Saturday, July 27, 2013

House Cleaning Services

Anda memerlukan perkhidmatan mengemas rumah? Saya ada seorang pembantu yang boleh menawarkan perkhidmatan tersebut. Murah-murah je. Tapi takutnya rumah korang jadi lebih 'kemas' la nanti. hahaha. Korang berani???Kalau berani saya tunjuk pembantu saya kat bawah ni.





Ha. Rajin tak pembantu saya? Siap bertopi bagai tapi tak pakai baju. Ni la kije budak kecik ni skang. 'Rajin mengemas'. Ni masa balik rumah Opah haritu. Kitorang duduk bilik adik ipar yang banyak barang. Lagi suka la dia. Banyak keje boleh buat. hehehe. Tak pe Afkar rajin-rajin la tolong Ummi. Nanti Ummi upah susu.

Friday, July 26, 2013

Ho...ho...ho Balik Kampung

Assalamualaikum w.b.t

Dah pertengahan Ramadhan boleh la cerita pasal raya sikit-sikit. hehehe. Lagu raya pun dah start main kat radio. Ingat dulu zaman belajar excited dengar lagu raya. Bila lagu-lagu sedih join meleleh air mata feeling dengar lagu raya. kahkahkah. Pastu dekat-dekat nak raya, orang semua dah start balik, tapi kita tak balik lagi sebab gatal beli tiket lambat, tiket habis kampong masa tu rasa nak tutup je pc/laptop sape yang pasang lagu raya tu. Emo.hahaha. Hari-hari duduk depan beranda bilik hostel tengok parking kira kereta yang makin kurang. Gila sedih. hahaha. Tu duluuuuuu punya cerita. Zaman belajar. Berkobar nak balik raya. Memang terasa di perantauan sungguh. Jauh katakan. Skudai - Klang je pun. hehehe.
 
Bila bujang duduk rumah sewa biasa-biasa dah feeling excited nak balik kampung read : rumah Kl - Klang katakan. Tiap-tiap minggu pun balik rumah. hahaha. Dah apa yang nak excitednya. Tapi sambut raya tetap excited cuma feeling balik kampung tu kurang sikit. Dekat la katakan.
 
Bila dah berumahtangga merasa system giliran pula. Baru adil dan saksama. Ada dua kampung nak balik. Klang dengan Slim River. Ingat lagi time tahun pertama raya dengan Mr.Teddy giliran Slim River. Syahdu woo. Tak raya dengan mak n adik beradik lain. Sob sob sob. Tambah-tambah masa tu Arwah Ayah baru pegi meninggalkan kitorang sebelum puasa. Kira tahun pertama raya tanpa Arwah Ayah. Alhamdulillah keluarga mertua memahami. Tak kisah pun kitorang nak beraya mana. Saya yang memilih untuk beraya dengan keluarga mertua. Sebab dah tetap macam tu daripada awal. Lagipun saya rasa saya akan bertambah sedih bila semua adik beradik berkumpul pada raya pertama kat rumah - tanpa ayah. Mesti penuh dengan tangisan je. huhuhu. Pastu adik beradik lain yang dah berkeluarga pun tak tukar giliran. Sama macam biasa. Sekarang ni giliran adik beradik saya yang dah berkeluarga semua sama beraya serentak kat rumah mak kecuali Alang saya. Sebab tu saya ok je beraya dengan keluarga mertua time tu. Kalau saya tukar nanti dah tak sama la. hehehe.  Ok-ok pun sedih tetap sedih woo. First time beraya tanpa keluarga di sisi. Dah macam beraya di perantauan ghopenyer. Petang raya call mak dah syahdu syahdan dah. Pagi raya lagi r. Control je suara nak nangis. huhuhu. Tu pengalaman pertama raya rumah mertua.
 
Tahun lepas giliran rumah Klang. Maknanya tahun ni giliran mana cuba teka. hahaha. Slim River yaw. hehehe. Suasana Raya lain dekat dua-dua kampung. Tapi dua-dua pun tetap meriah. Kalau kat Slim raya pertama memang raya sakan. Time tu Afkar dalam perut lagi, memang kijenye makan je la. hahaha. Tak miss satu rumah pun saya makan. Tapi kat Slim tak ada ketupat nasi. Ada lemang je. Saya kureng sikit lemang sebab pulut kot. Sekali terjumpa ketupat nasi/nasi impit kat satu rumah tu. Pergh memang terbaik la. hahaha. Makan tak pandang kiri kanan.

