Monday, April 22, 2013

Aquaria KLCC

Assalamualaikum w.b.t

Entry ni dah agak basi yer kengkawan. hohoho. Haritu dalam beberapa minggu lepas kami sekeluarga pergi ke Aquaria, KLCC. Weekend tak tau nak buat apa, so berjalan la kami. Mula-mula Mr.Teddy ajak pergi Zoo. Pastu saya lak cakap dari g Zoo better kita g Aquaria. Aircond. Zoo panas. kekeke. Nampak tak betapa puteri lilinnya ai. Prffttttt. Pang diri sendiri laju-laju. Sebab tu lah ko lebih suka aktiviti riadah dalam shopping mall kan berbanding kat taman.hehee.
Kitorang lunch dulu kat Suria KLCC. Lama gila kot x datang KLCC. Adalah dalam beberapa tahun. Ye la kitorang zaman couple stok dating Jusco. Tu ha Jusco Cheras Selatan. Tak jemu-jemu. Dah boleh jadi duta. kekeke. Dah lunch kenyang-kenyang g la ke Aquaria. Ni first time saya, so agak excited r. Mr.Teddy dah pernah pergi, so hari tu kita lantik dia jadi tourist guide. Harga tiket : RM38/pax tuk dewasa. Afkar tak kena bayar.
Masa awal-awal sampai ni Afkar macam ngantuk-ngantuk sikit. So, tak ada mood sangat. Bila duduk dalam stroller muka pun boring je. Ummi yang teruja lebih. Tapi bila masuk yang dalam macam terowong tu ha baru excited dia. Tu la first time dia sebut fish. Kalau sebelum ni tengok ikan kat kolam atuk pun dia boleh belasah panggil "meow". hehehe. Tapi kan tak banyak sangat la gambar. Sebab guna hp Mr.Teddy amik gambo. Gambo banyak kat dia. Dalam hp saya ciput je.
~Anak dan bapak~


~Ngantuk. Muka monyok je~

~Cantik~

~wahhhhh!!!!~

~Lari!!!ada shark~

~Korang tengok sape ntah yang lebih teruja. kekeke~

~Dah tak boring lagi. banyak betul fish~

Dah puas berjalan dalam tu kami pun berangkat pulang. Afkar pun dah super duper ngantuk n dah mula nak tunjukkan tanda nak ngamuk. Sebelum satu KLCC bergegar moh le kita pulang. Tapi time dah nak balik tu tiba-tiba mood tune ok. Tapi Ummi n Babah dah set nak balik, balik je la. Pastu esoknya dia demam, then HFMD.



Wednesday, April 17, 2013

Perfect 365

Assalamualaikum w.b.t


Siapa tau app Perfect 365? Cer angkat keyboard... Saya baru terjebak dgn app ni setelah diperkenalkan oleh gang whats app. Best kot. Yang tak cantik leh jadi cantik. Yang tak gebu leh jadi gebu. Yang kertu boleh jadi muda belia. Yang kulit tak licin boleh jadi licin. Eh. Pastu boleh upload kat fb. Tak yah dah pakai produk kecantikan yang vogue d vass dan harga vavoom kavavoom. Eh lagi. Hahaha.

Tak ada r. Tak addict pun. Kekeke. Saja nak ngusik. Hehehe. Tapi serius ni ade orang terkantoi kata pakai produk xyz (bkn nama sebenar) sekali rupenye edit pakai app perfect 365. Tak yah menipu boleh tak. Kalau product ko tu bagus,bagus la. Kalau tak bagus tak bagus la. Senang cite. Tak yah nak edit bagai pastu upload kt fb pastu orang puji pastu komen ni la rahsia saya guna product xyz. Berminat sila pm saya atau sms/whats app 012-1234567. Padahal hakikat yang ado!!!

Macam-macam hal. Fikirkan dan renung-renungkanlah berkat tak rezeki yang ko dapat tu kalau keje menipu. Bagi family makan tu hoiii. Nauzubillah.




