Thursday, February 20, 2014

Bonding Time : Afkar n Abang Irfan

Assalamualaikum w.b.t

Dulu kat blog saya ni selalu bercerita pasal anak buah kesayangan saya yang sorang ni, Irfan. Irfan dah 5 tahun dah skang. Dah sekolah pun. Makin banyak cakap skang ni. Afkar berkenan betul dengan Abang Irfan dia ni. Dah macam idola pulak si Irfan tu. hahaha. Apa yang Irfan buat semua dia follow. Abang irfan melompat-Afkar melompat, Abang Irfan lari - Afkar kejar (hujung-hujung xtau sape kejar sape dah). Irfan pun rajin layan adik dia ni ha. Bila Afkar balik rumah teringat-ingat ler gak Ummi dia citer. 

Yang perasan kan Afkar memang suka berkawan dengan abang-abang n kakak-kakak sedara dia yang lebih besor. Kat umah Mama dia pun sama. Kalau adik-adik ni dia buat derk je. Camna la dia jadi abang esok. Nebes lak.



~Abang Irfan tekan yang ni. Ajor Abang Irfan main game ke. Abang Irfan awak tu dah lebih expert bab game ni~


~Sampai menonggeng ha melayan game dengan Abang Irfan~



~Golak besar nampak budak tu~




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...