Thursday, May 15, 2014

Bila Afkar Jadi Abang

Assalamualaikum w.b.t

Pagi lepas saya bersalin Mr. Teddy bawa Afkar g KPMC sebab dia dah nangis-nangis nak Ummi. Tu la 1st time dia jumpa Afham. Reaksi Afkar : ada aku kesah aku ada adik. Hahaha. Dia tak heran pun. Ada la gak dia jerit baby baby. Pastu berkepit dengan saya tak amik port pasal adik.

Bila dah balik rumah still tak heran kat adik dia. Dah mula nampak ciri-ciri kejelesan. Kalau orang tunjuk gambo Afham dia suh tukar gambo lain la. Pastu buat macam-macam aksi suh orang tengok dia. Tarik perhatian. Pastu siap bawa diri. Cam merajuk gitu. Bila dia buat macam tu memang wat Ummi dia ni emo.huhu.

Ada aku kisah ada adik. Selfie lagi best.

Baby tua naik rocker

Reaksi Afkar tengok adik bf dengan saya dia pelik. Lama dia tengok saya bfkan Afham. Confuse kot. Pastu saya explain kat dia sekarang ni turn adik bf dengan Ummi. Afkar dah lebih dua tahun, kena stop. Ummi tetap sayang Afkar tau.

Makin lama makin Afkar ok dan boleh sesuaikan diri dengan kehadiran adik dia. Sekarang ni kalau adik nangis dia yang lari dulu nak tolong pujuk. Dah tepuk-tepuk adik, kiss pulak. Kalau minta tolong adik, dah boleh tolong goyang rocker, tepuk-tepuk. Kitorang stand by dekat in case terlepuk adik ke. Setakat hari ni Alhamdulillah belum ada lagi kejadian melepuk adik. Tapi suara dia halilintar yang amat selalu ler wat Afham terkejut. Hoho.

Tolong jaga adik

Adik beradik tido berdua. Ummi duk tengah jadi pengawal risau abang 'terlibas'


Afkar pun nampak macam boleh beralah buat masa ni. Kalau dia nak apa-apa tengok saya tengah dengan adik, dia cari Babah. Kalau time nak menggeser dia tengok saya tengah susukan adik, dia baring or duduk kat sebelah. Lepas dah settle dengan adik saya terus gomol-gomol dia. Amik hati balik. Hopefully berterusan la macam ni.

Ummi n Babah doakan Afkar sentiasa jadi abang yang baik. Nanti tolong jaga adik tau. Afkar tetap kesayangan Ummi n Babah.



2 comments:

  1. Alahaiiii suwit la Afkar... Tentu la ada terselit jeles kan sbb b4 this smua perhatian pd dia seorg but yer acik lia tau Afkar adlh abang yg baek...

    ReplyDelete
  2. Tu r kan k.lia...selalu die sorang je...hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...