Tuesday, February 19, 2013

Kalau dah Bukan rezeki

Assalamualaikum w.b.t

Pagi tadi saya terpaksa rela buang susu yang telah di pam sebanyak 8oz. Sebab....sebab...sebab kelalaian sendiri gak. Ada semut!!! Tak perasan. Sob sob sob. Saya kan memang tinggalkan pam kat office boleh pulak semut masuk dalam tube pastu saya tak perasan terus pam dan semut pun selamat masuk dalam botol. Dah habis pam baru perasan. Nak tak nak ku buang juga lah susu tu. Dah kurang bekalan hari ni. huhuhu. Tak pe anggap je bukan rezeki Afkar. Redha.

Pak Man's Family Gathering @ Desa Balqis

Assalamualaikum w.b.t

Hujung minggu yang lepas kitorang sekeluarga telah ke Kuala Linggi Melaka sempena family gathering yang dianjurkan family besar saya. Pak Man's Family Gathering yang betempat di Desa Balqis, Kuala Linggi.

First of all nak review dulu Desa Balqis yang kitorang stay ni. Desa Balqis ni konsep dia macam homestay. Terdapat beberapa jenis rumah : Pak Long, Balqis, Mama, Penghulu, Atuk, Pakcik, Adik & Kakak dan Nenek. Untuk keluarga besar saya ni kami memilih rumah Pak Long dan rumah Balqis. Rumah Pak Long ada tiga bilik, satu katil di hall, satu bilik air. Rumah Balqis 2tingkat ada dua bilik, satu bilik air. Tapi kedua-dua rumah ni mempunyai hall yang sangat besar. So kalau tak muat bilik memang boleh la bergelimpangan kat hall tu yerk macam yang kitorang buat. hehee. Disebabkan ada satu bilik air je so berebut la sket time nak mandi tu. Kitorang kan ramai. Kena beratur macam dalam cite P.Ramlee la jawabnye. hehee. View yang paling menarik adalah dari rumah Pak Long. Mengadap laut dan swimming pool. Beranda rumah Pak Long juga luas. Bagi sesiapa yang ingin merasai suasana kampung dan pengalaman tinggal di rumah tradisi Melayu Melaka boleh memilih Desa Balqis sebagai destinasi percutian. Selain berhampiran dengan pantai Desa Balqis dilengkapi juga dengan swimming pool, kawasan dan peralatan untuk BBQ, padang dan surau. Padang memang luas so senang nak buat sebarang aktiviti luar. Kalau tak nak main pantai boleh la juga mandi swimming pool. Makanan yang disediakan memuaskan hati. Kami ambil BBQ, sarapan dan juga lunch. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Kawasan perskitaran juga kemas dan bersih. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://desabalqis.com/.




~Rumah pak Long~

~Rumah Balqis~

~View dari rumah Pak Long~

Kami bertolak terus dari Bandar Baru Bangi selepas Zohor dan sampai di Kuala Linggi lebih kurang dalam pukul 3 lebih. Tak ada konvoi. Meeting point terus di Desa Balqis. Masa kami sampai ada lagi yang belum sampai. Tunggu yang lain-lain dulu sebelum memulakan aktiviti. Sukaneka dimulakan selepas Asar. Memandangkan cuaca on off hujan plan asal nak buat outdoor diubah indoor dan akhirnya buat outdoor juga setelah hujan reda. Permainan untuk sukaneka adalah Semakin Jauh Semakin Sayang, Gorila Comel, Radio Karat dan Bahasa Isyarat. Saya tak join sukaneka sebab jadi pengawas Afkar juri. Memang enjoy la sukaneka ni. hahaha. Lawak tol masing-masing. Tak kira bapak sedara ke anak sedara ke sume perangai dah lebih kurang. kekeke. Lepas sukaneka terus mandi swimming pool.
~Banner~

