Wednesday, October 23, 2013

Tak Sihat Lagi...

Assalamualaikum w.b.t

Lepas kes kena drip gara-gara alahan yang teruk Alhamdulillah saya semakin ok. Selera makan kembali pulih. Suka bebenor. Sebab bila tak selera rasa hilang satu nikmat. huhuhu. Siap sempat pow Mr.Teddy makan dekat The Manhattan Fish Market, Alamanda lagi. Belated birthday treat. Masa raya haji pun selera la melantak rendang n ketupat mak. hehehe.
Tup tup hari Khamis lepas tetiba saya rasa seram sejuk dengan sakit kepala semacam. Sampai rumah dah gigil-gigil. Rasa badan tak demam tapi sejuk semacam. Ambil Afkar pun saya tak dapat nak layan sangat. Buat hal sendiri je la dia. Sian anak Ummi. Telan PCM yang doctor bagi. Lepas tu baru lega sikit kembali berpeluh. Baru boleh packing barang nak balik Slim.
Malam tu kitorang balik Slim River. Hari Jumaat kitorang laki bini cuti sebab Sabtu ada majlis kat rumah mertua. Sepanjang jalan tu saya kesejukan. huhuhu. Mr.Teddy dah buka aircond paling xsejuk pun, saya tetap mengigigil-gigil. huhuhu. Saya pulak pakai short sleeve. Tak teringat nak sarung sweater ke apa. Sebab sebelum bertolak tu saya macam dah ok. Dah berpeluh. Alhamdulillah Afkar tidur je sepanjang perjalanan tu. Sampai ke rumah Opah dia tidur.
Jumaat tu bangun tidur still tak ok. Terbaring je satu hari. Mr.Teddy ada belikan Kool fever, saya tempek kat dahi n kat belakang. Saya tak demam, tapi saya kesejukan. Padahal mana ada buka air cond segala. Kalau boleh kipas pun xnak buka sebab sejuk. Sakit sendi-sendi semua. Mr.Teddy risau kalau saya denggi. Tapi saya tak rasa saya denggi. Sebab saya memang kalau sejuk sangat boleh sakit kat sendi-sendi. Selalu kat office camtu. Mr.Teddy ajak g spital. Saya tak nak. Takut kena amik darah kang kena tahan ward ke. Esok umah mertua ada majlis. Saya telan PCM je nak bagi lega. Lepas telan tu ok la sket. Berpeluh. Bila hilang kesan, sejuk balik.
Alhamdulillah hari Sabtu saya dah ok. Tak sejuk, tak sakit kepala, xsakit sendi. Ala tapi still duduk saje gak. hahaha. Bukan buat kije pun. Layan Afkar je la. Tu pun ramai gak orang lain yang jadi tukang layan. Nak jadi cerita lak malam tu lepas kenduri Afkar lak kena cirit birit. Pagi-pagi buta tu hokey. huhuhu. Kejut babah time tu kalu, memang tak dilayan le. Nak-nak pulak satu hari dia penat dah jadi oarng kuat majlis. Mr.Teddy time lain memang dia layan je apa ko suruh, tapi time pagi-pagi buta, time dia tidur - harap maaf. Setiap sejam Afkar bangun cirit sampai tertembus-tembus. Dari pukul 2.30 sampai 6.30 pagi. Dari pukul 4.30 sampai lepas subuh tu saya dah tak tidur. Stand by je kalau-kalau Afkar cirit, boleh terus bawa g toilet. Sian tengok Afkar. Afkar dah letih dah agaknya sampai saya pakaikan pampers pun dia terus tertido. Tak de nak lari-lari sana sini dah sambil Ummi menjerit-jerit jadi tarzan macam selalu. hahaha.
Pagi Ahad Alhamdulillah Afkar tak cirit dah. Saya pulak kena selsema. Selsema berlarutan sampai hari Selasa. Hari ni baru ok. Tak pernah saya kena selsema teruk cam ni. Rasa nak cabut je hidung. Tak selesa n pening kepala. Pergi klinik dr suh spray air ape ntah kat hidung yang tersumbat. Pergh lega gila rasa.
Sepanjang saya tak sihat tu, memang saya tak online langsung. Tak dapat menjemah dengan gang whats app, tak blogwalking, tak jengah fb, tak jengah IG. Jadi katak bawah tempurung sungguh ler kira. Tapi sejak-sejak saya mabuk kepayang ni memang dah jarang sangat saya online. Kawan-kawan pun ramai tanya. Mabuk weyh tengok hp. Korang ada ke macam saya? Sampai tengok hp pun mabuk. Bila scroll hp tu kan jadi pening.


2 comments:

  1. Insyaallah itu perngorbanan kan airen.. Semoga semua dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  2. Tu la dia ros...pengorbanan seorang ibu...kita xsehat pun xpe la janji baby sihat je=)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...