Wednesday, February 26, 2014

Pengalaman Ibu Mengandung

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah skang ni dah masuk 32 minggu pregnant. Kalau ikut sejarah Abang Afkar, deliver awal 2 weeks. Mungkin kah sejarah berulang lagi kali ni. Haritu g scan adik baby sama bam bam macam Abang Afkar gak. Tapi adik baby malu-malu nak tunjuk muka. Nebes lak rasanya. Kang makin dekat makin nebes. So far pengalaman chewah pengalaman macam ler expert benor. Baru dua kot mengandung Afkar n adik baby ada yang sama ada yang lain. So betul la orang cakap tu setiap anak tu pengalaman mengandung tak sama.

Result UPT untuk adik baby kali ni turut disaksikan Mr.Teddy. Nebes dua-dua orang nak tunggu result. hahaha. Dah dapat result tergamam pastu wat drama lovey dovey sket dua-dua orang. Afkar pun ada dalam drama tapi die tercengang nape Ummi nangis+gelak+senyum. Lawak ler pulak bila ingat balik. Ni kira 1st experience Mr.Teddy la. Time Afkar saya wat UPT kat klinik pastu just message die bagitau. Yang sama rasa excited nak sambut orang baru untuk kitorang berdua tu tetap ada. Kali ni kita share dengan Abang Afkar pulak. Kali ni tergerak nak wat UPT sebab symptom kemalasan dan keletihan menyerang (sama macam time Afkar) selain daripada period yang dah delay. 

First trimester time Afkar saya ada gak morning sickness. Muntah-muntah time gosok gigi. Pening-pening pun ade gak. Mr.Teddy pun share sekali morning sickness tu. Dia pun muntah-muntah package demam. Sian dia. Sebab kitorang PJJ kot time tu, so sama-sama rasa. Baru adil dan saksama. hehehe. Untuk kali ni saya morning sickness sensorang. Mr.Teddy x join pulak. Teruk pulak tu morning sickness kali ni. Dengan sakit perut mecucuk-cucuk segala. Sampai kena drip air n doktor cakap kena Hyperem. Klinik n MC tu macam dah wajib ler. Bila masuk 4 bulan alhamdulillah semakin ok. N kembali berselera makan. Pregnant kali ni gak saya kerap sakit kat bahagian ari-ari start week 12. Kalau time Afkar, hujung-hujung tu baru rasa sakit bila dah engaged. Ni daripada awal dah start sakit. Mula-mula tu risau gak kan, so bila time check up kat klinik tanya doktor. Doktor cakap normal sebab rahim semakin mengembang. Anak pun dah masuk no.2 n lagi satu doktor kata sebab faktor umur. Tapi lama-lama makin kurang rasa sakit tu.

Check up kali ni sama macam time Afkar gak buat kat Klinik Kesihatan n klinik swasta. Buat dua-dua sebab kat KK detail sket check up tapi tak ada scan la setiap kali check up. So g klinik swasta untuk wat scan sebulan sekali. Baru-baru ni baru la start follow up kat KPMC lak. Saya ni tiap kali pregnant problem HB rendah. huhuhu. Kali ni pun sama. Tak pernah lebih 11. Ahdoi. Kali ni malas sket makan ubat yang klinik bagi sebab ubat tu wat saya sembelit. huhuhu. Saya banyakkan makan kerang, sayur-sayur hijau, buah jambu batu. Tapi camtu ler jugak pun bacaan HB. Bila doktor review result darah tak ada kekurangan zat besi ke apa, cumanya bacaan hb tu maintain je la below 11. Camno nak buat eh. Susu ibu mengandung pun nan ado kali ni. Kekadang ada ler gak saya minum Low Fat Milk. High calcium katenyer.

Dari segi pemakanan pulak time Afkar saya tersangat la suka spageti n yang masam-masam. Asal makan kat luor je order spageti. So dah tau dah nape Afkar pun favorite spageti. Time die dalam perut Ummi kije melantak spageti je. Adik baby lak semua saya belasah. Kecuali time awal-awal tu la, moi sup je yang lalu. Bile dapat selera balik, kemain melantak tanpa sempadan. Yang perasan saya suka manis-manis pulak kali ni. Suka sangat cake, ice cream. Isk segala yang manis la. Alhamdulillah tak sangkut time MGTT.

Time pregnant Afkar saya berjaya menambah berat badan hampir 25kg. Nangis dengor Tak jumpa lak icon nangis . Nak turunkan berat tu berchenta hokey. Nangis lagi sebab berat tak turun-turun. Dapat turun 22kg je. Tak dapat berat asal pun. Time pantang je merasa slim mlim. Lepas pantang kembali membesar dengan jayanya. Untuk kali ni sehingga minggu 32 saya dah berjaya menambah berat badan 15.5 kg. Kang dekat dah bersalin tak tau ler bape pulak berat. Ni pun dah tak larat sangat nak bawak perut. huhuhu. Dah r hujung-hujung ni tetiba berat naik mencanak. Kena bebel dah dengan nurse KK. Siap kena check blood pressure n berat seminggu 2 kali untuk 2 minggu berturut-turut. Dah jadi pengunjung setia KK dah.

Dari segi emosi lak time Afkar kuat nau sentap. Eh semut sentap betul la. hahaha. Sensitif tak tentu pasal. Pening Mr.Teddy melayan. Tak boleh silap sikit mesti meleleh air mata. Time adik baby pulak Alhamdulillah emosi stabil. Kekadang semut sentap gak tapi boleh control lagi. hehehe. Mr.Teddy pun tak koser dah nak melayan peel bini dia. Tu yang x boleh nak mengada sangat kali ni. bahaha. Anak nak masuk dua tapi perangai mengada tu kekadang kalah Afkar dia kata. Sabo je la kan. huhuhu.

Preparation untuk adik baby pulak Alhamdulillah almost done. Banyak jugak yang guna barang-barang Abang Afkar. Time Afkar segala benda bernafsu nak beli. End up tak guna pun. So dah belajar dari pengalaman tu, kali ni beringat ler sket nak beli. Beli yang betul-betul keperluan. Excited tu tetap excited. Baju bajan pun ade gak tambah sket-sket. Mana yang boleh pakai, kita pakai je yer.

Semoga segala urusan saya dipermudahkan dan selamat semuanya. Amin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...