~Budak ni boleh pulak slumber duduk atas banner ingat playmat ke ape~

~Merenung masa depan~


~SUkaneka~

~Juri dan pembantu juri~

~Mandi time~

Malam pula BBQ, penyampaian hadiah dan sesi pertukaran hadiah diadakan. Saya incharga tuk sesi pertukaran hadiah. Nombor-nombor semua saya dah sediakan, masa majlis pass batton dekat adik saya untuk in charge. heheee. Ai kan ada anak kecik u olls. BBQ sume kitorang ambil terus dengan Desa Balqis. Maknanya kita tak payah buat apa-apa. Semua disediakan. Macam-macam menu ada: Nasi Goreng, Mee goreng, Kue Teow goreng, SOtong goreng tepung, Udang, Ayam, Ikan, Hot Dog, Fishball, Coleslaw, Mushroom soup, Roti. Semuanya marvellous. Kalau nak bakar sendiri pun boleh gak. Peralatan disediakan. Time semua orang sedap menjamu selera Afkar boleh belasah tido. Ngantuk sangat la tu. Bergilir la kitorang makan. SUkaneka team Mr.Teddy dapat No.2. Sesi tukar hadiah Mr.Teddy dapat jam, saya dapat duit RM 20 dan Afkar dapat jam jugak. Malam tu jugak diadakan Sambutan Birthday anak buah saya Irfan yang ke-4. Besar dah Irfan. Dah sekolah pun. Makin banyak cakap. hehehe.


~Menu untuk BBQ~

~Mr.Teddy dan hadiah~

~Hadiah untuk sukaneka dan hadiah untuk tukar-tukar~

~Saya dan duit $$$~

~Afkar dan hadiah~

~Group sukaneka Mr.Teddy~

~Mak bersama anak, menantu dan cucu perempuan. Afkar terselit sorang kat situ boy~


Aktiviti keesokan paginya bersambung dengan mandi swimming pool dan juga mandi pantai. Tapi kitorang lambat sikit. Sebab big boss lambat bangun. Malam tu Babah dia pergi memancing, dia main dengan Pak Andak sampai pukul satu baru tidur. Tak memadan dengan umur, sampai merajuk Abang Irfan dengan kak Fatin bila dia sorang-sorang conquer Pak Andak. hehehe. Afkar dah jumpa swimming pool apa lagi. Sampai menggigil-gigil. Pastu turun ke pantai. Nak turun ke pantai tu pulak mak aii tingginya tangga. Tapi SIL saya yang pregnant 7 bulan relax je turun. hehee. Mandi laut Afkar dah kurang sikit feel sebab sejuk sangat dah kot time tu. hehehe. 1st time Afkar mandi laut. Slelau kitorang bawa mandi pool je. Tapi dapat mandi pantai sekejap je sebab dah hujan.

~Ha ni la dia tangganya~


~Pantang jumpa air~

~Afkar dan Pak Itam~

~Babah melayan anak teruna~

~Kesejukan~


Dah siap bilas-bilas badan semua, susukan dia terus tido. Keletihan yang amat tidur dari pukul 10.30 sampai pukul 2.00. Lama tu. hehehe. Dari rumah Balqis tido, angkat pergi rumah Pak Long sambung tidur, Ummi pergi lunch tidur lagi. Dalam pukul 2.30 bertolak balik dari Desa Balqis. Sampai Bandar Baru bangi dlam pukul 5 macam tu.

Keseluruhannya enjoy sangat dengan holiday ni. Aktiviti enjoy sangat. Penginapan selesa. Makan sedap. Memang highly recommended untuk buat family day di Desa Balqis ni. Berpuas hati dengan semuanya. Next time boleh datang lagi=)

Bibik Lambung Bayi

Assalamualaikum w.b.t
 
Rasanya skang ramai yang dah tahu pasal kes bibik yang lambung bayi tu. Kecoh betul sekarang ni kat fb mahupun blog. Saya tengok video tu kat Berita tv3. Menjerit-jerit tengok video tu sebab rasa kejam betul la bibik tu. Tergamak die buat baby macam tu. Ingat tebar roti canai ke. Baby bernyawa kot. Tak ada hati dan perasaan ke. Kenapa kejam sangat. Mr.Teddy pun geram tengok. Isk siapa la yang xsakit hati tengok. Hope pihak berkuasa pandang serius bab ni dan ambil tidakan sewajarnya.
 