Harapnya saya n Mr.Teddy akan terus kekalkan la system giliran macam ni. hehehe. Sebab bila turn beraya kat Klang, adik beradik lain yang dah berkeluarga pun sama turn kan. Tu yang best. Extra meriah la bila semua berkumpul. Tapi sian kat mak dengan yang bujang-bujang la sebab bila turn kitorang tak balik sunyi sket r diorang. Korang macam mana pulak?Beraya mana tahun ni? Kat mana sekalipun korang beraya berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi=)
 


Thursday, July 25, 2013

RM500 Bantuan Khas Raya


Alhamdulillah ada juga rezeki tahun ni RM500 bantuan khas raya untuk penjawat awam. Syukur sangat dah tu. Tambah pulak 2KGT. Boleh wat belanja raya. Dua tiga hari ni nak check pay slip sikit punya lem***. Tak boleh nak masuk website ANM. Pagi tadi saya check time sahur. hahaha. Nak check KGT punya pasal. RM 500 ni akan dapat 31 Julai 2013. Tapi harapnya tak ada la peniaga yang ambil kesempatan naikkan harga barang. Semoga berbelanja dengan berhemah=)

Nak baca lebih lanjut click sini: Berita Harian


Slim River Most Wanted vs Rembau Most Wanted

Assalamualaikum w.b.t

Korang jangan ingat Rembau je ada WARIS as most wanted. Slim River pun ada yaw. Nak tengok???
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
 Present to you AFKAR : SLIM RIVER MOST WANTED YAW
~Yaw...yaw...what's up yaw~

~Slim River Most Wanted menyengih~

~Kempen 1 Malaysia~

~Sila jangan terpedaya. Sebenarnya Afkar tak dengar lagu pun. Tu aksi spontan dia. Nampak x wyre headphone tu dah putus. kekeke~

~Ummi nak practice sambil baring lak~
Ni lah aksi budak kecik sorang ni bila terjumpa cermin mata dengan headphone time mengemas. Dia sendiri yang nak pakai. Bila kitorang pakaikan cam ni la ghopenyer. Gaya cam beria tengah dengar kagu kan. Padahal nan ado. Headphone tu dah putus pun. kekeke. 


Wednesday, July 24, 2013

Demam Denggi

Assalamualaikum w.b.t
 
Lama menyepi update blog. Minggu lepas sibuk sket. Mr.Teddy kena tahan ward. Denggi. Sob sob sob. Patah kaki dia tak ada. huhuhuhu.
 
Kisahnya hari Selasa tu tetiba Mr.Teddy demam panas dekat office. Pergi klinik kat bawah office dapat MC sampai esoknya. Balik rumah ambil saya dekat Komuter siap berselubung sebab Mr.Teddy rasa sejuk sangat. Saya rasa badan Mr.Teddy mak aaiii panas betul. Mr.Teddy still puasa sebab sayang nak berbuka. Mr.Teddy kata badan dia sakit. Sendi-sendi semua sakit. Time berbuka Mr.Teddy tak makan apa pun. Mr.Teddy minta saya masakkan sup ayam tapi jamah sikit je sebab tekak dia payau. Memang lembik habis.
 
Mr.Teddy ni jarang demam, tapi kalau demam boleh tahan la jugak teruknya. Merengek kalah Afkar hehehe. Mengigau ntah apa-apa ntah. Dapat bini suka mengusik. Memang layan r dia ngingau tu. hahaha. Sian-sian jugak. Gelak tetap gelak. kekeke. Saya bagi dia makan panadol. Pastu letak napkin basah kat badan dia. Malam tu kebah la kejap demam dia. Esok paginya demam balik. Saya pesan kat dia kalau panas sangat pergi hospital check darah. Risau denggi.
 
