Monday, October 28, 2013

PLAYROOM : MAKE - OVER BILIK SEDIA ADA

Assalamualaikum w.b.t

Tetiba Afkar dah ada playroom sendiri. Macam tak caya lak. hohoho. Sebabnya umah kitorang ni Apartmen 3 bilik je. Tiga-tiga bilik sedia ada tu ada kegunaan tersendiri. So selama ni Afkar punya play area kat ruang tamu je la. Pastu bila ada tetamu nak datang kelam kabut mengemas semua toys. Pastu bila baring-baring nak tengok tv kat situ ler jugak toys dia berlonggok. Dah bape kali terpijak terutama yang kecik-kecik tu. huhuhu. Budak kecik ni pulak ikut mood dia, kekadang 'baik hati' or 'terlebih rajin' dia tolong la Ummi kemas. Kalau tak, hmmmm nan ado je la.
Ni jugak penangan Ros Anis yang bagi galakan kat blog dia tuk make over bilik sedia ada jadi playroom. Terus semangat kooo lepas baca blog Anis. Betul kata Anis, xyah modal besar  n ruang besar pun. Pastu pulak ada kejadian berasap dengan Afkar bila dia sepah-sepah toys dia. Geram punya pasal kumpul semua toys dia campak dalam bilik. Ha senang cite, xyah main langsung. Tapi sian pulak kan. Pastu terus message Mr.Teddy (masa ni Mr.Teddy outstation) bagitau yang Afkar nak kena ada playroom sendiri. Tak ada sepah-sepah lagi kat ruang tamu. Mr.Teddy balik dari outstation, sambung discussion. Yeah Mr.Teddy setuju. Persetujuan Mr.Teddy penting sebab dia yang nak menghangkut semua barang nak dialihkan. hahaha. Nak cari bilik mana pulak yang nak dikorbankan. Saya cadangkan bilik lain, tapi Mr.Teddy xsetuju, sebab kegunaan bilik tu lebih penting dari bilik yang Mr.Teddy cadang nak dijadikan playroom. Fikir punya fikir, okay la on la convert bilik tengah jadi playroom Afkar sepertimana cadangan Mr.Teddy.
So weekend baru ni gigih le kami laki bini make over bilik. hehehe. Asalnya bilik ni ada katil divan single, drawer IKEA isi baju Afkar, carpet IKEA, toys Afkar dapat time beday lepas yang still lom bukak lagi. Gambo nan ado sebab xsempat nak amik gambar Mr.Teddy dah alih barang dulu. huhuhu. Semangat tol Babah. Tugas angkut-mengangkut Babah buat. Tugas susun menyusun Ummi yang buat. Baru adil dan saksama. Carpet dengan katil dikeluarkan dari bilik tu. So tak banyak la pun Mr.Teddy nak alih. Actually tak banyak pun yang di'makeover'. Still guna cat yang sama : warna biru. Langsir pun sama. Belasah ler pink pun. hahaha. Tu langsir bilik anak-anak Abang saya yang memang ditinggalkan untuk kitorang pakai. Pastu kitorang masukkan playmat sedia ada dengan rak colourful beli kat Giant. Toys Afkar semua susun kat rak tu. Tak banyak mana pun toys Afkar. Ni le hasilnya selepas make over ler sangat .

~Gigih babah pasang rak Giant : RM 15.99 je. Promo sampai 3hb. Sampai 3 Babah suh beli. Warna ikut suka je amik. Sebab kat kotak tu tak tanda warna apa~~


~Budak kecik ni wajib enterframe. Sukati je dia menyelit kat tengah-tengah tu tau~

~Ni la dia Playroom Afkar. Banyak lagi ni nak perbaiki n nak tambah.~

~Drawer Ikea : Tempat simpan baju bajan Afkar. Wajib budak tu enterframe. Jadi mandur. Inspect apa yang patut~


Korang agak-agak macam mana perasaan Afkar time tengok playroom dia. Time kitorang sibuk mengemas tu pun dia dah sama sibuk nak kemas sama. Kita masuk dia kuarkan. Sampai bila nak siap anak oii camni gayanye. Pastu sibuk suh bukak toys yang belum bukak lagi tu. Last-last Babah upah biskut kat dia. hahaha. Dapat le Ummi mengemas dengan aman damai. Bila dah siap susun semua, panggil dia masuk. Excited la dia. Tapi rasanya excited tengok toys walaupun tu je la pun toys yang ada. Duk ulang main. hahaha. Sekarang ni tengah nak ajar dia main dalam playroom pulak. Sebab sehingga ke malam tadi dia still hangkut toys dia bawak main kat luar bilik. Grrr. Slow-slow kita belajar ye Afkar. 

7 comments:

  1. Fayel takde bilik...ruang bawah jadi playland...hmm rasa nak kena ubah suai balik la...khemah kena humbam heheh

    ReplyDelete
  2. seronot lah afkar dah ada playroom..muna pulak bila lagi ni..huhu

    ReplyDelete
  3. K.My ~ ni pun semangat nak buat lepas baca entry Anis. Pastu semak dah mata tengok toys Afkar sepah-sepah kat ruang tamu.

    Ilya~Dalam proses lagi ni nak ajar dia main dalam playroom...

    ReplyDelete
  4. hebat lah korg... mnjadi btul gaya playroom ni.. afkar main dlm ni je tau... nnt leh tmbh mainan lg..kikiki

    ReplyDelete
  5. Umi~tu r...nak pujuk Babah beli toys Afkar ni...tapi setepek Babah sound hadiah bday taun lepas pun tak abis main lagi...

    ReplyDelete
  6. rajinnya mama n papa afkar ni..i tak larat nak berkemas dh. xsampai 2 minit dah kecah semula..fuhhhhhhhh

    ReplyDelete
  7. Tmah~rajin xrajin sangat le sebenarnya...huhuhu. Tapi bila dah dalam bilik tu kalau bersepah kurang sket sakit mata bersepah...hehehe...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...