Ya ALLAH Ya tuhanku, sentiasa peliharakanlah  keselamatan,kesejahteraan dan kesihatan anakku. Jauhkan daripada perkara tidak diingini. Amin.

Like father like son

Assalamualaikum w.b.t
Jumpa gambo ni dalam album kat rumah Opah Mr.Teddy. Sebijik betul Afkar dengan Babah. Sila teka mana Afkar mana Babah. Hehe.

Thursday, February 14, 2013

Serba Tak Kena

Assalamulaikum w.b.t

Kekadang tak faham dengan orang kita. Serba tak kena kita di mata orang.

Situasi 1
A : Ko dah beli rumah?
B: Belum
A: Bila ko nak beli. Nak tunggu apa lagi. Makin lama rumah makin mahal. Beli yang biasa-biasa pun tak apalah asalkan ada rumah.

Beberapa bulan lepas tu.

A: Ha dah beli rumah belum?
B: Dah.
A: Ko beli kat mana? Rumah Teres ke? Setingkat ke dua tingkat. Bape harga?
B: Rumah biasa-biasa je. Bukan teres. Harga RM 200K ++.
A: Kenapa ko beli rumah tu. Parking susah la. Nak renovate pun susah dan bla bla bla

Situasi 2

C : D bila nak dapat baby ni. Apa nak tunggu. Umur makin meningkat.
D : Belum ada rezeki. Tengah berusaha la ni.

Setahun lepas tu

C : Anak pun dah setahun tak nak menambah ke D. D Jr pun dah pandai bawah diri boleh sangat nak jadi abang.

atau

C : Ko pregnant D? Hai anak baru setahun dah menambah. Susah ko nanti anak rapat-rapat.


Wednesday, February 13, 2013

Cuti Panjang Chinese New Year

Assalamulaikum w.b.t

Hye semua. Hari ni dah start kerja balik setelah cuti panjang empat hari. Best betul cuti lama-lama kan nak-nak lagi untuk orang seperti saya yang encik suaminya payah nak bercuti. hehehe. Korang buat apa cuti lama-lama ni? Saya ber ' ho ho holiday' dengan family in law. First time Afkar jenjalan dengan Atuk, Opah, Aunties n Uncle. Best tau=)

Hari Sabtu tengahari pergi dulu weddding anak x-boss zaman kerja Kontraktor kat Putrajaya. Jumpa la Puan Zati yang gorgeous sangat. Ai is jelez. Puan Zati santek sangat. Lama tak jumpa Puan kira lepas resign join keje skang ni memang xde dah la jumpa. Tapi saya memang boring sebab x ambil gambo. Apa daa. Dah dalam kereta baru teringat alahai nape la x ambil gambo tadi. huhuhu.

Dari Putrajaya ke Klang pulak. Dah lama Afkar tak balik rumah nenek. Sampai rumah nenek ramai yang ada. Budak kecik tu pun excited la bila ramai yang melayan. Mulut tak berhenti membebel bahasa 'german'. kekeke. Malam pun liat nak tido. Selalu tido awal. Nak-nak pulak rumah nenek ada pesta bunga api. Orang sambut raya main. Memang meriah. Melopong je mulut tengok. Babah pun sama melopong sebab kat Slim tak ada. hahaha. Alhamdulillah Afkar tak meragam n tido lena je walaupun ditemani bunyi bunga api.

Hari Ahad pagi bertolak balik ke Slim River selepas bersarapan. Sampai duduk kejap pastu terus bertolak ke Teluk Batik. Hari Rabu ke Khamis Ayah call Mr.Teddy ajak holiday ke Teluk Batik. Saya ok je. Ai kan suka berjalan. hehehe. Lagipun saya tak pernah pergi Teluk Batik. Kesian tak. kekeke. Time sampai, mak dah siap pack-pack bekalan makanan nak bawa. Best betul. Tapi saya sempat gak melantak sebelum bertolak. Tak boleh tahan woo rendang ibu mertuaku. hehehe. Ayah sewa apartmen Virgo Batik. Sangat selesa. Ada satu bilik. Bilik ada dua katil queen. Berdepan je dengan pantai. Cross jalan sikit pastu dah pantai.


