Wednesday, October 9, 2013

Birthday Present 2013

Assalamualaikum w.b.t

Wah kemain hari ni sampai dua kali up entry. Rentetan daripada kisah bercuti dalam kesakitan saya time dekat-dekat nak birthday ada kisah lagi bersambung lepas tu. Hari Isnin tu saya still sakit perut. Ye sakit perut di hari jadi.  Mr.Teddy kerja macam biasa. Dah tengahari sket tu saya call mengadu yang saya sakit perut. Pastu Mr.Teddy pun balik terus bawa saya pergi Hospital Kajang. Dia nak bawa saya pergi Hospital Putrajaya tapi cam jauh nau pulak. Pergi je la Hospital Kajang.
Time tu saya memang tak boleh berdiri dah. Perut sakit mencucuk-cucuk. Kena tolak naik wheelchair. Saya dah menangis-nangis kesakitan. Terus kena tolak ke Yellow Zone. Disuruh baring. Pastu nurse check tekanan darah, temperature, kena ambil darah n urine. Pastu macam-macam la diorang tanya. Dalam hati, banyak pulak soal orang dah sakit ni. tapi jawab je la gak kan. Doktor datang check. Tekan-tekan perut saya kat tempat yang sakit tu, lagi sket nak melayang kaki. Sakit kot Doktor oii. huhuhu. Pastu macam-macam la doctor tu tanya. Sakit kat ari-ari tak - TAK SAKIT. Time buang air kecil sakit tak - TAK SAKIT.  Pastu doctor diagnose saya 'hyperemesis gravidarum'. Mak aii nama penyakit berbelit lidah den nak menyebutnya. Bahasa mudahnya alahan teruk (muntah, nausea) masa pregnant. Dah dehydrate so doctor suh drip air n nak pantau. Kalau saya segar after drip, saya boleh balik. Kalau tak kena admit.
Hospital Kajang : Paham-paham je la. Tapi time saya kena drip tu boleh dikatakan tak ada la penuh sangat. Cumanya ada sorang Aci yang tengah mengerang kesakitan perut duduk sebelah katil saya. Diagnose appendiks n lagi sorang Bangla yang baru lepas accident kat site duduk depan saya. Berlumuran darah. Takut tengok dua orang ni. Terus rasa tak sabar nak blah dari situ. huhuhu. Kejap-kejap tanya nurse bila boleh balik. Dah habis sebotol air kena drip, doctor datang check. Terus saya buat-buat sihat. Eh tak ada la buat-buat, tapi memang ok sket after drip.
Hadiah birthday 2013 : bermakna sungguh. Kena drip air sebotol kat Hospital Kajang ditemani Aci sebelah katil n Bangla depan katil. huhuhu. Sebenarnya ada yang lebih bermakna : saya pregnant 2nd baby n Afkar bakal jadi abang. Alhamdulillah. Hari ni genap 12 minggu usia kandungan saya. Tula hadiah birthday paling bermakna. Betul la orang cakap pengalaman pregnant ni lain-lain setiap anak n setiap orang. Kali ni saya mabuk agak teruk berbanding time Afkar. Adalah tu hikmahnya. Tak kisah la Ummi menanggung kesakitan, yang penting adik baby kat dalam sihat n baik-baik je. Kawan-kawan tolong sentiasa doakan kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan saya dan juga baby. Amin. 
Sebelum abiskan entry nak cite gak yang ni. Pagi tu bangun cam biasa. Time nak iron baju Mr.Teddy, jumpa ni kat iron board.
Alo-alo sweetnye. Taun ni xde cake, xde makan special. Tapi kita ada hadiah lebih bermakna =)Malam tu tepat pukul 12 sempat lagi dia kejut saya n wish birthday. Anyway thanx dear. Tolong jaga I n Afkar time I tak sihat. Layan je kerenah I. Love U.

6 comments:

  1. congrats airenz! harap trimesters anda dipermudahkan... :)

    ReplyDelete
  2. so sweet...precious of life 2nd baby...take care

    ReplyDelete
  3. Semoga semua dipermudahkan tau..
    Bestnyer dpt suprise... Kegembiraan di kala kesakitan.. Rasa hilang jap kan sakit tu :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...