Tuesday, February 4, 2014

Afkar @ Alimkids Playgroup Bangi [Trial Class]

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum terbasi citer ni moh ler kite update pasal Afkar join trial class Alimkids Playgroup Bangi. Sebenarnya dari akhir tahun lepas lagi dah survey pasal Alimkids Playgroup ni. Siap email lagi tanya slot free untuk trial class. Kebetulan tarikh tu ade hal pulak tak dapat nak join. Pastu dah macam-macam hal jadi boleh pula terlupa nak follow up pasal trial class tu. Sib bek la Lin, K.Mimy & Zura hantar anak masing-masing kat Alimkids Playgroup. Terus teringat balik. SMS organizer, Alhamdulillah still ada slot free.

So, weekend sebelum CNY hari tu kitorang pun bawak ler Afkar join trial class @ Alimkids Playgroup Bangi bertempat di atas Butik Tateh, Seksyen 8. Alimkids Playgroup ada 6 module semuanya, satu module untuk 8 kali class (topik yang berlainan setiap minggu) yang diadakan setiap hari Sabtu selama satu jam. Yuran yang dikenakan pun agak berpatutan. Kalau nak tahu lebih lanjut info pasal Alimkids Playgroup Bangi boleh email terus kepada itsyaulad@gmail.com atau masuk fanpage Facebook Itsy Aulad.

Camno la gamaknye cik abang sorang tu kat trial class kan. Kitorang join trial class ni dah Module 5, week 4. Tajuk untuk hari tu 'Fruits in the Quran'. Mula-mula teacher panggil semua ke depan ambil kain yang berwarna tu. Dia tengok orang lain ke depan, dia pun join sekali ke depan gak ambil kain kat teacher. Pastu baca doa pulak. Hampun lagi time tu. Still behave. Pastu masuk aktiviti menari dia dah mula excited. Siap menari chicken dance version dia la. hahaha. Menari ke melompat Ummi pun confuse. Time reading session pun die suke gak. Pergi depan duduk depan teacher tunjuk-tunjuk kat buku. Sama ler gaya macam kite tengah ajor kat rumah dibuatnya. Tapi sambil lalu tu sempat pulak usik laptop teacher. Ahdoyai. Pastu time art activity teacher panggil semua orang ke depan ambil colour. Dia join sekaki ke depan. Teacher bagi kentang yang ada shape. Afkar dapat kentang shape triangle. So boleh cop shape tu kat kertas. Hasilnye 'picasso' lah sangat. hahaha. Tak de nye dia bagi chance Ummi die ni ajor camno nak buat. Main belasah je. Babah duk cakap, biar...biar... Pastu bila colour kena tangan pandai pulak geli. Bila teacher suruh pulangkan semua barang ke depan boleh pulak dia x nak. Dia nak sambung buat lagi. Terus ngamuk pastu. Bila dah ngamuk aptb la jawabnya. Sib bek dah hujung anak oii awak buat perangai. Yang last activity tu xdapat nak focus dah, die ngamuk dah time tu. Adeh. 

~Time baca doa~

~Tengah observe teacher watpe kat depan~

~Reading Activity. Terus ke depan. Tapi sambil lalu tu usik laptop kat tepi tu ha~

~Teacher tengah agihkan colour~

~Picasso ler sangat.~

Achaner nak join ke x? Saya nak bagi Afkar join. Tapi Babah dia macam berat sikit. Satu sebab class hari Sabtu. Mr.Teddy start bulan Feb kerja hari Sabtu. Sape nak antor Afkar g class nanti. Kedua Mr.Teddy rasa Afkar belum ready lagi. Saya pulak rasa Afkar macam dah ready tengok die join semua activity kecuali part amukan dia tu la. Tengah nak memujuk Mr.Teddy lagi ni. Tapi tengok gaya macam dah muktamad je tu. huhuhu. Mr.Teddy kate buat je la homeschooling kat umah. Mak aih gigih ke idok tu nak membuatnya. hahaha.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...