Tuesday, October 1, 2013

Gantung Pam...


Assalamualaikum w.b.t

Hari tu kan ada cerita yang saya dah start intro FM kat Afkar. Alhamdulillah setelah mencuba pelbagai jenis susu akhirnya Afkar nak minum Anmum. Kalau before ni dia minum 2oz je time nak tidur. Skang dah jadi 5 oz. Kekadang tak tidur pun dia nak minum dah. Tapi dengan saya still tak nak botol. Tetap menyelak Ummi jugak. So, kalau hari kerja malam memang mengempeng la. Kekdang Tak sempat malam. Balik kije tu dah suruh "bah bah". Kekadang kat rumah Mama dah landing atas riba. Kalau weekend time nak tidur tu dia carik la.

Last week saya dah start gantung pam. Berehat sekejap untuk sambung time next baby. InsyaALLAH. Semoga rezeki susu untuk next baby sentiasa dilimpahkan sama macam Abang Afkar jugak dan dipermudahkan  segala urusan dalam perjalanan penyusuan. Amin. So dah boleh hantar service pam Medela Swing kesayangan saya. Hari tu dah call Lactaequip Bangsar boleh hantar service kat sana. Kena charge sket. Tak ingat berapa RM.

Medela Swing ni memang kesayangan saya. Banyak betul berjasa. Hampir 2 tahun. Selama penggunaan ni Alhamdulillah tak ada sebarang masalah besar kecuali kes susu backflow. Tapi jarang-jarang pun berlaku. Bila dah tau trick macam mana nak elak back flow memang xde lagi masalah tu. Kalau jadi pun, jangan panic. Stopkan pam. Pastu keringkan susu dalam tube. Kalau ikut manual on kan pam. Tapi saya tak pernah try. Takut termasuk dalam motor lak. Selalu saya pusingkan tube tu ala-ala koboi. Bila dah kering, start pam balik. Pastu baru basuh tube dan keringkan dengan cara yang sama.


~Medela swing yang saya upgrade jadi double pump. Semoga terus berkhidmat untuk saya~


Aitu ade gak Mr.Teddy offer nak beli pam baru tak untuk next baby. Sebab dia tengok memang berbaloi betul pelaburan dalam beli pam ni. Tapi saya rasa tak ada lagi keperluan untuk tu. Semoga Swing kesayangan saya ni akan terus berkhidmat dengan baik lepas-lepas ni pun.

Rasa janggal gak dah tak bawa cooler bag dengan pam. Dah hari-hari usung kan. Rindu gak nak mengepam dekat office. Rutin harian hampir 2 tahun. Alhamdulillah boss sekarang memang bagi keizinan so saya tak terkejar-kejar nak curik masa untuk mengepam. As long as kerja siap. Masa naik dari cuti pantang saya personally jumpa boss dan bagitau yang saya nak minta izin untuk ambil sikit masa mengepam. Mula-mula pam dekat surau. Pastu boss kecik bagi green light pam dekat bilik je. Tutup pintu bilik dan pam dengan selesanya. Syukur jugak la dapat boss-boss yang memahami.

Akhir kata wah macam nak buat thesis lak bersyukur ke hadrat Ilahi dengan rezeki yang dilimpahkan buat Afkar walaupun tak sampai dua tahun, saya tetap bersyukur. Sehingga setahun sembilan susu Ummi sepenuhnya. Setahun 10 bulan berhenti mengepam. Dan tak tahu sampai bila Afkar nak mengempeng. Selagi Afkar nak, saya terdaya n tiada kesan sampingan, InsyaALLAH boleh diteruskan. Tak ada kekuatan untuk wean off dia lagi. Nak-nak lagi bila dengan Ummi memang dia reject botol. Saya yakin setiap yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersendiri. Terima kasih buat suami tercinta, Mr.Teddy yang sentiasa menyokong perjalanan penyusuan saya. Terima kasih tak terhingga juga untuk Medela Swing kesayangan saya. Terima kasih juga buat orang sekeliling yang memahami dan menyokong perjalanan penyusuan ni. Walaupun awalnya agak berliku tapi Alhamdulillah dapat diatasi dengan baik. Tetiba rasa sebak time tulis entry ni. huhuhu.

9 comments:

  1. kite pun baru je gantung pump minggu ni..hehe
    tp mlm2 mesti mengempeng nk nenen

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la tmah...kalau dengan kite x pandang die kat botol...

      Delete
  2. iskkkk akak paham sgt perasaan gantung pump tu... apa pon tahniah sbb dpt bg breastmilk pada anak bujang tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq k.lia...berat gak nak buat keputusan ni sebenarnya...huhuhu...

      Delete
  3. rezeki afkar lama dia rasa susu mama dia...bestnya....takpe kalau husben offer pam baru beli avent duo isis tau..terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah k.mimy...best yerk avent duo isis tu...boleh dicadangkan ni...hehehe...

      Delete
  4. Hehe.. tiba2 aku nak tanya soalan sensari.. preggy lagi yekk..? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sensasi sangat dayah...hehehe...pandai ko teka=)

      Delete
  5. aku pun turut baca dgn penuh emosi :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...