Alkisah Mr.Teddy baru kehilangan kawan baik masa sama-sama study kat UTEM dulu sebab denggi berdarah. Arwah Asnawi @ Ustad meninggal sehari sebelum Ramadhan. Anak kecik lagi. Muda lagi dari Afkar. Semoga isteri Arwah, Ijan terus tabah dan kuat. Al fatihah buat Arwah. So memang sangat-sangat risau la kan. Tu yang pesan kat Mr.Teddy cepat-cepat check darah.
 
Mr.Teddy pergi Hospital Kajang. Hmmm faham-faham je la kan. Lama tunggu nak dapat result. Tapi dorang memang check detail. Bila result dah kuar kena admit sebab bacaan platlet Mr.Teddy below 200 border nak ke denggi. Rashes tak ada. Demam tinggi. Tambah-tambah pulak, area rumah saya ranking no. 2 daerah hulu Langat top spot denggi. Dr. nak monitor dalam sehari. Bila tanya nape tak pergi hospital lain dia cakap takut saya susah nak pergi. Saya ni nama je ada lesen. Tapi penakut nak drive. Memang gantung dalam frame je la. huhuhu. Private hospital yang cover pulak Sime Darby Medical Centre je. Nun kat Subang dengan Ara Damansara. Mana ada kat area Bangi. Sekali bila dah kuar ward tu baru kawan Mr.Teddy bagitau rupanya KPJ pun cover. Chet. Orang dah suruh tanya, tak mau tanya. Tak kisah la. Dah selamat kuar pun kawan tu.
 
Lepas dapat tau Mr.Teddy kena admit, saya cepat-cepat siapkan kerja yang urgent terus balik pergi hospital. Masa mula-mula masuk Mr.Teddy dapat katil tambahan. Sian gile. Dah r dekat dekat dengan sink. Orang nak basuh-basuh suma kena lalu lalang kat dia. Memang tak selesa. Saya sibuk tanya tak nak tukar ke, tapi dia ok je. huhuh. Orang yang teman lak stress. Nasib baik malam tu dia dapat pindah katil.
~Bukan nak tunjuk uncle tu tapi nak tunjuk katil Mr.Teddy time awal-awal kena admit~
 
~Katil 16~
 
~Sempat sengih lagi tu~
 
~tak boleh larik dari spital~
 
Saya teman Mr.Teddy siang je. Malam teman Afkar pulak. Memang tetiba terasa menjadi seorang superummi. hahaha. Hari Khamis bacaan platlet Mr.teddy drop pastu blood pressure naik. Demam on off. Memang tak boleh la nak discharge. Drip n ambil darah je la kijenya. Naik lunyai tangan Mr.Teddy kena ambil darah. Dia ada letak tube kat tangan Mr.Teddy macam drip tu untuk senang amik darah, tapi tersumbat lak sebab darah Mr.Teddy jenis cepat beku. Ramai pesan minum 100 plus n makan sup ketam. Memang saya paksa dia minum 100 plus. Tapi Mr.Teddy kata Doktor tak bagi sangat minum sebab 100 plus berasid. Perut Mr.Teddy kosong. Tak elok sangat. Dia minum sorok-sorok. hahaha. Hari Khamis tu jugak Mertua saya datang dari Slim River nak melawat anak kesayangan. Terharu sebenarnya. Sebab kaki Mak Mertua baru lepas operate buang nanah. Terima kasih Mak n Ayah sanggup datang dari jauh.
 
Hari Jumaat tu Doktor dah bagi hint macam boleh discharge. Kena tengok result darah. Kitorang pun tunggu sampai pukul 12 nak ambil darah. Bila dah ambil darah tunggu result. Sekali Doktor datang cakap ada bad news. Dup dap dup dap dah time tu. Rupanya lab call kena ambil darah lagi sekali sebab darah yang tu beku so xboleh nak test. Ambil la lagi sekali. Doktor pelatih hantar ke lab. Lab break down pulak. Sabar je la huhuhu. Sementara nak tunggu boleh discharge or tak sempat la orang Jabatan Kesihatan dating interview. Encik tu cakap denggi boleh merebak dalam masa 3-7 hari selepas gigitan nyamuk. Tu yang dia tanya dalam masa seminggu ada pergi mana-mana tak. Mak De Mr.Teddy pun datang melawat gak. Siap bawak sup ketam lagi. Mak De datsng tengahari saya turun sekejap pergi surau nak mengepam. Sempat selisih kat lift je. Pastu Mak De pun nak cepat sebab Pak Uda nak solat Jumaat. Rupanya Mak De tunggu sampai waktu melawat petang pulak nak tengok Mr.Teddy. Lama tu. Pukul 4.30 ptg baru waktu melawat petang start. Mak saya pun datang jugak bawa sup ketam petang tu. Mr.Teddy makan sup ketam je la hari tu. hehehe. Terima kasih semua.
 
