Thursday, December 26, 2013

Cuti-cuti Malaysia : Johor [Legoland, Danga Bay, Johor Premium Outlet] - episode 2

Ok sambung balik cerita daripada entry ni.

Time otw nak kuar tu mood Afkar dah kembali ok. Alhamdulillah. Sempat ler gak ambil beberapa keping gambo kat Miniland. Hujan pulak turun. Payung ada satu je. Nak tak nak Mr.Teddy kena beli lagi satu payung kat dalam. Nak makan kat dalam tu memang tak la kot. huhuhu. Mahal!!! Kat luar ada banyak gak choice nak makan. Jangan risau k. Harga standard. Plan asal nak keluar sekejap isi perut pastu masuk balik. Kalau nak keluar sekejap then masuk semula korang kena inform tau. Nanti staff kat entrance tu akan cop tangan. Afkar kat luar kemain good mood lagi. Macam bukan dia yang mengamuk teruk tadi. Mak saya pun pelik. hahaha.  Kemain berselera makan. Lepas dah kenyang isi perut cam malas pulak nak masuk balik. Kitorang lepak je la luar sementara tunggu yang lain keluar. Nasib baik gak kitorang kuar dulu, tunggu diorang semua abis main dekat pukul 4. Mak aii. Memang bukan setakat keroncong dah perut berlagu, rock metal kot. hahaha. Afkar pun berlari-lari keriangan kat luar pastu siap tertidur lagi kat bahu Babah. Kesimpulan yang dapat dibuat dengan kisah amukan Afkar adalah dia tak sihat + mengantuk + cuaca panas = Afkar aptb. hahaha.



~Legoland Express. Ni merasa gak naik time Afkar ketiduran~

~Babah je la posing, Afkar tidur~


~Miniland. Dah hujan time ni. Banyak gak model bangunan yang ada. Tak dapat nak amik sume. Semuanya daripada lego ok.~



~Tidur melopong di dada babah~

Boleh dikira berapa jenis game je yang kitorang merasa main kat dalam. Actually masa mula-mula nak pergi Mr.Teddy dah berat hati kebetulan kitorang kan baru pas repair kereta kena sampai RM700 lebih so budget lari sket r. Lagipun dah tahu mesti banyak yang Afkar tak lepas nak main kat dalam tu. Tapi bini dia ni degil bebenor nak pergi sangat. huhuhu. Memang x sangka langsung la yang Afkar akan buat amukan selama kira-kira kan hampir 2 jam kat dalam Legoland tu ha. Dah cakap kat Mr.Teddy kena repeat lagi ni nak pergi. Mr.teddy bagi jelingan maut je. hahaha.

Balik dari Legoland terus tidurkan Afkar. Lama gak dia tidur. Bila dah maghrib tu kena gak la kejut. Dia x nak bangun, saya bangun slow-slow nak g solat dia pun terjaga sama. Menangis. Babah pujuk-pujuk ajak mandi. Mandi dah macam orang kena dera. Menjerit-jerit. Ya Allah. Tak tau la nape Afkar. Saya memang dah stress dah time tu. Ajak Mr. Teddy keluar. Bawak Afkar jenjalan. Kot-kot dia nak ok. Kitorang pergi jenjalan kat Danga Bay konon-konon nak mengimbau kenangan 1st time jumpa Mr.Teddy kat Danga Festive Street Mall tu. Time tu couple pun lom lagi. Sekali tinggal kenangan je la Danga Festive Street Mall dah dirobohkan tengah construction high rise building. hahaha. Lawak-lawak. Pastu g makan steamboat kat Dataran. Teringat lak zaman student kat UTM. Alhamdulillah mood Afkar ok je kat luar dengan kitorang. Tu yang agak pelik bila Afkar bertiga dengan kitorang dia macam biasa, tak ada ngamuk-ngamuk. Bila balik rumah or ramai-ramai dengan family saya dia mengamuk kaw kaw. Perasan dari malam 1st tu lagi sampai ke Legoland sampai ke malam 2nd pun macam tu. Saje ke hape nak tunjuk perangai pun tak tau r tu. 

~Muka Afkar seposen je. Baru bangun tidur~

~Nampak lampu excited. Cakap dah kat Mr.Teddy boleh bawak g I-City tengok lampu.~

~Ceria dah. Berkejaran. Happy dapat belon~

Day 3

Budak kecik tu mood ok je hari ni. Alhamdulillah. Demam pun dah kebah. Keluar dari homestay menuju ke rumah kawan Alang dekat area Kulaijaya. Breakfast. Patutnye lepas dari Johor ni kami akan ke Melaka. Ada kenduri kahwin sepupu. Tapi memandangkan semalam dah mengadap episod amukan takut berulang lagi hari ni so kitorang decide tak follow pergi kenduri. Kitorang pergi JPO. Sekali rupanya Alang n family pun nak pergi JPO. kehkehkeh. Kat JPO tak banyak pun shopping. Mr.Teddy dapat baju memancing sehelai (Mr.Teddy kata murah), Afkar punye adalah dalam 2-3 helai gak beli kat Cotton On Kids. Murah-murah gak r. Short pants dgn tshirt RM 15 dah dapat. Untuk saya perfume. Tu pun kebetulan memang nak carik sebab perfume hilang tak tau mana dah Afkar campak. Butik-butik banyak yang tak biasa dengor jadi takut nak masuk. Apa-apa ntah. hahaha. Kitorang masuk butik yang biasa dengor je. kekeke. Lagipun modal tak berapa nak ada, so kita window shopping je la. Tapi makan kat JPO macam payah sket tak pernah dengor pun nama restoran. huhuhu. Takut nak masuk macam high class je. Tak tau la kot-kot kitorang yang xjumpa. Kitorang singgah makan n solat kat R&R je.
~Contact number homestay. Selesa sangat homestay ni. Sesuai untuk family besar saya~

~Kat rumah kawan Alang. Mengadap TV~


~Afkar membuli Babah. Babah practise dah beranak dua nanti camne. Bahaha~

~JPO yo!!!~

~Moh le kite window shopping~

~Sapa ade kerja kosong nak offer, boleh upah ini budak.~

~Naik kete terus tidur~

Dah penat berjalan sampai Bangi lebih kurang pukul 7. Jalan jams kat highway tapi kitorang potong ikut LEKAS, so lekas la sket sampai. Kaki mak buyung lenguh habis berjalan punya pasal. Time berjalan ko tak ingat pulak sakit semua tu eh. Hahaha. 




1 comment:

  1. Selamat cuti ! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* villa 827

    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...