Tuesday, December 24, 2013

Cuti-cuti Malaysia : Johor [Legoland, Danga Bay, Johor Premium Outlet]

Assalamualaikum w.b.t

Dah bulan 12 ni mood holiday pun mula lah on kan. Walaupun anak belum sekolah pun lagi tapi anak-anak buah ramai yang dah sekolah. So, cuti sekolah la pilihan terbaik supaya semua orang pun boleh join. Baru-baru ni kami sekeluarga join family besar saya bercuti ke Johor. Kitorang gerak agak lewat sebab si bujang tu lambat bangun. Kebetulan malam tu Afkar demam panas. Pukul 3 pagi pergi klinik minta ubat montot sebab ini budak susah gile nak makan ubat. Pastu dengan barang xsiap pack lagi. hahaha. Kantoi. Mr.teddy kejut suh packing bag tapi liat gile nak bangun. Jawapannye subuh-subuh tu le baru mengemas bag. Kelam kabut. Sume dah menunggu kat R&R Ayer Keroh baru la kitorang sampai.

Kitorang stay kat homestay area Taman Perling. Semua kakak saya yang uruskan. Selesa ler gak homestay ni. Ada empat bilik tiga bilik air. Dua bilik di bawah, dua bilik di atas. Kalau family besor macam kitorang ni memang selesa le. Tak muat bilik, kat hall pun boleh bergelimpangan. Hall dia besar. Dapur pun besar n peralatan memasak macam periuk, kuali pun disediakan. Sepanjang kat sini memang akak-akak saya memasak sendiri je. Kitorang masing-masing bawak bahan-bahan je. Tak ada makan luar. Siap buat breakfast nasi lemak lagi kooo.

Day 1 sampai Johor Afkar still demam. Tetiba time tidur petang tu dia menggigil-gigil. Rasanya sebab sejuk sangat kot. Dah le pasang aircond, pasang kipas lagi. Saya pun kesejukan. Selalu kalau Afkar demam memang saya tak pasang air cond. Kalau panas sangat pakaikan sleeveless n pasang kipas je tuk turunkan suhu. Cuak gila saya time tu. Terus kejutkan dia bangun. Peluk dia ketat-ketat. Lap-lap dengan air suam, masuk ubat bontot. Mr.teddy dah bebel-bebel apsal tidur dalam aircond dah tahu anak demam. Lepas dari tu terus mood Afkar ke laut. Mengamuk je tak boleh salah sikit. Mengamuk yang bukan sikit-sikit yer kawan-kawan. Kaw kaw punya. Demam on-off. Bila habis kesan ubat suhu naik balik. Asyik cakap je "Die buat...die buat". Selagi tak babab sape yang dia tunjuk tu selagi tu la dia mengamuk tak berhenti. Susah gile nak pujuk. Maybe badan xsedap sebab demam kot ditambah pulak kesan ubat agaknya. Afkar xpernah la mengamuk lama-lama macam tu time kat rumah. Ada la gak dia buat perangai tapi xde la payah sangat nak dipujuk. Culture shock Ummi n Babah dibuatnya. Sepatutnya malam tu kitorang plan nak jenjalan mengimbau kenangan kat tempat 1st jumpa. Sekali nan ado la bila anak dah tak sihat.

Day 2 pergi ke Legoland. Afkar still dedar-dedar badan dia. Kat luar tu die dah start merengek-rengek. Tak nak duduk dalam stroller. Suh duduk dalam carrier pun xmau. Jalan pun tak nak. Berdukung la jawabnya dah semua tak nak. Pastu sampai kat Legoland belum bukak lagi. Kena la beratur dulu. Tapi ok la x ada la ramai sangat orang. Mood kat luar on-off. Kekadang merengek, kekadang berlari-lari. Pastu ada maskot Legoland, elok je die bergambar sekali. 

~Tengok xnak bergambo. aptb~

~Biarlah ummi posing sensorang dah awak x nak kannn~

~X ramai sangat orang~

~Mood tengah elok~

~Berlarian~

~Dapat salam Maskot Lego~

~Maskot Lego~

~Bergambo dengan maskot lego~

Sebaik je melangkah ke pintu masuk Legoland terus melalak. Ahdoyai. Nangis macam semalam punya teruk. Ummi pun rasa nak join sekali menangis Afkar oii. Rasanya sebab badan dia tak sihat plus dia mengantuk time tu. Tapi dah kalau susu pun tak nak, dodoikan kat bahu pun tak nak camno nak buat. Babah pun time tu mood dah lari. Ye la anak mengamuk kan. Last-last Afkar tertidur kat bahu saya. Sempat ler gak saya bawak die naik train Legoland Express pusing-pusing. Pastu terjaga sambung mengamuk lagi. Kitorang bawa pulak dia main plane kat Lego City Airport. Ok senyap. Dah naik tu x nak turun pulak. huhuhu. Ngamuk balik. 


~Driving school~

~Anak-anak buah saya siap sedia nak mulakan perjalanana~

~Anak buah saya, Amin~

~Korang rasa Babah ke anak yang excited naik plane ni. hahaha~

~Naik plane dengan Babah~


Bawak pulak main tembak-tembak bola kat Pharoah's Ravenge. Happy la dia time tu. Sekali Babah pulak tercedera sikit kat situ. Ada bapak orang baling bola tepat kena mata Babah. Ahdoyai. Ada je hal. Merah kot mata Mr. Teddy. Dah le orang tu x mengaku dia yang buat. Mr.teddy dah berangin je. Terpaksa keluar sambung main pulak kat Lost Kingdom Adventure. Tembak-tembak. Ntah apa yang ditembak pun saya tak tahu. hahaha. Belasah je la labu. Lagi sekali Afkar tak nak turun. Pastu bawak pulak main kat Duplo Playtown. Leka la Afkar kat situ. Sebelum tu sempat gak Afkar mengamuk nak botol air Legoland. Melayang duit Babah ko nak oii. Pastu pergi tengok movie 4D lak kat Lego Studios. Die senyap je time layan movie tu. Dah abis tu kitorang stop solat. Time solat Afkar dengan Mr.Teddy. Tertidur. Lepas solat tu saya berpecah dengan family saya. Mak ikut kitorang. Sebab diorang nak terus pergi main roller coaster. Saya bukan boleh main pun. So kitorang plan nak tunggu kat depan je. Nak isi dulu perut yang dah berkeroncong. 

Kiranya hari kitorang kat Legoland dipenuhi dengan amukan Afkar je la. huhuhu. Nak tau episod amukan berterusan ke or berhenti kite tunggu next entry yerk. Panjang nau le pulak entry ni nak sumbat sume cite.

2 comments:

  1. amukan afkar tu macam comel je macam comel je..haha!
    next year pergi lagi airen.pergi berempat pulak ye =)

    ReplyDelete
  2. Ummi die lagi sket nak tukar jadi hijau Tmah tengok 'kecomelan' die mengamuk...hahaha. Geram je aku tengok.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...