~Muka happy nak dapat discharge. ~
 
Sendat mendat dah daku tengok Mr.teddy pakai baju spital tu ha. Ni pun dia kena paksa pakai. Nurse marah. kekeke. Dia siap cakap takut kena gatal-gatal ke. Sekali nurse tu setempek sound dia sabun basuh ni lagi mahal dari sabun basuh baju awak kat rumah.kahkahkah. Dalam pukul 6 Mr.Teddy boleh discharge. Alhamdulillah. Lega sesangat. Stress woo duduk spital. Sampai naik pressure darah Mr.Teddy. hahaha. Saya yang meneman pun stress. Ward crowded sangat. huhuhu. Tapi nurse n doctor baik-baik. Kitorang duduk spital kijenya perhati orang je la. Pastu gelak-gelak nak bagi hilang stress. hehehe.
 

 
 

Wednesday, July 17, 2013

Keberkatan Sahur

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya xupdate blog...hohoho...orang lain siap berupdate-update menu berbuka setiap hari siap resipi sekali. Saya nan ado. Terliur hoii tengok makanan orang time blogwalking. huhuhu. Sib bek xmenjejes air liur je. kahkahkah. Hari ni dah hari ke-8 Ramadhan. Sekejap kan masa berlalu. So far juadah berbuka ada hari beli ada hari masak. Juadah sahur pula memang masak.
 
Alhamdulillah setakat ni masih belum terlepas bangun sahur. Semoga berkekalan sampai akhir Ramadhan dan perolehi keberkatan sahur. Dulu zaman bujang, zaman student aci tak je sahur ni. Tak ambil kisah nak bangun sahur bila tidur tu lebih indah.huhuhu. Tak pun tidur lewat makan siap-siap pastu tidur tu dah kira sahur la tu. Bangun subuh. Tidur balik. isk isk isk anak sapa lah ni. Pastu zaman bujang duduk rumah sewa pun macam tu. Ikut dan je. Kalau balik rumah mak memang tak miss sahur. Sebab sahur beramai-ramai macam makan berbuka gak siap berhidang lauk bagai.
 
Sahur adalah sunnah Nabi Muhammad SAW. Antara kelebihan bersahur:-
 
- Satu amalam sunat yang berkat.
- Untuk membezakan antara puasa yang dijalankan kaum muslimin dengan puasa penganut agama lain.
- Untuk membantu menguatkan badan orang yang mengerjakan ibadat puasa pada siangnya

Dan waktu yang paling afdal untuk bersahur pula bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar.

- Daripada hadis, ulama membuat kesimpulan bahawa adalah lebih afdal melewat-lewatkan sahur hingga betul-betul hampir masuk waktu fajar.
- Imam al-Baihaqi melalui sanad sahih menyebut “adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad itu orang yang menyegerakan berbuka puasa dan melewat-lewatkan sahur.”
- Nabi juga pernah bersabda, maksudnya: “Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambat-lambatkan sahur.”

