Friday, March 21, 2014

Ada Apa Dengan SPM

Assalamualaikum w.b.t

Semalam result SPM keluar. Dalam family xde yang amik SPM so xde la tertanya-tanya result masing-masing dapat. Teringat lak zaman time nak amik SPM dulu. Pergi amik ngan member-member je. Naik bas dari Klang ke KL. Dulu sekolah Teknik Cheras. Amik course Mekanikal. Camno leh sesat amik course tu pun xtau la. bahaha. Memang satu bende tak paham kot zaman sekolah. Belajar nak exam je. Result SPM bese-bese je la pun. 3A je. Subjek yang selalu fail, lulus kira syukur sangat dah tu. Dah dapat result beratur kat public phone lak tunggu turn nak call mak bagitau. Time tu hp xpakai lagi.

Lepas SPM masuk Matrix kat Kedah. Amik course Sains Fizik. Time Matrix ok sket result. Sebab frust ler konon result SPM, nak tebus balik time Matrix. Teringat Lecturer Kimia kat Matrix, tiap kali test kalau sape dapat markah bawah 60 kena diri atas kerusi. Gigih pulun study Kimia sebab nak score time test tak nak diri atas kerusi punya pasal. Berbaloi le lecturer wat gitu. hehehe. 

Pas Matrix sambung degree kat UTM. Course Quantity Surveyor (QS). Ni pun satu hal gak. Ntah cmne boleh ambil. Padahal tak tahu amende pun pasal QS @ Ukur Bahan. Apa la yang nak diukurnye duk pk. bahaha. Uda time tu kerja company Contractor, pastu Uda suh apply QS. Padahal dah letak pilihan ke-3 ke ke-4 ntah. Boleh dapat lak. Rupanya bila dah belajar tu, macam-macam ada rupanya QS ni. Sem 1 ke laut result. Sib bek tak kena kick U je. hohoho. Padan ler muka, banyak nau main. Sem-sem seterusnya pulun balik. Tapi tak ada r dapat 1st class pun.

Degree QS UTM course 3 tahun je. Last sem Degree kengkawan ajak amik Master lak. Nak kije pun cam tak ready lagi je. Boleh pulak pk camtu eh time tu. Orang lain dah tak sabo nak pegang duit. Memandangkan time tu Master setahun je, so apply le Master. Sekali kengkawan lain yang apply sesama Master dorang xpergi pun. hohoho. Dah kije pun ko tak nak kan, sambung je la Master terus pas Degree. Pastu terus tune amik Master nanti nak jadi lecturer kononnye. Sekali dah grad lecturer pun ke mana. hahaha. Rezeki kije lain. Alhamdulillah.

Kalau perasan kan, course Mekanikal time SPM yang saya ambil xde kaitan langsung pun dengan course time Degree. Jauh lari tu. Subjek yang saya belajar time Matrix pun x guna sangat pun time Degree. Degree ke Master je la ada kaitan. Nak kata yang SPM tu bukan penentu segalanya, tak jugak. SPM memang penting. Tapi tak semestinya kalau kita tak score dalam SPM, tu kira dah habis talian hayat. Pada pendapat saya life lepas-lepas tu memainkan peranan gak. Ada je kawan yang biasa-biasa time SPM, tapi jalan dia pilih selepas SPM tu buat dia jadi somebody sekarang. 

So, adik-adik yang frust dengan result masing-masing, jangan kecewa. Fikirkan back up plan. Jangan risau, InsyaALLAH ada jalan. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...