stim or sup pastu perah asam jawa tak pun letak asam keping. Masam-masam rasa. Saya suka. Halia, lada hitam, bawang putih, bawang besar tu wajib letak. Tapi kan kalau yang baby ada jaundice jangan letak lada hitam n halia dulu. Bila baby dah ok baru leh letak. Ikan lak ikan tertentu je boleh makan macam ikan merah, ikan kerisi, ikan haruan, ikan jenahak, ikan siakap. Yang ikan berbisa tak boleh. Kalau ikut cara pantang mak saya ayam n telur pun tak boleh. Dah hujung-hujung pantang tu baru ada excuse sket n mak dah start bagi makan rempah n pedas sket. Tapi x leh amik banyak-banyak kuah. Sayur mak selalu masak sawi je. Air mak tak bagi minum banyak, tapi saya minum gak lebih-lebih. Dahaga kot. Shhhh jangan report tau dengan mak.

Hari-hari saya akan mandi air rebusan daun. Daun yang digunakan antaranya serai wangi, daun pandan, daun sireh, daun seringan, daun lengkuas. Kadang-kadang mertua datang bawakan daun, kadang-kadang kakak saya bawakan. Air rebusan daun ni boleh tahan untuk beberapa hari. Lepas mandi akan rasa selesa n segar je. Bau pun sedap. Mandi kena duduk atas bangku tau. Baru ler feeling puteri bersiram. Kekeke. Ye la air mandi sume dah disediakan, sib bek tak ada tukang siram je. Untuk luka cuci guna air rebusan manjakani dengan asam keping. InsyaALLAH luka cepat baik. Ada setengah orang kikis biji manjakani tu, pastu tempek kat tempat luka, tapi saya tak berani. Huhuhu. Tungku lak saya guna tungku besi balut daun mengkudu dengan kain batik. Selesa gile dapat bertungku. Tungku lebih-lebih kat bahagian perut, atas ari-ari, pinggang, punggung.

Air rebusan daun untuk mandi

Tungku

Kerja-kerja rumah memang mak tak bagi buat. Macam sapu sampah, kemas rumah atau angkat yang berat-berat ke. Dukung Afkar pun tak boleh. Macam lipat baju tu boleh le. Lebih la tu kan, lipat baju pun xnak buat. Hahaha. Tapi time pantang Afkar sume mertua saya buatkan tau. Memang dilayan macam tuan puteri la. Nak makan pun dah siap hidang. Dah pantang dengan mak ni, over la kan nak manja lebih-lebih. Tu pun syukur banyak dah banyak benda dah mak tolong.

Afham dalam pantang ni Alhamdulillah tak banyak ragam. Hisap susu, kenyang perut, tido. Malam tido pun ok. Tak ada la merasa jadi burung hantu sangat. Bangun menyusu je la dia. Hopefully berterusan le yer Afham. Senang hati Ummi. Setakat ni mak masih ada kat rumah, so mak banyak la tolong handle mandikan n siapkan Afham. Kang mak dah balik, doa-doa le saya boleh buat. Jangan kite berduet nangis dah la yer Afham. Haha. Teringat time Afkar baby-baby berduet kitorang nangis anak beranak. Sib bek dah beso sket senang nak jaga awak tau Afkar.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...