Wednesday, February 12, 2014

Cuti-cuti Malaysia : Melaka

Assalamulaikum w.b.t

Makin lama makin liat update blog. Ape le nak jadi ni. huhuhu. Padahal banyak je bende nak share. Moh le kite pulang ke pangkal jalan. hahaha. Hari ni nak stroy pasal cuti-cuti Malaysia.

Time cuti CNY aritu kitorang pergi jenjalan ke Melaka. Mr.Teddy dapat free accomodation voucher & ticket theme park kat A Famosa Resort. Lama dah dapat voucher tu. Sama dengan selama tu ler jugak saya berzikir kat telinga dia bila nak bawak kitorang pergi. hahaha. Validity voucher tu sampai 31 Januari 2014. Kitorang pergi 30hb. Aci la kan daripada rugi burn gitu. Tiket Safari & Water Theme Park untuk Mr.Teddy dah settle, Afkar x yah bayar, tinggal saya je. Usha kat Groupon ade promo RM 53 tuk tiket Safari & Water Theme Park. Rembat je la kan.

~Selfie anak beranak dalam kete dulu time otw~

Kitorang sampai ke A Famosa terus ke Safari. Tak ramai orang pun. Nak elak ramai orang time CNY tu ler yang pergi hari Khamis. Masuk Safari, Afkar excited tengok macam-macam animals ade dekat sepanjang walk thru area. Siap pegang-pegang lagi. Kitorang letak dalam stroller dia sibuk nak turun. Kat Safari dua show je yang kitorang sempat tengok Multi Animal Fun Time dengan Bird Show. Tapi time show ni Afkar xlayan sangat. Dia sibuk main daun-daun la ranting-ranting la. Ahdoyai. Bila burung terbang-terbang baru dia excited balik. Tapi bagi saya pun cam boring sket compare dengan zaman tuk kaduk dulu saya pergi. Truck kat Safari kitorang tak naik pun sebab ibu mengandung tak dibenarkan naik. Last sekali g Monkey island. Naik boat.

~Map Safari Wonderland~

~Kemain menjengah. Nak turun stroller dah ni~

~Pegang poney~

~Semangat dua beranak tengok Orang Utan~

~Naik gajah berdua. Ummi tak leh naik~

~Mula-mula kemain dekat Afkar berdiri. Sekali gajah tu datang sua belalai terus mencicit lari. hahaha~

~Tengok ni ha. Orang suh tengok show sibuk main bende lain~
~Merenung masa depan ke tu bang~

Dah abis round tu baru le ke condotel nak check in. Nak mencarik Condotel ni pun satu hal gak. bahaha. Sesat barat kitorang dalam A Famosa Resort tu. Bilik yang kitorang stay agak best le gak. Selesa bangat. Kite bagi budak kecik sorang ni rehat puas-puas dulu. Plan asal petang tu nak g water theme park sekali semua kedaung ketiduran. Tak dapat mandi pool Afkar jumpa bathtub pun jadi la. Kije nak berkubang je. Sian awak yer nak. Kat umah xde. 

~Bilik kitorang. Sila abaikan sorang yang kat dalam toilet tengah check bathtub n sorang lagi depan tv tu ha tengah check channel ape ade. Di sebalik pintu kat area kitchen tu ada sink n cabinet. Bawak induction cooker boleh masak-masak kot~



~Berkubang time. Tak nak kuar~


Malam tu ajak Mr.Teddy turun town. Nak naik River Cruise Melaka. Ni 1st time saya naik kat jetty Taman Rempah. Selalu naik yang dekat Bandar Hilir. Kat Taman Rempah ok. Tak ramai orang. Parking senang. Kalau kat Bandar Hilir ramai n parking pun susah. Afkar naik cruise excited le dia. Ada satu group budak-budak cam dah sekolah menengah gitu, diorang bila lalu kat bawah jambatan jerit nak dengar bunyi gema. Afkar pun join sekaki. Orang dah stop jerit dia duk sambung lagi. Ahodyai anak sape yang kecoh ni. hahaha. Ingat nak naik Menara Taming Sari tapi cam dah lewat ler pulak, jalan pun jam gak nak ke Bandar Hilir tu. So moh le kita balik beradu.

~Rege n jadual perjalanan~

~Melaka River Cruise~

~Terpaku tengok view~

~Saaaaaaaaaaaayang ummi~

~Budak Excited~

~Antara view yang boleh dilihat sepanjang naik cruise. Belakang building semua ada mural cantik-cantik. Ada restoran-restoran gak~


Pagi esoknya baru masuk Water Theme Park. Siap jadi orang 1st lagi. hahaha. Kemain semangat. Afkar dah jumpa air memang dia ler hero. Last-last menggigil kesejukan sebab mak pak die pagi-pagi buta dah ajak mandi. hahaha. Bukan Afkar je excited. Babah pun sama. Sanggup tunggu ombak kemain lama. Tapi syok r g awal-awal gitu tak ramai orang lagi.

~Muka tak puas hati xdapat main.~

~Bersemangat waja dua beranak ni ha~

~dapat air yeah!!!!~

Pastu misi memburu Coconut Shake pulak. Kitorang g kat Klebang. Etty cakap kat Batu Berendam pun ade gak. Next time nak try yang tu pulak. Ok ler gak. 1st time rase bagi saya sedap je.

~Kemain ramai beratur ha nak beli~

~Pintu gerbang~

Before balik Bangi sempat gak dulu singgah umah Etty. Kebetulan Nana pun nak singgah, so saing la sekali. Etty serve nasik tuk kitorang. Macam-macam lauk lagi. Wat susah-susah je tau ko ni Etty. Lauk asam pedas Etty terbaik. Sedap weyh Etty. Puding castard pun yummy gak. Nana siap bagi buah tangan dari Kemaman lagi. Segan ler pulak. huhuhu.
~Tumpang Umar naik motor. Sambil tu duk aim aunty Etty punya bunga. huhu~

~Mak-mak bersama-sama anak-anak~


~Gambo ni nak ajak mak-mak je berposing sekali tengok tu budak kecik yang hujung tu ha. Siap pegang tangan ummi sambil wat peace cara dia~hahaha.

Ok sekian. Abis dah cite Cuti-cuti Malaysia dua hari kitorang ke Melaka. Next destination mana pulak. Opppsss.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...