Tuesday, December 3, 2013

Afkar is Turning 2 : DIY Projects # Pocoyo Theme

Assalamualaikum w.b.t

30hb November lepas kitorang ada buat majlis meraikan birthday untuk Afkar. Panggil kengkawan n family je. Ok hari ni nak update dulu pasal #DIY projects untuk birthday Afkar. Tapi taun ni tak banyak sangat yang sempat nak DIY. Kekangan masa. Bz pindah randah office sebelum birthday Afkar aritu. Nanti esok-esok update entry yang lain ok. Kitorang Saya decide pilih #temaPocoyo dalam majlis birthday Afkar. Sebab Afkar teramat la minat dengan Pocoyo. Sampai Ummi dia ni pun dah naik hafal nama-nama karakter dalam Pocoyo tu ha. 

Masa saya sibuk DIY tu Afkar nampak je dia terus jerit "Yo!!!Elly!!!" hahaha. Saya ni memang suka bab DIY ni sebab boleh jimat baaaaanyak sangat. hehee. Design sendiri- bawak g kedai-print. Ada gak yang print sendiri. So mana yang boleh kita buat sendiri tu, DIY je la erk. Afkar punya birthday last year pun saya banyak DIY [entry kat sini]. Entry ni akan banyak gambo yerk. Ampun.

Antara yang sempat nak DIY semestinya #doorgifts. Saya guna paper bag yang orang bungkus goreng pisang tu je. Beli kat kedai hardware. Banyak boleh dapat. Harga tak silap tak sampai RM 10 pun. Masih menggunakan paper clips yang boleh dijadikan bookmarks untuk klip bag agar tak terbuka. Pastu tampal sticker bentuk '2' - simboliknya as Afkar is turning 2. Sticker kertas kilat tu saya print kat kedai. Dia print banyak-banyak sticker saiz kecil dalam sekeping A3 besar n A4. Perlu gunting sendiri. Isi kandungan dalam doorgift lak ada kismis, party pack (mask, blower, balloon) n colouring book. Party pack saya beli kat GM. Colouring book tu pulak DIY. Saya search free printable colouring book kat internet dan jumpa website ni. Macam-macam cartoon ada tau. Boleh pilih mana yang berkenan.

~Paper clips yang boleh dijadikan bookmarks.~


~Gigih omak awak Afkar sampai pergi Klinik Kesihatan pun usung ni ha nak potong. Kang tak sempat siap lak~


~Doorgifts~

~Doorgifts dah siap-siap susun~


~Colouring book~


Selain, door gifts #menu label untuk buffet pun saya DIY gak. Dah siap-siap buat minta tolong Mr.Teddy printkan. Deco balang n bekas tuk #candybuffet yang tak berapa nak candy buffet pun DIY. Balang kaca beli kat Daiso. RM5 satu. Yang tuk mentos n Cumi saya guna balang plastik je. Sebab senang budak-budak nak ambil n elak pecah. Deco tuk balang kaca n balang plastik tu beli kat kedai RM2.


Projek DIY lain antaranya #welcoming board dan #guestbook. Welcoming board tu guna card board yang jenis plastik tu je. Pastu tampal poster Pocoyo saiz A3. Simple. Guestbook pula saya bind sendiri then balut dengan kain felt.
~Masuk-masuk terus nampak~

~Welcoming board. Simple je~

~Guestbook. Saya ambil tempahan untuk guestbook kalau ada yang nak menempah~

Ha ni last sekali yang saya dapat siapkan. Happy Birthday Afkar garland. Template garland print dari website Martha Stewart. Tapi bentuk dia bulat-bulat. Cam kecik je. So saya tampalkan kat kertas biru bentuk segitiga tu. Tambah sket deco sticker pocoyo memang ada saje-saje print.


~Happy Birthday Afkar Garland~

Ok abis dah. Tuk kawan-kawan kalau nak jimat banyak DIY la. Serious tak tipu punya memang jimat. hehee. Tapi sesapa yang tak ada masa nak DIY boleh le menempah gak. Saya ambil tempahan tuk guestbook. Eh iklan pulak. hehee.


6 comments:

  1. tula kami geng besday jan ni nak minta tolong airenz design boleh..huhuhu nnt roger wasap gojes

    ReplyDelete
  2. Huhuhu. Kalau la daku kretip memang semua benda daku nak kretip. Tapi nan hado. =_='

    ReplyDelete
  3. K.Mimy~boleh je...hehehe...k nanti ape2 roger kat wasap gojes yerk...

    yatie~Daku pun xde kretip sangat...belasah je ni. Tq kat google banyak bagi idea. hehee.

    ReplyDelete
  4. baru ku tahu airen pun kreatif jugak orgnye..hehehe

    ReplyDelete
  5. Olorrrrr..mama afkar rajinnn sgt,,c omel kesemua :) hepi belated bday afkar :)

    ReplyDelete
  6. Tmah~sket2 boleh la...hehehe...

    Ros~tq. Ni pun curik-curik gak time nak jimat punye pasal.hehee.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...