Wednesday, December 18, 2013

Majlis Perpisahan untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum w.b.t

Last week saya dapat jemputan dari staff office lama, diorang nak buat farewell untuk saya. Awww terharunye. huhuhu. Ingat jugak korang kat den ni erk. hehee. Diorang plan nak buat hari Rabu. Saya pun on je la. Sekali pada hari kejadian saya ada discussion pulak. sob sob sob. Diorang jemput pukul 11.30 tengahari. Saya pukul 12 baru gerak dari office. Naik lrt. Sian diorang dah kelaparan masing-masing.

Sebaik saya sampai je majlis pun terus start. Dimulakan dengan bacaan doa, pastu ex boss punya ucapan. Sedih pulak rasa. Banyak kata-kata nasihat dan penghargaan yang ex boss sampaikan. Terkesan di hati. Chewah. Pastu saya pulak kena bagi ucapan. Nebes ai tau. Tak prepare text pun. kekeke. Belasah je la labu. Banyak yang saya kutip pengalaman dan ilmu kat office lama. Saya bersyukur 1st posting dah ditempatkan di situ so banyak yang saya belajar dari A - Z. Mudah-mudahan dapat saya praktikkan sepanjang saya berkhidmat segala ilmu-ilmu dan pengalaman yang saya ada tu. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah. Saya dapat hadiah besar punya. Terkejut. Tq korang. Suka sangat hadiah yang korang bagi. Memenuhi citarasa.
~Boss besar n 3rd boss~


~Dapat hadiah~

~Besar punye~

~Taraa ni lah die hadiah yang saya dapat. Handbag besar. Idaman kalbu~

Selain dari celebrate farewell untuk saya diorang ada gak buat celebrate birthday tuk bulan Oct - Dec. Saya pun termasuk. Yeah. Marilah kita memotong kek. Lepas tu makan-makan. Banyak tol menu. Menu diorang order nasi briyani. Lauk sedap-sedap. Pastu ada gak dessert pot luck masing-masing bawak-bawak. Diorang siap sempat usik saya "hari ni tak ada pisang eh Airen." Hahaha. Saya kan peminat tegar pisang. Pastu klu potluck mesti kije saya bawak pisang. hahaha. Sebab tu yang senang.


~Celebrate birthday Oct - Dec~

Borak-borak kejap pastu saya pun balik office. Nak amik gambo dengan semua orang pun xsempat. Lupa. huhuhu. Pastu kelam kabut nak balik office. Sempat salam-salam, peluk-peluk je. Barang-barang kat office lama pun tak amik lagi. Ntah bile la nak amik. huhuhu. Mr.Teddy busy. Tq korang bersusah-susah organize ferewell untuk saya. Terharu tau.

3 comments:

  1. seronok kan bila kita di hargai..pasti byk kenangan disini..

    ReplyDelete
  2. Yatie~ terkejut gak dapat handbag...dah r menepati citarasa...

    Ana~banyak sangat kenangan manis, pahit, suka, duka kat sini...Sedih gak dah pindah ni =)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...