Tuesday, January 28, 2014

Maternity & Children Expo 2014 Mid Valley

Assalamualaikum w.b.t

Last week telah berlangsung Maternity & Children Expo kat Mid Valley. Mak buyung sorang ni pun tak nak ketinggalan. Pergi jugak. Time pergi tu tak ramai sangat. Ok lah jugak xde la berlaga-laga perut.



~Entrance~

Sebelum pergi tu memang dah prepare checklist nak carik ape. Sempat gak wat study comparison cost dengan kedai-kedai lain & online. So agak-agak kalau kat Expo murah nak terus beli je. Wat presentation kat Menteri Kewangan a.k.a Mr.Teddy so kebanyakannya Mr.Teddy bagi beli. Yeah. Sebenarnya tak banyak pun nak menambah. Sebab Afkar punya barang banyak lagi yang boleh pakai. So kite guna je la abang punya barang ye. Lagi pulak dah belajar dari pengalaman time Afkar sume benda pun nak beli padahal ada sesetengah tu tak guna pun. Romper Afkar time baby ade lagi yang belum pakai.

~checklist~

Expo kali ni macam senang sikit nak carik booth sebab dia ade siapkan map. Boleh dapatkan time register kat counter. Kebetulan time tu pun tak ramai sangat, so beratur je la. Kalau expo2 sebelum ni saya pergi die just letak nombor booth je kat luar hall. So saya akan tangkap gambo sesiap. Bile dah ada map tu boleh tuju kat booth mana nak pergi. Tapi frust gak sebenarnya banyak booth yang saya aim x ada. Pastu banyak booth yang jual barang-barang online cam romper segala tu. Kiranya barang yang dicarik ade gak la xdapat. So hasil borongan tu jadi kurang sikit r. 

~map~

Antara yang saya rasa murah (daripada harga biasa) barang-barang kat booth Pureen. Baju baby yang jenis lubang-lubang tu RM10/pasang, saya survey bese harga dalam RM16 gitu. Towel pun murah kat booth Pureen. RM10/sehelai survey harga biasa dalam RM17. Baby wipes yang dalam bekas + refill pack + travel pack = RM19.00. Kat booth Medela pulak Valve n membrane tu rege bese RM 69 kat Expo jadi RM 59.00. Ada satu booth tu jual education toys yang agak murah. Tapi kedai dia jauh nun kat Penang. Beli 3 wooden toys tuk Afkar cam gambar kat bawah tu RM30. Time Expo ni dorang wat promo tuk Huggies Biru n Hijau je. Afkar pakai Huggies Merah. Pampers Huggies hijau 3 pack - RM 100. So satu jatuh dalam RM33 daripada harga asal RM 37. Lebih kurang dengan Huggies Merah yang bese beli RM 32. Barang-barang yang jual kat booth online shop tu kena tengok betul-betul harga. Sebab ada certain tu saya survey mahal lagi dari harga online.
~Beli 3 - RM 30~

Dengan hasil borongan kat Expo kali ni, checklist barang tuk adik baby ada lagi sikit nak settle. Baju Afkar yang nak guna balik pun lom basuh lagi ni. Tunggu settle beli yang lain-lain la kot nak basuh sekali nanti. Overall bese-bese je kot Expo kali ni. Sebabnya banyak booth yang saya aim xde. Yang oknya apa yang nak beli tak lari daripada yang dah plan. Kecuali habuan tuk Abang Afkar la. hehehe. 

3 comments:

  1. akak x pernah g p mana2 expo baby.... hu3....

    ReplyDelete
  2. mahal la gak huggies ek...murah lagi kat darussalam presint 9...yg biru baru 27.99

    ReplyDelete
  3. K.Lia~Kalau xde barang nak carik x g gak...hehehe

    Anis~yang biru kat expo dalam rm25 kot xsilap...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...