Tuesday, April 16, 2013

HFMD : PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT

Assalamualaikum w.b.t

Blog terbiar bila anak tak sihat. Afkar kena HFMD.sob sob sob. Yang paling dirisaukan dah jadi.huhuhu. Tak pe Afkar Ummi tau Afkar kuat=)

Kalau nak tau ape tu HFMD sila click sini.

Day 1 (Isnin): ambil dari bs afkar demam. Bawa g klinik. Xda biji-biji pun yg kelihatan so ingat demam biasa. Dr check tekak n mulut semua ok.

Day 2 (Selasa): Still demam. Malam tu mula kelihatan biji-biji kecik mcm ruam kat kaki. Start tak nak makan. Direct breastfeeding pun kekadang tu refuse. Air liur menjejeh. Ingatkan Afkar demam nak tumbuh geraham atas. Tapi so far dia kalau tumbuh gigi Alhamdulillah xdemam. Tak sangka tu adalah tanda hfmd. My bad.

Day 3 (rabu): Dah tak demam. Hantar umh bs. Ambil dari bs byk dah kuar biji-biji kat kaki n siku. Ade yg dah pecah. Terus bawa g KPMC. confirm hfmd. Kena kuarantin. Dr kata selalu ada kat area kaki n tapak tangan. Tapi dalam case Afkar dia menggaru tu yang sampai ke siku, betis, peha semua.

Day 4 (khamis): Demam dah tak ada. Biji2 still kuar lagi sebab belum betul2 kering. So bila pecah akan merebak ke tempat lain. Kat montot pun ada.Selera makan still xada. Direct breastfeeding dah ok. Alhamdulillah.

Day 5 (jumaat): Pergi office saya settlekn cuti, nak extend sampai rabu. In case kalau ambil masa tuk kering biji-biji tu.Handing over apa2 kerja yang ada. Balik Slim River.

Day 6 (sabtu): Dah mula nak makan balik. Alhamdulillah. Biji2 tak ada yang baru dah. Yang ada pun dah kering. Alhamdulillah.

So parents kalau perasan ada tanda HFMD (demam, ulser tu yang air liur meleleh je, ruam-ruam kecil, hilang selera makan) cepat-cepat ke hospital yer. Macam kitorang ni duk la ingat Afkar nak tumbuh gigi sebab ruam tu keluar kemudian. Macam Afkar jenis suka makan, bila tak nak makan tu susahnye le hati. Bila refuse df lagi la susah hati.huhuhu. Yang buat penyedap hati tu dia aktif macam biasa. Alhamdulillah Afkar dah ok sekarang n


Tuesday, April 9, 2013

Swimming


Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar kengkawan Ummi semua. Hari ni Ummi busy Ummi minta Afkar yang tolong updatekan. Hari ni Afkar nak story pasal swimming. Afkar suka sangat swimming. Babah rajin juga bawa swimming. Haritu balik rumah nenek, tengok ada kolam Abang Irfan kat rumah nenek. Afkar pun pujuk-pujuk Babah nak mandi kolam. Babah pun pasangkan kolam untuk Afkar mandi. Afkar mandi sorang je. Ummi dengan Babah teman kat luar je. Ummi cakap kalau Ummi join takut nanti orang kat rumah nenek confuse pulak. hehehe. Ramai tengok Afkar mandi. Nenek, Pak Long, Pak Andak, Ummi, Babah, Mami (jiran nenek) dengan Abang Ayul (anak Mami) pun tengok Afkar. Bila dah ramai tengok tu Afkar apa lagi tunjuk aksi macam-macam la. Hehee. Ok la. Afkar dah tak tau nak update apa. Ape kata kalau kengkawan Ummi sambung tengok gambar-gambar kat bawah ni.
~Yeah dapat mandi...baru nak start enjin ni~

~Dah tenggelam badan~

~Ummi nak join?~

~Excited sangat~

~Kuak lentang~


Monday, April 8, 2013

Afkar Setahun Empat Bulan

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama xshare kat sini berkenaan perkembangan bujang sorang ni kan. Sekejap ke masa berlalu dah besar dah anak bujang Ummi sorang ni. Makin besar makin keletah, banyak akal, menguji kesabaran. Hehehe. Tengah berusaha tuk mempertingkatkan tahap kesabaran ni. Huhuhu. Istighfar bebanyak.
  
