Thursday, January 9, 2014

Entry Pertama 2014

Assalamaulaikum w.b.t

Lama betul menghilang. Entry penutup 2013 dan pembuka 2014 pun nan ado. Belum terlambat kot eh nak share kisah penutup 2013 kami sekeluarga.

Penutup 2013 kami dipenuhi dengan kisah Afkar warded. 28 Disember 2013 - 31 Disember 2013. Hospital Slim River. Afkar start demam 26hb (Khamis) petang. Try bagi ubat, jaram n pakaikan wet sock untuk make sure suhu turun. Suhu kejap turun kejap naik. Makan pun sket-sket. Hari Jumaat bila demam still tak ok bawa g KPMC. Nak warded tapi ward penuh. 

Kebetulan Ibu Mertua baru keluar dari ward. Mr.Teddy ajak balik Slim River nak tengok Mak hari Sabtu tu. Time tu Afkar nampak dah ok. Sampai Slim, Afkar xnak makan n minum. Susu pun tak nak. Duk pegang mulut cakap sakit-sakit. Malam tu tetiba panas balik. Terus ajak Mr.Teddy pergi Emergency Hospital Slim River. Check suhu memang tinggi. Pastu terus kena ambil darah dan dicadangkan masuk ward sebab Afkar tak nak makan n minum. Keadaan pun dah lemah je Doktor takut dehydrate. Meruntun hati time dengar die jerit sakit-sakit. Sebelum dihantar kat ward kitorang duduk kat Yellow Zone dulu. Afkar kena drip. Dr.ENT datang check inform tekak Afkar terlalu bengkak dan merah. Tonsillitis. Alahai sian anak Ummi.


~Tersengguk-sengguk tido dah time ni~

~Akhirnya tewas terbongkang di pangkuan Babah~

Bermula la episod menjaga Afkar dekat ward. Kat Hospital Slim River, hanya seorang dibenarkan teman anak. Samada ibu atau bapa. Mr. Teddy try guna excuse yang saya pregnant pun tak laku. Since Afkar still mengempeng waktu malam saya punya shift jaga waktu malam. Mr.Teddy jaga siang. Hospital Slim River sangat selesa. Luas dan tak crowded. Nurse n doktor pun jenis mesra alam. Tak garang. Makanan untuk penjaga pun sedap. Tiap kali waktu makan mak eh yang tak sabo. haha.

~Pity my boy. Tangan kena drip~

~Shift Babah jaga. Kalau dengan Babah memang dia tido berdakap macam ni~

~Kalau dengan Ummi tidur berkepit macam ni pulak. Abaikan perut mak buyung tu yerk.~


~Ni port kami. Selesa. Tak crowded.


Hari Ahad Doktor ENT datang tengok inform result darah Afkar semua ok. Demam dia dah ok tapi still tak nak makan n minum. So tetap kena drip air n antibiotik. Ubat demam bagi jenis supp since die susah nak menelan. Padahal budak ni memang jenis payah makan ubat pun. Doktor pesan suh bagi sejuk-sejuk macam ice cream ke. Masalahnya ini budak tak makan ice cream. Camno nak buat. Beli beli Ummi dia yang melantak. Tetiba malam tu die demam panas balik. huhuhu. Doktor inform kalau still demam diorang akan tahan lagi 24hrs nak monitor suhu. So memang la xboleh nak keluar lagi. 

Hari Isnin tu Afkar dah start nak makan. Breakfast nasi lemak n lunch nasi ayam share dengan saya. Padahal menu untuk dia bubur. Tapi budak ni mana dah nak makan bubur. Belasah je la nak. Asalkan awak makan. Minum susu pun dah ok. Demam on off. Time petang tu saya perasan tangan Afkar yang ada drip tu bengkak. Saya terus panggil nurse. Bengkak gila macam belon. Takut. huhuhu. Nurse n Doktor datang tengok. Nurse cabut drip air. Since Afkar dah boleh nak makan so drip air dah boleh off tapi antibiotik still kena on. Dorang nak cucuk lagi sebelah tangan Afkar. Nak nangis. Saya request kat Doktor untuk try bagi antibiotik cara makan. Tak sampai hati nak tengok Afkar kena cucuk lagi. Since ubat demam pun dah bagi jenis syrup. Lantak le kena sembur dengan Afkar ke tahan je la. Dengan nurse kena sembur ubat tak pasal-pasal dek Afkar.