~Teluk Batik kami datang~




 

~Boss tidur sambil pegang botol~

Memandangkan cuti yang lama memang ramai la orang kan. Ramai giler kot. hohoho. Saya dan Afkar tak mandi laut pun. Afkar mandi swimming pool je. Babah teman. Dah la tak nak duduk dalam pelampung pastu nak kuak lentang bagai. Hai la anak. Malam tu kitorang keluar makan kat Restoran Warisan. Satu jam perjalanan nak pergi makan kat luar sebab jalan jams, satu jam lebih tunggu makanan siap. Pergh. Nasib baik dah lapik perut dengan roti time suap Afkar makan. hehehe. Alhamdulillah Afkar pun tak buat perangai. Naik kereta dia tido penat mandi pool kot sampai ke kedai makan tido lagi bila makanan dah sampai baru dia terjaga.

~Sakan mandi pool siap nak berkuak lentang bagai~
Hari Isnin Afkar sambung mandi pool. Pastu Babah n Aunties pergi main Banana boat n drift boat kat pantai, Ummi n Afkar lepak bilik. Afkar tido. Kami check out dalam pukul 2 macam tu, singgah ke Lumut dulu sebelum balik Slim.  Picnic KFC kat tepi laut. Enjoy jer. Tapi tak beli apa-apa pun. Babah kata tak yah beli. Jalan-jalan kejap kat Lumut sebab Afkar dah ngantuk. Sepanjang perjalanan dari Lumut Afkar tido. Sampai kat Sungkai terjaga. Hari Selasa petang kami balik ke Bangi semula. Homesweethome.

~Tidur dalam kereta : Tongkat dagu, kaki silang~


Thursday, February 7, 2013

Bersendirian Part 2.0

Assalamualaikum w.b.t

Ok sambung balik cerita last entry. hahaha. Boleh pulak kannn. Secara keseluruhannya saya berjaya handle Afkar dekat luar bersendirian. Tepuk tangan sikit. kahkahkah. First time la katakan tu yang excited lebih. Walaupun Afkar telah membuatkan Ummi dia menjadi runner mengejar dia ke hulu ke hilir. Dah last-last tu tak larat nak kejo biarkan dia buat apa, tengok je dari jauh. Nak melompat ke, nak berlari ke, nak kacau nurse. Tapi agak-agak dah buat aksi merbahaya tu Ummi pun enterframe la. hehehe.

Secara terus terangnya nak mengaku kat sini saya memang jarang sangat handle anak bersendirian terutama bila kat luar. Ai memang manja mengada sket dengan Mr.Teddy. kekeke. Memang selalu Mr.Teddy yang akan handle anak. Dukung ke, tolak stroller, layan main ke - semua yang melibatkan hal anak la. Saya suap makan. Tu pun kekadang Mr.Teddy buat gak. huhuhu. Afkar bila dengan Babah dia automatik akan behave sikit berbanding dengan Ummi. Kalau dengan Ummi hmmmm....Tau tau la Mr.Teddy dah upah apa kat Afkar. kekeke. Kekadang relax je Mr.Teddy keluar rumah berdua dengan Afkar g beli breakfast ke, g kedai ke. Saya pulak yang tanya boleh tak ni. kekeke.

Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang ringan tulang, rajin tolong layan anak dan juga buat kerja rumah. Bukanlah maksud kat sini semuanya Mr.Teddy buat saya goyang kaki sambil peluk tubuh bagi arahan. Memang nak kena pelangkung macam tu. Terus Mr.Teddy berubah jadi Mr.Tiger. Ha ko jangan main-main. hehehe. Kitorang sama-sama buat kerja rumah  eh ke Mr.Teddy yang lebih  dan layan anak. Apa yang penting kerjasama.