 Sumber:- artikel dari website JAKIM & JAIS

Tahun ni, tahun ke tiga sambut Ramadhan dengan Mr.Teddy dan tahun kedua dengan Afkar. Mr.Teddy dia memang jenis bangun sahur dan kena makan nasi. So kalau tak masak time berbuka tu, akan masak malam sebelum tidur untuk makan sahur. Kalau tak sempat, masak paginya. Menu Mr.Teddy senang je. Ayam goreng pun aci dah. Potong-potong bawang, goreng sekali dengan ayam makan dengan nasi panas tu pun aci dah. Kalau ada sup lagi dia suka la. Hari-hari makan sup dia tak kisah. hehehe. Kalau masak waktu berbuka, memang akan masak lebih dan bawa ke sahur terus. Saya pulak air wajib waktu sahur Horlicks + oat. Nasi pun makan gak. Minum air masak banyak. Kurma pun makan. Tapi Ramadhan kali ni effect jugak la production susu. Tak macam tahun lepas yang maintain je production walaupun berpuasa. Setakat ni untuk tahun bersahur dengan Afkar Alhamdulillah dipermudahkan. Ada masa dia bangun sahur sekali ataupun layan TV. Ada masa dia tidur je. Anak Ummi dah besar, pandai bawak diri dah.
 
Ok kawan-kawan jangan lupa bangun sahur tau atau terlajak tidur ya. Sama-sama la kita perolehi keberkatan bersahur=)
 



Tuesday, July 9, 2013

Burger Bakar Abang Burn

Assalamualaikum w.b.t

Last entry makan-makan sebelum ramadhan. hehehe. Dah lama mengidam erk...jangan pikir lain ha nak makan Burger bakar Bakar Abang Burn. Tengok review blogger mak aii terlioq tengok gambar. Paksarela Mr.Teddy layan gak bini dia ni ha makan Burger Bakar. tak nak sebarang burger bagar nak Abang Burn punya jugak. hahaha.
 
Sebenarnya xtau pun kat Kajang ni ha ada. Sekali K.Intan gang whats app gtau kat Sg Ramal rupenya ada. Kat Sg Ramal Food Junction. Dah tau ari-ari zikir kat Mr.Teddy nak g makan. Tertunai gak sebelum sambut ramadhan. hehehe. Eleh macam kan ler time puasa tak boleh makan kan. Boleh tu boleh tapi sure ramai time berbuka tu. Ni pun kitorang g petang.
 
Punya la terliuq sampai tersyasyul-syasyul ckp dengan Mr.Teddy. Nak cakap dengan dia "tengok gambar kat blog orang review terleleh-leleh air liur" sekali yang kuar dari mulut "tengok gambar kat blog orang review terliur-liur air leleh"kahkahkah. Kemain besar Mr.teddy gelak dengar bini die tersalah cakap. huhuhu


~Ok lepas dah hajat sebelum puasa~
 
 
Yang atas tu saya punya. Yang bawah Mr.Teddy punya. Meatball lupa nak amik gambo. Gile kekenyangan. Dah r  kelako sebab  xreti nak makan macam mana. Besar tol burger eh. hahaha. Siap suruh Mr.Teddy g amik pisau n garfu. Jeling-jeling orang sebelah relax je dorang ngap. Tak ada guna pisau garfu segala.kekeke.

Ramadhan Al-Mubarak

 
 
 
 

Monday, July 8, 2013

PILIHAN DI TANGAN KITA - IBU BAPA

Assalamualaikum w.b.t

Kita sebagai ibu bapa pasti hendak buat yang terbaik untuk anak kita. Kita akan buat apa sahaja pilihan yang kita rasakan adalah terbaik buat anak kita. Betul tak? Saya pasti semua ibu bapa yang berada di dalam keadaan waras / tidak berada di bawah pengaruh sesuatu yang mengkhayalkan - maksudnya boleh berfikir secara rasional tidak akan membuat pilihan yang memudaratkan untuk anak masing-masing. Setiap pilihan yang kita buat pastinya kita telah kaji dan timbang sebelum membuat keputusan. Dan pastinya keputusan tersebut adalah yang kita rasakan terbaik buat anak kita. Bukan anak orang lain, tapi anak kita. Oleh itu, marilah sama-sama kita hormati keputusan yang telah dibuat oleh setiap ibu bapa untuk anak masing-masing.


