Friday, September 27, 2013

Diam ada makna

Assalamualaikum w.b.t

Last entry update pada 12 September 2013. Hari ni dah 27 September 2013. Lebih 2 minggu tak update. Apa ke malas benor. huhuhu. Banyak cite gak sebenarnya nak story mory. Tapi xtau la nape macam tak jumpe rentak nak update. huhuhu.
 
Minggu ni pulak empat hari straight tak masuk office. Ada kursus. Lagi la ke laut nak update blog. Nak blogwalking pun xsempat. Padahal dah install feedly tu. Konon nak mudahkan baca. Tapi smart phone kan kalau on data kemain cergas bateri nak abis. Grrrrrr. Kena beli power bank la ni jawabnya. So terpaksa off data sebab nak save bateri. Arini nak qada baca blog-blog korang=)
 
Ok ape lagi erk nak merapu. Korang tengok dah blank tetiba. Ahdoyainye pun. K la nak chowz dulu. Saya try la yerk kengkawan update kerap-kerap. Korang jangan lupakan saya tau. chewah. Macam le ade orang ingat sangat ko tu. hahaha. perahsantan betul.


Thursday, September 12, 2013

Afkar Setahun Sembilan Bulan

Assalamulaikum w.b.t

Lama tak update blog. Mood ke laut hoi. Hari ni nak cerita pasal apa erk. Pasal Afkar la. Boleh tak. Bujang sorang saya tu yang makin hari makin macam-macam keletah. Setahun Sembilan bulan dah si bujang tu.
Cakap still pelat-pelat n bahasa german. Yang simple-simple tu boleh la sebut dengan clear. Kalau dah panjang berjela jenuh gak nak memahamkan. Pastu bila kita tak faham dia nangis. huhuhu. Macam hari tu dia sebut "Bahbah". Saya cakap kat dia Babah belum balik. Babah work. Dia ulang sebut lagi "Bahbah" sambil tunjuk-tunjuk. Banyak kali lak tu. Suspend dah malam-malam ni nak oii. Ummi ko dah la penakut. Jawab lagi kat dia. Sekejap lagi Babah balik. Afkar main dengan Ummi dulu. Rupanya korang tau tak ape ke benda "Bahbah" yang disebutkan. Bantal rupenye. huhuhu. Bila saya dah tak faham sangat. Last-last dia bangun ambil sendiri bantal kat sofa suruh saya baring. Sekarang ni segala bentuk cecair dia sebut air. Susu pun air. Air masak pun air. Kalau kita bagi apa-apa kat dia macam biskut ke nanti dia reply "Acih". Pelat kan. Tapi saya n Mr.Teddy memang biasakan untuk cakap betul dengan dia. Maksudnya tak ikut pelat dia.
Semakin faham arahan yang diberi. Kira dah boleh harap la jugak. Minta tolong ambilkan barang ke. Kemas toys balik ke. Tapi part kemas toys bercinta gak. Kena buat main kira-kira dengan dia masukkan toys dalam bekas baru dia nak buat. Kalau suh sesaja memang nan ado. Kalau dia nak apa-apa dan pada masa yang sama saya ada kerja tengah buat minta tolong dia tunggu sekejap. Ok dia pergi layan balik TV. Penantian dia boleh sampai tiga kali. Kali ketiga suruh tunggu sekejap tak boleh dah. Dia tarik tangan kita. Kadang-kadang bukan apa pun. Suh teman tengok TV. Tak pun nak ngempeng.
Selain dari keletah-keletah yang mencuit hati tu. Ada la jugak keletah yang menguji kesabaran. Kebelakangan ni dia dah pandai meragam. Bukan sket-sket punya meragam. Stok kalau nangis kaw kaw punya. Pakej dengan jerit-jerit. Culture shock sekejap Ummi awak nak. Afkar yang jenis cool before ni buat hal sendiri dah pandai nangis beria. Pastu bila dah merajuk tu meleret-leret la rajuknya. Tak boleh silap sikit. Tak dapat apa yang dia nak nangis. Tak dapat keluar main basikal kat taman nangis. Dah bawa jalan-jalan nak bawa masuk umah nangis. Baya-baya ni memang dalam fasa menguji tahap kesabaran kot yerk. Banyak lagi nak kena perbaiki diri untuk kawal diri. Ummi sket lagi nak jadi hijau ni. Ramai yang share tips nak berhadapan dengan situasi anak macam ni. Nanti saya share entry lain ok. Saya tengah cuba amalkan. Mudah-mudahan mampu bertahan dan bersabar. Amin.
Start bulan puasa haritu saya dah intro FM kat Afkar. Susu drop. Stok tak ada. Tapi Afkar reject. huhuhu. First try Ducth lady for kids yang kotak. Diluahkan. 2nd try Dugro. Minum 2oz sahaja tu pun time nak tido. Try Anmum. Pun sama. Bila betul-betul ngantuk baru dia minum.Camno ni ha. Nampak dah badan dia susut. Susu yang pam memang dapat sebotol je skang ni. Jumpa paed, paed suggest campur milo dengan fm. Tapi mak saya pulak cakap milo tu panas. Serba salah pulak. Tunggu Anmum habis nak try ape tak tau la. Afkar ni dia part minum-minum ni susah sket nak terima perasa lain kot. Kecuali air masak dengan susu Ummi. Tapi makan xkisah pulak. Lembik-lembik je dia tak suka.

~Saya lah budak yang selalu buat ummi saya sket lagi nak jadi hijau. Tapi saya tau ummi sayang saya. Tu yang saja test Ummi~

Monday, September 2, 2013

Miracle In Cell No.7

Assalamualaikum w.b.t
 
Semalam dah settle kemas rumah lepas tetamu balik, dah malam-malam tu layan TV tetiba teringat nak tengok satu movie korea ni kat Astro Best. Miracle In Cell No.7. Aritu tengok iklan macam best. Terus amik hp Mr.Teddy order satu. hahaha. Tengok movie pun main pakai order skang eh. Kemain.
 
~sumber~
 

Tengok dah sekerat jalan. Tapi tak kisah la pun kan. Kata Astro Best ko nak tengok bape banyak kali pun apa ada hal. Tunggu sampai expired je la tak boleh tengok lagi. hehehe. Mula-mula tu layan sensorang. Mr.Teddy tak settle2 lagi kije kat dapur. Bila Mr.Teddy dah settle semua kerja dia, dia pun join sekaki. Pastu dah habis terus sambung tengok part yang termiss awal-awal tu.
 
Gila sedih korang movie ni. Rasanya sepanjang movie tu kot saya menangis. Basah baju dengan air mata dan juga air hidung. Mr.Teddy boleh gelakkan. Sabo je la. Banyak betul pengajaran daripada cerita ni. Kasih sayang seorang ayah terhadap anak dia. Semangat setiakawan yang tinggi. Sikap orang lain yang nak mudahkan kerja masing-masing mengakibatkan orang yang tak bersalah teraniaya. Agak-agak dalam reality ada tak erk cerita macam ni. Kesian betul orang-orang yang teraniaya.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...