Setahun Empat bulan - mulut riuh sekampung. Tapi masih bahasa german. Buat borak sedap tapi sedaya upaya cuba memahami apa yang cuba disampaikan. Sekarang ni makin kuat membebel kadang-kadang berbutir jugak cumanya tak tahu la yang Afkar maksudkan betul-betul ke atau sekadar terkeluar dari mulut dia. Cuma perkataan simple-simple tu boleh la Afkar. Peel Afkar pulak kalau sebut satu perkataan sekali tu je la. Spontan gitu. Suruh ulang banyak-banyak kali memang kirim salam.

Meow - kucing.

Fish - fish. Bawa jenjalan g Aquaria terpacul dari mulut Afkar.hehee. pastu suh ulang yang ado.
Tu, we, geeeee - satu, dua, tiga. Ni tiap kali nak pergi rumah bs, akan lalu kat anak tangga dlm 3 step macam tu. So tiap kali nak turun/naik saya pun kira satu, dua, tiga lama-lama die ikut. Tiap kali nk lalu kat situ die akn kira "tu, we, geeee". Kalau kira one, two,three sampai ten pulak dia akan follow tapi bahasa german la, yang dia follow dengan betul adalah intonasi kita kira tu. hahaha.


Jap - kejap. Kalau nak buat apa2, kita nak tolong buatkan Afkar akan jawab "jap...jap" tak bagi kita buat nak buat sendiri. Kalau tak boleh gak baru la "Ma..." sambil hulur apa yg dia nak buat tu.

 Car - car. Ni pun kalau suh ulang banyak kali die x mo.

Ayer - air

Mama - ummi. Puas le membetulkan ummi...mama gak yg disebutnye. Kekadang bergaduh 2 beranak. Saya "Ummi" Afkar "Ma"... Saya "Ummi" Afkar "Ma". Sampai dua2 penat.haha

Nenen - susu. Skang kalau nak susu die akan cakap "nak nenen" sambil menyelak apa yang patut.

Muah - kiss or flying kiss. Kalau saya cakap muah Afkar akan kiss. Kalau mama (bs) cakap muah samada Afkar akan kiss saya atau buat flying kiss kat mama sambil cakap muah.

Pah - Opah

Awahbar - ALLAHUAKBAR sambil angkat takbir tinggi2 n sebut awahbar kuat2. Pastu rukun solat follow sujud ngan berdiri je...hehee...xpe yer nak slow2 kita belajar yer.

No...no...no...-sambil angkat jari telunjuk goyang kiri kanan

Ammm - Amin. Bila nak makan baca doa makan dah abis doa afkar akan "Amm" sambil meraup tangan ke muka

Yang paling clear Afkar sebut Babah n Mama. Ummi merajuk la Afkar macam ni. Sob sob sob.

Kalau bagi instruction simple, boleh dah follow sikit-sikit. Contoh:-

Ummi : Afkar tolong ambilkan botol air tu.
Afkar akan bangun dan ambil botol air yang kita tunjuk sambil terkedek-kedek pastu minum air sambil baring/duduk/cangkung. Ikut dan dia je la.


Ummi : Afkar tolong kejutkan Babah.
Afkar akan bangun sambil capai permainan menuju ke bilik dari luar dah "Bah...bah...babah" Babah tak bangun lagi. Masuk bilik lagi sekali " Babah" Ait. Tak bangun lagi Babah ni. Panjat katil duduk sebelah babah main toys yang dia bawak. Confirm Babah bangun dengar bunyi bising. Tak tenang nak tido. Hahaha. Afkar berjaya kejut Babah.


