Monday, December 9, 2013

The Big Bad Wolf Book Sale

Assamualaikum w.b.t

Sekarang ni sedang berlangsung The Big Bad Wolf (BBW) Book Sale kat MIECC @ The Mines. Kengkawan jangan ketinggalan hokey. Event ni start 6 Dec sehingga 15 Dec 2013. 24 hrs. Serious tak tipu berbaloi-baloi dan puas hati borong buku kat situ. Boleh dapat buku serendah harga RM1. Kalau yang buku kanak-kanak kulit keras RM 5 dapat dah. Mana mau carik lagi. Boleh beli buku stok setahun. 

Start last year memang buku-buku Afkar, saya borong time BBW ni. Murah dan boleh dapat banyak. Macam tuk Afkar saya banyak belikan dia buku-buku yang bergambar dan jenis kulit keras. Tau je la anak-anak lelaki ni kan beli yang jenis kertas kang x sampai berapa lama dah innalillah. Sebenarnya saya pun bukan aim nak suh dia pandai terus semua tu. Tapi sekurang-kurangnya adalah sesuatu yang dia belajar. Secara tak langsung boleh terapkan budaya minat membaca dekat anak-anak. Afkar kalau jumpa buku automatik dia akan selak dan buat gaya membaca (walaupun bahasa dia). Pastu time ajar pun xde la sampai berjam-jam. Beberapa minit cukup dah. Esok tunjuk lagi, buku lain pulak. Kalau lama-lama sangat, dia pun boring. Kalau g jalan mana-mana, ada spare 1-3 buku dalam kereta. Kebanyakan buku-buku yang diborong memang berguna=)

Last year kitorang serang time dah hujung-hujung, buku yang tinggal pun sendu je la. Banyak dah habis. Tahun ni ajak Mr. Teddy g awal. Plan asal nak g lepas Subuh hari Sabtu. Tapi takut ramai orang so ubah plan g awal sket. So kitorang gerak dari rumah pukul 2 pagi. Gigih tak gigih tu. Tak pe buku punya pasal. Mr.Teddy pun layankan je la kerenah bini dia ni ha. Dengan Afkar sekali dihangkut. Ye la kalau tak bawak mana pulak Afkar nak tinggal kan. Malam tu saya dah tidur awal siap-siap. Dengan Afkar sekali dipaksa rela tidur. Selalu budak tu belum pukul 12 mana dia nak tidur. Mr.Teddy je tak tidur. Kang takut terlajak tidur lak. Masa nak kuar tu Afkar nangis-nangis sket sebab kena kacau tidur. Sampai dalam kete die majuk dengan saya. Dalam hati doa banyak-banyak jangan la dia buat perangai. Kang BBW ke mana lak. Time dalam kete Afkar sambung tido. Bila dah sampai kat MIECC pukul 2.30 tu dia terjaga balik. Risau je die meragam. Alhamdulillah Afkar behave je bila letak dalam stroller=) Senang omak eh nak pilih buku. 

~Anak beranak muka redha kena layan kerenah Ummi. hahaha~

Otw nak masuk hall tu jumpa Leenda group gojes kat luar. Si Asyraf tengah duk berlari pukul 2.30 pagi tu. hehehe. Leenda kata kat dalam ramai orang. Lama gile beratur nak bayar. Cuak dah dengar. Larat ke mak buyung ni. Dah sampai kan, redah je la. Memang ramai orang pun, tapi still selesa la nak tolak stroller n bag beroda. Saya tukang tarik bag n pilih buku, Mr.Teddy tukang tolak stroller. Ok sebelum terlupa, nak share sket tips nak g BBW ni sebab kitorang dah belajar dari last year punya pengalaman.