~Atuk datang melawat. Moody lagi.~

~Terus ceria~

~Bawak g main kat playground. Susut dah time ni~

Besar harapan saya harap Afkar dapat keluar hari Selasa tu. Tak larat weyh duk spital lama-lama. huhuhu. Pagi Selasa lagi sekali Afkar kena ambil darah. Pastu Doktor ENT datang tengok inform result darah ok. Check tekak dah surut bengkak. Alhamdulillah. Doktor ENT bagitau bergantung pada keadaan Afkar demam or tak. Kalau tak demam die xde halangan tuk bagi Afkar balik. Tengahari PAED datang round perasan something kat muka Afkar. Time tu Mr.Teddy punya turn jaga Afkar. PAED tanya Mr.Teddy "Muka anak u memang senget sebelah ke?" Actually muka senget sebelah tu adalah habit Afkar time buat-buat nak menangis. Afkar akan kenyitkan mata kiri die buat-buat nak nangis. Afkar ni dia memang kuat berlakon. Kalau Doktor nak check belum apa-apa dia dah "Au...au..."dulu. Au au apa Afkar oiii. Auta eh. Memang tiap kali check pun doktor2 n nurse memang akan tegelak tengok drama dia. Belum pegang dah au ape cite. PAED suspect Afkar Bell Palsy. Kena refer dengan Pakar ENT. 

Petang Selasa kitorang dihantar jumpa Doktor ENT. Kebetulan Pakar ENT time tu ada case. Terkejut doktor ENT yang hari-hari jumpa Afkar sepanjang warded. Sebab die tak perasan lak sebelum ni Afkar punya muka x simetri. Ada lagi sorang doktor ENT observe Afkar sekali. Macam-macam doktor ENT tu buat. Paksa Afkar menangis betul-betul nak tengok boleh tak Afkar kenyit mata dua-dua belah. Observe tengok Afkar berkerut. Tengok air liur meleleh ke tak. Macam-macam lagi la. Pastu Doktor ENT yang sorang ni perasan memang habit Afkar bila nak buat-buat nangis akan kenyit mata sebelah kiri. Pada masa tu pada pendapat kedua-dua doktor ENT Afkar ok, xde Bell Palsy tapi kami still kena refer pakar ENT. So appoinment ditetapkan hari Khamis. Doktor ENT bagi kitorang balik tapi kena datang balik untuk appoinment. Tapi depends gak dengan decision wad kanak-kanak. Samada Afkar demam ke tak. 

Nurse dah bagitau siap-siap pukul 3 - 3.30 doktor nak round. So pesan kat saya tuk jaram-jaram la Afkar tuk control suhu. Memang Mr.Teddy kejap-kejap mandikan Afkar. Kebetulan time Doktor tengah round Afkar tengah main kat playground. Saya ajak balik katil dia tak nak. Nurse datang check temperature time Afkar tengah meronta nak main. Melalak-lalak xnak kena check suhu. Dalam hati saya ah sudah sah naik balik ni temp. Budak ni saya perasan trend suhu dia tinggi time menangis, time bangun tidur. Suhu dia border time tu nak ke demam. Nurse tu boleh lak cakap xtau r ni doktor nak lepas ke tak. Huwaa. Terus meleleh-leleh air mata saya. Kena tidur spital lagi malam ni. Paksa Afkar balik katil, tidurkan dia. Sambung menangis sorang-sorang kat katil. huhuhu. Kecewa tak boleh nak kuar. Padahal pagi tu dah berbunga harapan nak keluar. Dalam pukul 4 lebih macam tu nurse datang balik bagitau nak check suhu Afkar lagi sekali. Tak lama lepas tu Doktor datang bagitau yang Afkar boleh kuar ward. Ya ALLAH lega rasanya. Alhamdulillah. Terus call Mr.Teddy. Padahal sebelum tu Mr.Teddy ada sekali tapi sebab hampa Nurse tu cakap gitu saya terus halau Mr.Teddy balik. Gembira la hati dapat keluar spital. Tapi still perlu follow up dengan Pakar Kanak-kanak seminggu lepas kuar Ward.

Hari Khamis pergi appoinment dengan ENT untuk check tekak dan Bell Palsy. Sekali Pakar ENT MC pulak. Kena datang balik Jumaat petang. Petang Jumaat kitorang pun pergi la. Appoinment pukul 4 tapi kemain lama nak tunggu Pakar. Ada kes agaknya. Si Afkar dah xsenang duduk. Mengamuk-mengamuk. Bila jumpa Pakar, Pakar wat observation semua Alhamdulillah Afkar disahkan tidak mengidap Bell Palsy n tekak pun dah ok.

~Ha ni masa dia ok lagi. Berlari sana sini. Sukati la anak oii asalkan awak hepi~



2 comments:

  1. afkar makan byk2 tau bagi bambam semula

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah skang selera dia ok balik Tmah. hope berkekalan la hendaknya.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...