Breastfeeding vs FM, provaksin vs anti vaksin...Pilihan di tangan kita sebagai ibu bapa. Kita buat apa yang kita rasa betul untuk anak-anak kita. Kita buat apa yang kita rasa terbaik untuk anak-anak kita. Tidak perlu nak menghentam ibu bapa lain yang tidak sama membuat pilihan seperti kita. Yang kita rasakan itu adalah terbaik. Macam lah ibu bapa tersebut dah buat satu pilihan yang silap atau dah menzalimi anak masing-masing. Mungkin bagi pendapat ibu bapa yang membuat pilihan tidak seperti kita itu, keputusan yang dibuat itu adalah terbaik untuk anak mereka. Kita tidak berada di tempat orang lain. Kita hanya berada di tempat kita sendiri. Oleh itu, kita juga tidak boleh bercakap bagi pihak orang lain bagi setiap keputusan yang telah dibuat.


Semua orang nak berkempen/menegakkan bahawa pendirian masing-masing buat tu betul, terbaik. Tak salah. Tak silap. Tapi tolong...tolong...hormat mereka yang lain. Sebaiknya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dalam menegakkan pendirian masing-masing. Berlapang dada dan bersangka baik dengan setiap perkongsian. Jangan sampai terguris hati yang lain. Masing-masing ada sebab membuat pilihan. Masing-masing pastinya saya kira dah mengkaji baik buruk setiap keputusan dibuat.

Thursday, July 4, 2013

'Rajin Mengemas'

Assalamualaikum w.b.t
Ada budak sorang tu kan sekaran ni 'rajin' sangat tolong Ummi dia mengemas tau. Nampak nau Ummi dia pemalas. huhuhu. Serba serbi dia nak tolong alih. Yang lagi bestnya bila dah alih tu terus tak jumpa dah. Hilang dari pandangan mata terus. hahaha. Ni la dia budak yang 'rajin' sangat tu.
~Nama saya Afkar. Saya 'rajin' tolong ummi saya~


Ada sekali tu saya tengah mandi. Dari dalam  bilik air lagi dengar dah Afkar bising kat luar. Adalah tu yang dia nak. Buat tak tau je. Settle urusan dalam bilik air keluar Afkar terus datang tunjuk kat 'sesuatu'. Cermin mata saya dah selamat terkulai.huhuhu. Dah berapa kali gam dah. Sib bek ler babah awak pandai bab Mc Gyver ni nak. Pastu Tanya dia mana lagi sebelah tangkai dia tunjukkan.

Kalau dalam bilik, memang atas dressing table dah kosong. Sebab Afkar suka nau main segala mak nenek bedak, perfume, deodorant. Buat-buat pakai kat diri sendiri. Paling bahaya yang brooch semua tu la. Semua kena sorok di sebalik cermin dressing table. Masalahnya kita ni ha la nak mengambil. Tapi tak pe demi keselamatan anak, Ummi susah pun xde hal. hehehe.  Haritu Afkar main perfume saya dah ke mana dia letak tutup. Tak jumpa. huhuhu. Ada sekali tu pulak Afkar main perfume yang dari Mekah tu.  Yang macam ni lebih kurang.

Orang kan patut cabut penutup tu je, pastu spray la kan. Ni Afkar pergi cabut dengan spray-spray sekali.hahaha. Dah tumpah. Sampai kering. Semerbak gila bau bilik. Sampai pening kepala Ummi awak nak. huhuhu. Mr.Teddy boleh lak kata wah dah macam bau bilik pengantin untuk malam pertama. Ngek tol. hahaha. Tapi setakat ni memang kalau datang angin Afkar nak 'menolong' kemas memang Ummi 'ku tahan jebat' daripada nak mengamuk. Anggap je la tu proses pembelajaran dia yang suka benar nak explore. Bukan faham pun lagi nak marah-marah.

Ada sekali tu dia kumbah baju kotor dia. Ummi baru jerit "Ataghfirullahal'adzim" dia dah mencicit lari peluk Ummi. Pastu tengok Ummi kutip baju masuk bakul, dia pun kutip sekali. hahaha. Sebelum ni kalau marah or geram kuat gak r membebel-bebel kat dia. Tapi die terkekek-kekek je gelak. hahaha. Skang ni kalau dia buat salah tenung je dia - buat2 muka serious.hahaha. Nanti macam-macam la dia buat nak bagi kita gelak. Pandai amik hati ini budak. Dia paling takut dengan tenungan Babah. Ummi punya tenungan tak jalan. Tapi Babah selalu tak boleh tahan kalau dia buat lawak. kekeke.
Tu tak masuk lagi tengok kita pegang penyapu or vacuum dia pun sama nak buat. Pergi jemur baju dia boleh tolong tolak ampai baju ke hulu ke hilir. Moral of the story, ummi dia perlu lebih rajin mengemas sebelum dia tolong sama mengemas. hahaha=D


