Wednesday, March 19, 2014

35 weeks

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni genap 35 minggu. Nebes. Semalam ada check up. Tak berapa best. huhuhu. Rasa down sket dengar doktor cakap. Tiap kali scan pun memang doktor (doktor lain) ada bagitau yang baby bam bam macam abang Afkar. So dah ready le sikit sebanyak. Tapi semalam Doktor bagitau yang baby besar, akan lebih besar dari abang Afkar. Dan statement doktor cakap baby terlalu besar pun berbahaya gak. Huwaa. Tapi Doktor x explain lak bahaya n risiko nye apa. huhuhu. Nak bertanya pun jadi tak tertanya sebab blank tetiba dengar ayat "berbahaya". Memang serious jadi blank pastu. Sepatutnya nak minta surat pengesahan tarikh EDD dari Doktor untuk nak apply maternity leave terus terlupa. Mr.Teddy cuba tenangkan saya n bagi semangat, tapi saya jadi terlalu risau. huhuhu. Tambah risau sebab andaian Doktor yang sama time bersalinkan Afkar betul. Tapi apapun berbalik kepada kuasa dan izin Allah. Ya Allah, semoga segala urusan saya dipermudahkan dan selamat semuanya. Kengkawan tolong doakan yerk. 

Balik umah time nak tido boleh lak kena Braxton Hicks (kontraksi palsu). Sakit dah macam contraction betul. Sib bek Afkar memahami. Bila dia nak sondol mengempeng saya cakap kat dia, "Ummi sakit ni Afkar." Dia tengok saya menangis, dia cium-cium muka saya, ambil botol susu g sondol Babah lak. Selalunya ikut dia je nak lanyak perut saya. Tapi malam tadi dia pusing ikut belah kaki nak ke Babah dia. Terima kasih Abang Afkar. Walaupun ter'accident' gak dia melanyak kekadang tu. huhuhu. 

Mr.Teddy tanya nak g hospital tak. Saya geleng je. Saya cakap false alarm ni. Sebab baru balik check up, Doktor kata baby dah pusing tapi lom engage lagi. So saya try betul-betul kan kedudukan, lama-lama hilang. Betul la tu Braxton Hicks.

Macam mana nak bezakan Bracton Hicks dengan contraction sebenar, baca kat bawah ni:-

Kontraksi Braxton Hicks (Kontraksi Palsu)

  • Tidak teratur atau tidak tetap                                 
  • Sela masa tidak hampir jaraknya biarpun waktu makin berlalu
  • Sering kali lemah dan tetap berkeadaan seperti itu. Mungkin mengalami kontraksi yang lebih kuat, diikuti kontraksi yang lebih lemah.
  • Kontraksi yang dialami apabila berehat, berjalan atau berubah kedudukan
  • Tempoh masanya pelbagai
  • Tidak mempengaruhi bukaan serviks
  • Rasa sakit yang biasa dialami hanya dirasakan pada bahagian hadapan.

Kontraksi Sebenar
  • Mempunyai pola sakit yang teratur                                
  • Sela masa kontraksi semakin dekat jaraknya seiring dengan pembesaran saiz serviks
  • Kekuatan kontraksi bertambah seiring dengan berjalannya waktu
  • Kontraksi tetap dialami walaupun apa juga yang anda lakukan
  • Biasanya berlangsung antara tempoh 30 saat sampai 90 saat
  • Menyebabkan bukaan serviks semakin melebar
  • Rasa sakit dialami bermula dari punggung dan bergerak ke hadapan.
Sumber: Majalah Pa & Ma Bulan April 2014.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...