Wednesday, October 9, 2013

Cuti-cuti Malaysia : Cherating [Bercuti Dalam Kesakitan]

Assalamualaikum w.b.t

Last weekend kitorang sekeluarga pergi bercuti-cuti Malaysia  sambil tanggung kesakitan  di Cherating. Tak plan pun sebenarnya. Kebetulan Mr.Teddy ada kerja kat Kuantan so dia ajak la follow sekali. Kononnye boleh celebrate birthday saya sekali kat sana. Asalnya saya macam tak nak follow sebab saya tak sihat sangat. MC dari Khamis lagi. Cakap kat Mr.Teddy xpe la kalau nak pergi kerja pun, saya boleh duduk rumah Mak. Tapi sian lak kat Mr.Teddy dah ajak tu ikut la jugak. Lagipun rasa Jumaat pagi tu macam dah ok sket.
Disebabkan tak plan apa pun kitorang redah je. Tak book hotel segala. Dengan harapan ada la hotel yang kosong. Bertolak la kami sekeluarga petang Jumaat tu ke Kuantan. On the way tu saya start sakit perut balik. Sakit yang amat. Mencucuk-cucuk perut. Macam angin gitu. Alhamdulillah Afkar tidur je sepanjang jalan tu. Kalau dia jaga, satu hal pulak dengan melayan dia, melayan sakit perut lagi. Bangun time kitorang stop dekat R&R Temerloh. Saya order bubur dengan air panas. Lega sikit rasa. Sampai Kuantan dalam pukul 11 kalau tak silap. Stay kat hotel City Times. Betul-betul bertentangan dengan Kolej Shahputra. Selesa jugak hotel ni untuk kitorang n bagi saya berpatutan dengan harga. Ada satu  queen size katil n satu katil single. RM150/night. Breakfast tak banyak pilihan sangat. Disebabkan saya pun tak berapa nak selera makan roti bakar pun dah memadai.

~City Times Hotel~

~Bilik hotel. Abaikan bujang yang terkapau tido atas katil tu. Kepenatan~
Hari Sabtu lepas settlekan Afkar mandi semua, Mr.Teddy pergi kerja. Tinggal la kami dua beranak dalam bilik hotel. Afkar buat hal dia je, saya layankan je dia nak apa. Nak tidur bagi tidur, nak main bagi main. Time tu pun perut dah ok sikit. Lepas Mr.Teddy balik dari site kitorang check out n terus ke Cherating. Saya gtau dah Mr.Teddy perut saya kena isi dulu before cari hotel. So kitorang pun terus lunch dulu bila dah sampai Cherating. Dah settle lunch baru cari hotel. Mula-mula kitorang g The Legend. Sebab check kat Agoda harga RM 200. Ok la gak. Sekali nan ado bilik yang harga     RM 200. Yang ada harga RM 580. Mak aii mahalnye. Baik beli promo Grand Lexis RM 450 kat Groupon aritu. Try book The Legend kat Agoda problem la pulak. Pastu g Holiday Villa lak. Bilik tak ada kosong. Pastu Mr.Teddy pergi ke arah pantai Cherating jumpa Cherating Bayview Resort. Harga RM 180 bilik deluxe. Katil queen ada dua. Betul-betul mengadap laut. Cantik view. Pantai bersih. Bilik pun selesa. Cuma persekitaran cam suram sikit r. Tak kisah dah tu semua sebab saya dah tak larat menahan kesakitan perut. Gambo nan ado sebab time ni sakit perut. huhuhu. Nak tengok gambo kalu sila google yerk or klik link ni.
Time hari Sabtu lepas Asar perut saya bertambah sakit. Dengan pingang sekali sakit. Sampai ke malam. Nak jalan pun tak larat. Memang tak explore resort yang kitorang stay ni. Sempat bawak turun Afkar mandi laut je petang tu. Tu pun Babah yang layan. Saya duduk tepi. Bila dah balik google baru tau ada swimming pool rupenye kat situ. Afkar n Babah la menikmati mandi laut. Ummi duduk tepi je ambik gamba sket-sket tak larat nak berdiri lama-lama. Sedih betul. Afkar dengan air memang excited la dia. Saya turun lambat sket tengok dah lencun. Baju tak tukar, pampers tak buka, kasut pun xbuka. Babah dia layankan je. Bila saya turun kena paksa tukar baju. Pastu follow je Babah buat apa. Babah lompat, dia lompat walaupun tak jadi.hahaha. Babah meniarap, dia pun meniarap. Mr.Teddy siap bawak dia berjalan atas air. Tak reti penat.