Wednesday, July 3, 2013

Teduhan Kasih Drama TV3

Assalamualaikum w.b.t
 
Semalam episod akhir Teduhan Kasih. Siapa tengok? Angkat keyboard. Topik perbualan drama Teduhan Kasih memang hangat la kan selain daripada drama Dahlia. Kat fb up status pasal Teduhan Kasih je termasuk le orang yang menulis ni. hahaha.
 
Sebenarnya saya tak follow sangat time awal-awal tu. Faham-faham je la waktu siarannya, time maghrib. Dengan ada budak kecik yang baik sorang tu lagi. Kije melayan kartun je. Memang tak yah la berangan nak tukar channel drama. Memang dia tukar channel lain. Tak pun dia tutup TV or tutup suis terus. Senang dua-dua tak yah tengok katanya. Ummi tak yah tengok drama. Afkar tak yah tengok kartun.Afkar main, Ummi layan Afkar. Kalau sorok remote, dia pergi picit kat decoder astro tu ha. Nak kata apa lagi. Sabo jela Ummi tau.
 
Tapi bila orang duk cerita-cerita, kat fb orang up-up status Teduhan Kasih. Mana boleh tahan. Kena tengok gak ni. Teduhan Kasih ni adaptasi dari novel. Senang penerbit wat duit skang. Pilih novel hit - ubah jalan cerita sikit - wat drama. Tapi sebenarnya yang macam tu je la pun yang dapat permintaan ramai. Saya x ada novel dia. Tapi officemate, K.Jah ada. Gigih ko pinjam ngan K,jah nak baca punya pasal. Sebab episod awal-awal tu dah tertinggal. Drama ni bila dah mula melayan memang susah ler nak stop. Time iklan cepat-cepat g solat. Isk isk.
 
Memandangkan semalam episod terakhir lagi la semangat nak tengok kan. Ye la dah sebelum ni kemain follow tetiba episode last x tengok memang ler frust. Time sampai rumah hujan dah mula menitik. Sekali hujan lebat le pulak, siap kilat bagai. Mr.Teddy dia memang pantang tengok Tv time kilat-kilat ni. Tapi sebab dia tak ada, xkira nak tengok gak. Sekali nan ado. Tau-tau je la astro bila dah hujan. Beyond tak beyond problem gak. Geram je. Rasa nak carik je cable bawah tapi xtau Mr.Teddy letak kat mana. Melayan je la Afkar main. Dah pukul 7 lebih try buka boleh pulak. Datang pulak budak kecik ni mengacau tukar-tukar channel. huhuhu.
 
Tak rasa la nak review ke apa drama Teduhan Kasih ni. Bukan pandai pun. huhuhu. Jalan cerita hampir sama dengan novel, part hujung ada ubah-ubah sikit. Tak kisah la. Layan je. hehehe. Tapi saya sangat suka lakonan Mak Tiri Ifa, K.Long dengan Ayu. Gila berkesan. Part dialog Mak dengan Kak Long tu memang slumber. Terkekek-kekek gelak. hahaha.
 
Minggu ni Saya Sebenarnya Isteri Dia satu lagi drama adaptasi novel pun episod last. Oh Firash. hahaha. Pasni dah tak boleh tengok muka Firash lagi. Selain tu drama Dahlia pun saya layan gak. Tapi sebab pukul 10 selalu Afkar dah tarik tangan ajak masuk bilik, so selalu memang tengok siaran ulangan jer.


Tuesday, July 2, 2013

Budak Bakul

Afkar dan bakul tak dapat dipisahkan...korang tak percaya.. Tengok gambar kat bawah ni.