Ummi : Siapa budak bijak. Angkat tangan.
Afkar akan bersorak riang angkat tangan. Kekadang baru kat bijak dah angkat tangan. Kekadang baru kat budak dah angkat tangan.hahaha.


Kalau handphone berbunyi, minta tolong Afkar ambilkan, dia akan ambil dan pass kat kita atau dia tengah main tetiba handphone berbunyi dari jauh dah "Ma...ma...ma...ma" sambil hulur handphone.


Mengajar/tunjukkan orang buat sesuatu
Atuk guna hand phone Mr.Teddy tak tau nak slide macam mana Afkar yang tunjukkan. Opah n mak anjang tak tau nak buka tutup botol air Afkar yang tunjukkan nak tekan kat mana. Yang part Afkar ajar mak anjang tu lawak siap kira "tu,we,geeee"



Kuat berangan/kuat meniru
Kalau pegang hp akan berangan bercakap dalam hand phone atau ambil gambar. Babah lak tak bagi Afkar main hand phone, so belikan la hand phone permainan tuk dia buat berangan. Tapi tu pun kekadang Afkar campak ke tepi, hp ummi gak yang jadi pujaan. Kalau mandi dapat botol sabun pun boleh jadi bahan berangan. Pantang jumpa botol bedak atau losyen - buat-buat letak kat tangan pastu tepuk-tepuk pastu sapu kat badan. Sebiji macam mana kita buat kat dia tu. Tak pun amik tapak tangan kita, suruh kita buat macam dia. Jumpa sikat - sikat rambut sambil bernyanyi riang.



Suka berjoget
Pantang dengar lagu, memang joget saja. Lagu PSY Gangnam Style tu memang lagu favorite la. Hahaha. Pantang dengar. Pandai lak pilih tang korus je dia joget. Joget ni tak payah ajar kot, semua baby pun mesti suka joget. hehee.



Kuat merajuk
Sekarang ni dah pandai merajuk/protes/tantrum kalau sesuatu yang dia nak tak dapat. Kalau dia nak sesuatu, kita tak bagi dah pandai protes. Lepas tu merajuk bawa diri. Kalau melarat lagi dia akan nangis sambil bergolek kat lantai. So far perangai ni dia tunjuk kat rumah je. huhuhu. Tapi Afkar ni kalau nangis setakat ni Alhamdulillah masih senang dipujuk. So in control lagi la. Kekadang tu tak pujuk pun, buat derk je dengan dia. Nanti dia akan datang menggeser balik dengan kita ataupun buat-buat lawak tuk tarik perhatian kita. Memandangkan Afkar ni masih kecil tapi dah pandai tantrum memang menguji kesabaran. huhuhu Nak pukul memang tidak le sama sekali. So Ummi n Babah memang banyak kena belajar untuk mempertingkatkan tahap kesabaran dengan bujang sorang ni.

Nak upload video tapi tak lepas-lepas. Nape ntah. huhuhu.

Tuesday, April 2, 2013

Anak Bapak

Assalamualaikum w.b.t

Si kecil ni sekarang best friend betul dengan babah dia. Kalau nangis nak apa-apa mesti jerit Babah. Menangis nak minta tolong pun Babah. Balik dari umah BS masuk bilik carik Babah. Merajuk la Ummi macam ni. Anak Babah sungguh ler kamu ni eh. Cari ummi time nak 'nen' je.

Tengok ni ha. Dia terjaga dari tidur panjat atas Babah. Babah tepuk-tepuk boleh dia sambung tido atas dada babah. Babah dia sampai call saya minta tolong. kekeke. Tapi sebelum tolong, Ummi ambil gambo dulu. hehehe.

Pastu dia dah terjaga, sambung balik tidur celah ketiak babah.Boleh??? Tapi saya alihkan atas bantal lepas tu sebab takut leher sakit lak.

Tengok ha. Best friend Babah ni. Berkepit je.

Ok Ummi. No camera please.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...