~Tengok budak ni paling teruja nak mandi laut. ~

~Tengah tunggu ombak~

~Leka main pasir~

Malam tu Mr.Teddy bawak kuar makan. Dia ajak makan kat The Legend. Tapi memikirkan perut saya pun tak berapa nak ok kang rugi je makan hotel satu hapa pun tak boleh masuk. So cakap kat Mr.Teddy kedai biasa-biasa je pun tak pe. Time keluar tu baru la jumpa banyak lagi resort kat area situ yang nampak lebih happening. Next time la kot. Mr.Teddy nak draw duit dulu. Rupanya dekat Cherating nan ado ATM. Dah dekat-dekat Kemaman tu baru ada. Yang kitorang ni kuar dari lorong hotel terus menuju ke arah Kuantan. Setiap stesen minyak Mr.Teddy berhenti tak ada ATM. Last-last saya cakap kat dia cuba tanya orang. Abang tu cakap paling dekat Kemaman. Jauh jugak ler time tu kitorang dah terlepas arah nak ke Kuantan tu kena patah balik. Dapat jumpa ATM dekat Shell dekat dah dengan pintu gerbang nak ke Kemaman.
Mr.Teddy terus bawak makan kat kedai depan Shell tu je. Macam-macam hoi Mr.Teddy order. Meleleh air liur tengok. Ikan Siakap 3 Rasa, Ketam masak apa tak tau , Kailan Ikan Masin, Sotong Goreng Tepung, Sup Ayam. Punya nak menjamu isteri tersayang. Dalam banyak-banyak tu saya mampu makan sup ayam je. Kailan, sotong dengan ikan siakap jamah sikit. Ketam tak usik langsung. Macam bukan saya je ni. Saya dan seafood tak dapat dipisahkan. Memang favorite. Tapi apakan daya bila dah sakit perut apa pun tak boleh. Sedih lagi. Saya siap suh Mr.Teddy tapaukan ketam dengan sotong kot-kot la malam-malam sikit boleh makan. Memang harapan. Sebab sepanjang malam sampai ke pagi saya sakit perut. Last-last Mr.Teddy yang makan. Tak pe eh Dy nanti I dah betul-betul sihat I tuntut dengan u.

~Telan airliur. Frust tak dapat menikmati~
Bangun pagi Ahad perut dah ok sket. Mr.Teddy beli breakfast kat luar. Makan still tak berapa nak selera. Pastu dia bawa Afkar mandi laut. Saya stay kat bilik je berehat. Awal gak kitorang check out sebab Mr.Teddy nak kena turun site dulu before balik. Lunch kat Kuantan dengan adik ipar sekali yang study dekat Kolej Shahputra. Pastu pergi site Mr.Teddy. Lepak dalam kete je. Afkar boleh pulak meragam. Dia nak main lollypop bukan makan pun abis melekit. Pastu lollypop dia terjatuh saya ambil buang terus mengamuk. Pujuk-pujuk tak lut. Last-last Mr.Teddy bawa turun baru senyap. Dah settle kerja Mr.Teddy kitorang pun bergerak balik ke Bangi.
Seperti biasa bila lepas Asar je perut saya sakit balik bawak ke malam. On the way balik tu Mr.Teddy sempat lagi tanya saya nak request makan apa-apa tak yang special tuk birthday saya. Saya cakap kat dia hold dulu sampai saya betul-betul sihat. Dah sihat kang memang macam-macam saya nak. hehehe.1st time ni tak request makan special. huhuhu. Tahan je nafsu sakit perut punya pasal.
Sekian je la cerita bercuti yang macam tak bercuti saya akibat menanggung kesakitan perut. huhuhu. Pakej sakit pinggang, muntah segala bagai. Makan ubat pun tak ada kesan. Nak bagi lega sikit saya minum air masak yang betul-betul panas. Sabar je Mr.Teddy melayan kerenah bini yang bertambah mengada-ngada bila dah sakit. Rugi tol tak sihat time dekat nak birthday tak boleh nak request macam-macam. huhuhu. Malam tu sampai rumah awal gila saya tidur. Afkar tak nak tidur lagi sila main dengan Babah. Ummi tak sihat.

2 comments:

  1. dapat jugak gi cherating...eh afkar tak takut air laut eh...Fayel air sungai takut...pool je tak...laut tak tau lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni Alhamdulillah ok je k.mimy pool dengan laut...sungai xtry lagi...

      Delete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...