~Kumbah baju dari dalam bakul. Pastu dia pulak nak masuk~

~Dia ajak main chak chak pulak~

~Cer teka saya tengah buat apa~

~Apa cerita tu tengok tv dalam bakul~


~Duduk pulak~




Monday, July 1, 2013

Cemerlang

Assalamualaikum w.b.t
 
Bila dah lama tak update blog, jadi lemau lak nak update. Banyak benda nak share tapi memanjang tak sempat. huhuhu. Duk blogwalking je la. Sorry eh blog. Jangan majuk-majuk dengan tuan tanah kedaung mu ini.
 
Ok memandangkan dah lama tak update blog. Marilah kita kongsikan cerita best. Chewah.Ok tengok dulu gambar kejadian.
 
 
 
 
 
 Hari Khamis lepas saya dapat APC 2012. Alhamdulillah. Apa ke benda APC ni???ehem...ehem...Betulkan suara sikit. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang cemerlang ke . Majlis APC 2012 KKR diadakan pada 27 Jun 2013 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfuz, KKR. Beramai-ramai la penjawat awam agensi-agensi di bawah KKR (JKR, LLM, CIDB) berkumpul. Semua berbaju batik. Saya pun semangat siap beli kasut baru sebab tanya member yang pernah dapat dia kata kena pakai kasut bertutup. Sekali tengok ada je yang tak pakai kasut pun. Chet. Dah la kasut longgar. Sib bek tak tercicir atas stage. hahaha.
 
~Sebelum Majlis~

~Semasa majlis berjalan~
 
 
Kalau ikut jadual yang disediakan, sesi pendaftaran berakhir pukul 6.45 pagi - 7.45 pagi. Masa tengok alamak pukul berapa nak keluar rumah ni. Ohoi. Tapi time raptai dia bagitau bermula saluran 3 hingga seterusnya kalau lambat pun tak pe sebab sesi bermula pukul 10.30 pagi. Yang saluran Khas 1 n 2 kena awal. Saya saluran 3, tak khas la kiranya so boleh lambat.kekeke. Saya sampai dewan pukul 8.20 kot kalau tak silap. Pergi daftar dulu dapat tag dengan kupon biru nak naik stage. Pastu petugas tu suruh sarapan dulu. Cari-cari orang tak jumpa yang kenal pun, melantak ler sorang-sorang. Pastu masuk dewan.  Dalam 8.30 macam tu majlis start. Baca Doa, nyanyi-nyayi, ikrar, ucapan YB Menteri KKR pastu baru penyampaian anugerah bermula tuk saluran khas 1 n 2. Dorang ambil dengan YB Menteri dan Timbalan Menteri. Yang tak khas ni ambil dengan Ketua Jabatan lain-lain. hehehe. Saya saluran 3 sempat ambil dengan KSU KKR. Sesi saya bermula pukul 10.30. Pastu tak da break sampai abis lebih kurang pukul 12. Awal gak habis. Tapi jenuh gak nak tunggu sampai semua orang habis tu. Orang terakhir memang dapat tepukan paling gemuruh la. hahaha. Glamer sekejap. Dah selesai majlis terus g amik sijil kat luar. Sijil Simpanan Premium nanti dorang bagi kemudian. Pastu pergi isi perut. Makanan siap serve semua. Special u oll. Sekali lagi belasah je duduk dengan sapa-sapa sebab tak jumpa orang yang kenal. Ramai weyh. Dah kenyang masuk balik dewan pergi bayar duit gambar pastu kebetulan jumpa orang yang satu cawangan saya minta tolong ambil gambar dalam dewan. Bukan selalu dapat kan. kekeke.
 
~Budak gems...(Salahkan baju yang besar)~
 
Hampir empat tahun berkhidmat baru la merasa. Terima kasih la kat boss yang mencalonkan saya. So dah boleh la nak transfer. hahaha. Tak ada la kalau tak dapat APC pun tetap nak transfer gak. Sebab dah lama kat sini. Dari mula start kerja sampai sekarang. Saya happy n enjoy dekat tempat sekarang. Banyak sangat benda yang saya belajar. Dan yang penting saya buat kerja sesuai dengan disiplin saya. Teringin nak berubah angin. Teringin nak tambah pengalaman baru. Teringin nak belajar benda baru. Semoga permhonan pertukaran saya diluluskan. Amin.
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...