Friday, January 10, 2014

Kejadian Berdarah

Assalamulaikum w.b.t

Last week baru kuar ward minggu ni ada kejadian lagi Si Afkar ni. Hye macam-macam le nak jadi Abang ni kan. Hari Selasa malam kitorang g dentist sebab saya sakit gigi. Rupanya gusi bengkak. Balik dari klinik gigi saya n Mr.Teddy dua-dua orang kat dapur. Dia pun sama sibuk duk ulang alik dapur ke depan. Tup tup dengar die menangis terhantuk kat bucu dinding. Mr.Teddy tengok. Sekali Mr.Teddy cakap "Eh kepala anak berdarah la." Dengar je darah terus rasa nak lemah lutut saya. Banyak gile darah keluar. Saya dah nangis-nangis peluk Afkar. Panik oiii. Ambil ice balut dengan kain tekap-tekap kat dahi nak bagi darah stop. Dalam jugak luka dia. Afkar nangis kejap pastu dah ok. Siap sambung makan roti. Ummi dia yang melalak lebih.

Mr.Teddy bawa g klinik terus masuk bilik rawatan. Yang kelakor punya panik laki bini sampai masuk klinik pun buka selipar. bahaha. Doktor tengok cuci-cuci luka pastu spray bius kat dahi letak gam. Sib baik tak yah jahit. Doktor kata insyaALLAH dua hari dah kering boleh bukak la kapas yang tampal kat dahi tu. Afkar meraung gak la masa Doktor nak buat prosedur tu. Dalam hati cakap ahdoyai trauma lagi le anak aku ni kang. Meraung-meraung pun makan roti tetap makan ok. hahaha. 

~Tengok ha. Makan tetap makan walaupun dahi bertampal.~



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...