Pada pendapat saya yang baru setahun jagung dalam alam rumahtangga memang penting saling berkerjasama dalam buat kerja seharian kat rumah. Bahagi-bahagi la buat kerja rumah tu. Tak ada la si isteri je kena buat sorang. or tak la si suami je kena buat semua. So kiranya kena la cari lelaki yang rajin. Kalau tak rajin kena la ajar jadi rajin. Penat weyh dah la kerja kat office, balik rumah kerja rumah, layan anak, layan suami eh tu wajib . Ni bukan keluhan tapi realiti kehidupan. Perlu ada give n take la. Kalau isteri memasak suami tolong layan anak. Macam tu la lebih kurang. Isteri-isteri zaman sekarang kan ramai yang bekerja, suami kena la memahami juga. Alhamdulillah Mr.Teddy jenis yang memahami. Sama-sama tolong buat kerja rumah. Si isteri pula kalau dah suami tu tolong buat kerja rumah jangan la lemak sangat "ok la u settlekan semua eh". Tolong-tolong la jugak.

Saya percaya bukan Mr.Teddy sorang je yang jenis macam tu - ringan tulang buat kerja rumah. Ramai suami yang kat luar sana dah memahami dan sama-sama tolong buat kerja rumah. Sebab kalau kat Mall banyak je ayah-ayah yang dukung anak. Bila bercerita sesama rakan diorang pun cerita yang suami maisng-amsing ada tolong buat kerja rumah.Tak banyak sikit pun jadi la. Tapi ada juga yang tak tolong. huhuhu. Ada juga suami yang memilih menjadi Mr. Mama. Kerja dari rumah sambil menjaga anak kat rumah. Menjana pendapatan pada masa yang sama melihat anak membesar depan mata.

Wednesday, February 6, 2013

Bersendirian...

Assalamulaikum w.b.t

Hari Isnin buat pertama kali dalam hidup chewah saya handle Afkar bersendirian. Handle di luar rumah. Kalau kat rumah memang dah biasa dah. Sebab kekadang Mr.Teddy kerja weekend so memang tinggal kat rumah dengan Afkar je la. Kekadang ada gak la Mr.Teddy hantar balik Klang or Slim River sebab kesian kat saya handle Afkar sorang-sorang  Manja tak ai  or agak-agak dia balik lambat sangat. Tak bagi saya tinggal berdua je dengan Afkar sampai lewat malam. Risau katanya.
Alkisah last weekend Afkar tak sihat. Start demam hari Sabtu. Stok ubat semua dah expired sebab Afkar dah lama tak demam. So ke klinik la kami ambil ubat demam. Hari Ahad pagi Afkar start cirit lak n still demam. Mr.Teddy kerja so tinggal la saya, Afkar n anak-anak buah kat rumah. Kebetulan Abang saya pergi Kelantan tinggal anak-anak dengan saya. Walaupun Afkar demam still aktif macam biasa. Alhamdulillah. Cuma risau part cirit tu. huhuhu. 
Hari Isnin bangun pagi nak bersiap pergi kerja rasa badan dia still dedar so amik keputusan untuk EL. Nak bawa Afkar pergi klinik balik. Dia pun dah 3 hari demam without batuk n selsema. Dr cakap kalau tak batuk or selsema maybe Denggi. If tiga hari tak kebah perlu ke klinik semula. Saya pun bawa la Afkar ke KPMC dengan Abang saya, Uteh. Mr.teddy kena pergi Pahang. Uteh tinggalkan saya kat KPMC then dia ke Putrajaya. Time kami ke KPMC tu dedar dah hilang n cirit dah dua kali.
Kan saya cakap Afkar ni walaupun demam aktif sama gak. So bila dah sampai ke KPMC tu die pun switch on la keaktifan dia. Mengah Ummi. huhuh. Tu la selalu Babah yang handle. Kekeke. Semua orang nak ditegurnya. Tak kira Pakcik ke Makcik ke Atuk ke Nenek ke. Yang sebaya dia lagi la dikejarnya nak ajak berkawan. Saya dah tak larat lepaskan je la dia. Ikut la anak oii awak nak buat apa. Ummi tak larat dah nak mengejo. Sume nurse-nurse ditegur. Nurse pun picit-picit pipi yang gebus tu. Ada tray beroda yang jenis bertingkat tu pun nak ditolaknya. Memang sukahati buat macam rumah sendiri.
Pastu jumpa Dr., Dr check temp dah tak demam. Check perut semua. Tanya cirit berapa kerap. Banyak ke sikit. Yang banyak lebih banyak kali ke yang sikit lebih banyak kali. Bau macam mana. Ada muntah tak. Afkar cirit lebih dari 5 kali tapi kurang dari 10 kali dalam masa sehari tu. Banyak ada sikit pun ada. Yang sikit lagi banyak kali dari yang banyak. Bau masam-masam Sorry kalau sesiapa yang tengah makan Dr. diagnose Afkar ada infection pada usus. Dr. tanya ada makan luar ke or kenduri ke. Kitorang memang ada breakfast kat luar tapi Afkar makan biskut dia. Kitorang ada g kenduri n Afkar makan buah. Dr. bagi probiotik. Luckily Afkar tak dehydrate. Alhamdulillah. Dia breastfeeding macam biasa. Cuma makan kurang selera sikit. Dr. cakap kalau by Rabu tak ok perlu datang semula n bawak stool for testing. Alhamdulillah lepas balik KPMC Afkar kembali berselera makan - Ummi masakkan bubur sebab nak air kanji kalau tak selalu Afkar dah makan nasi berbutir, dah tak demam n tak cirit lagi. Probiotik tu saya campur dalam air kanji suam.
Nak tau berjaya or tak saya handle Afkar tunggu next entry okies. TUNGGGGUUUU. wah baget MELODI sangat eh