1. Checklist Buku

Sebelum pergi tu kalau boleh sediakan senarai buku yang nak diborong. Mana nak tau senarai buku yang ada, korang boleh masuk website BBW. Saya susun buku ikut genre. So boleh jimat masa sebab dah tau kat mana nak dituju. Menangis ler gak kalau nak go through setiap genre yang ada lebih 3juta buku tu. Macam tahun lepas pergi terkejut besornye tempat-banyaknye buku. Pastu blur nak pergi mana dulu. End up tertinggal nak beli banyak buku yang best. Tapi dalam list tu ade gak yang tak beli  pun hehehe. Sebab tak sempat nak review satu-satu. So senaraikan seberapa banyak bila kat sana baru tapis mana yang sesuai n tak. Ada jugak yang dalam list tak jumpe. Sob sob sob. Tapi tak larat nak jalan dah. Secara keseluruhan list tu memang membantu. 
~Siap list di tangan~

~Kemain kusyuk menelek buku. Nak beli ke x~

2. Bag beroda

Pengalaman dari tahun lepas organizer sediakan kotak nak isi buku. Rebeh gak bahu kalau nak usung buku dah banyak-banyak tu. So kitorang siap-siap bawa bag beroda. Semua sumbat dalam tu, pastu tarik je. 
~usung bag beroda ha~

~Puas hati penuh bag isi buku~


3. Stroller

Bawak stroller nak letak Afkar memang membantu. Dia duduk je dalam stroller tu sambil upah buku suh die belek. hehehe. Ramai yang bawa anak-anak ketiduran selesa dalam stroller. Macam Airiell anak Anis lena tol dia tidur dalam stroller. Si Afkar tak tidur pun tapi duduk diam la jugak dalam stroller tu. Dah upah buku kan. Mak Pak pun boleh memilih buku dengan tenang. 
~Siap berselimut bujang sorang ni~
~Dapat upah buku, senyap la dia.~
~Si Penunggu Buku. Sementara Ummi carik buku lagi~

4. Elakkan peak hour

Kitorang sanggup berjaga tengah-tengah malam tu meredah BBW demi nak elak bersesak-sesak punya pasal. Masa kitorang sampai around pukul 2.30 pagi tu still ramai. By the time nak balik dalam pukul 4 pagi tak ramai dah. Sekejap je beratur nak bayo. Kawan-kawan yang update datang awal daripada tu kemain ramai orang. Berejam nak beratur kat cashier.

~Suasana dalam hall. Pukul 2.30 am - 4.00am~

~Yeah xramai kat cashier. Kejap je beratur~

Tengah round-round mencarik buku tu Mr.Teddy boleh pulak terjumpa kawan dia Aley n wife Tasha. Pastu Mr.Teddy pun melepak dengan Aley kat tempat makan sambil saya carik buku. Afkar ikut Babah. Saya abiskan masa dua jam kat BBW dengan hasil borongan sebanyak 25 buah buku (termasuk buku, flash card Afkar n buku2 Ummi Babah) dengan kos RM170. Buku untuk Afkar jenis yang kertas keras tu. Flash card Disney dapat rm3. Buku Ummi n Babah pun tebal-tebal dapat RM10-20. Puas hati weyh. Berbaloi-baloi. Tunggu tahun depan BBW kembali kita borong lagi. 


~Buku ummi n babah~

~Buku-buku Afkar. Selamat menjadi ulat buku yer anak Ummi~

~Amboi seriousnye cam nak study tuk SPM je.~

~Ok good boy. Dah habis tengok, simpan dalam kotak~

3 comments:

  1. tahun depan kena saving duit byk2 duit bbw ni!seronok shopping buku kan airen

    ReplyDelete
  2. kak mi lupa bawa luggage padahal dah siap ready...nasib baik ada stroller fayel hehe

    ReplyDelete
  3. Tmah~aah setuju timah...daku banyak pilih buku tapi Babah Afkar pun baaaannnyak tapis gak takut over budget...prffftttt...dari awal tahun dah kena menabung ni. hehehe.

    K.My ~ saya sebelum tdo dah letak kat pintu siap-siap stroller dengan luggage. takut tertinggal punye pasal.hahaha. semangat tol.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...