Friday, February 1, 2013

Mengidam jeng...jeng...jeng (la sangat)

Assalamualaikum w.b.t

 Sape mengidam weyh sape???saya la yang mengidam. Mengidam amende. Ehem ehem ada isi ke? Tu la korang kan asal mengidam je ada isi. Bukan la tapi coming soon eh. Kalau dah rezeki tak tolak.

 ok sebelum korang berprasangka lebih jauh meh r kite straight to the point je. Saya mengidam jam Baby-G. Girl's generation edition. Wah perasan muda belia sangat kan.kekeke. ni la dia penangan naik lrt hari2,pastu terpampang beso2 iklan jam mau tak jatuh hati dah salahkan billboard lak 

Bila dah ngidam tu saya pun luahkan la kat Mr Teddy yang saya nak jam tu.Chewah. Cakap direct je xde berbunga2 bagai "Dy, i suka la jam baby g. Yg girl's generation edition tu. Nanti anniversary u blanje i jam tu yerk." Ha ko memang xde berkias2 kan. Kekeke.

Sabtu tu kitorang g Mid Valley sebab ade orang teringin durian crepe. Mr Teddy la tu. Die bukan mengandung eh tapi MENGANDUNGi lemak.Hehehe. Pastu boleh lk Mr.Teddy terus offer carik jam. Wah biar betik. Kita nak as anniversary punye present la. Mr Teddy kata xpe die bagi in advance. Ape lagi kan. Tak toleh2 belakang dah la kan. Kang ditarik offer tu muncung sedepa. Hehehe.

 Pergi kedai jam terus tanya Baby G ade tak. Girl's generation edition. Mesti orang kedai tu ingat saya 'kipas susah mati' girl's generation. Kahkahkah. Lantak le. Bukan...bukan...tidak sama sekali. Dorang pun saya tak kenal. Tapi sangat suka dengan design jam tu.Carik2 jumpa la jam idaman hati tu. Tapi banyak nau sampai tak tau nak pilih. Rambang mata. Ko memang kan airen. Finally pilih gak yang berkenan. Thanx Mr Teddy belanja kita jam. Love u so much. Dah dapat terus senyum sampai telinga. Bila pakai terus rasa muda 10 tahun. pang diri sendiri

Mine =)

ni la iklan yg sy tengok hari menbuatkan saya tergoda...kekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...