Thursday, September 12, 2013

Afkar Setahun Sembilan Bulan

Assalamulaikum w.b.t

Lama tak update blog. Mood ke laut hoi. Hari ni nak cerita pasal apa erk. Pasal Afkar la. Boleh tak. Bujang sorang saya tu yang makin hari makin macam-macam keletah. Setahun Sembilan bulan dah si bujang tu.
Cakap still pelat-pelat n bahasa german. Yang simple-simple tu boleh la sebut dengan clear. Kalau dah panjang berjela jenuh gak nak memahamkan. Pastu bila kita tak faham dia nangis. huhuhu. Macam hari tu dia sebut "Bahbah". Saya cakap kat dia Babah belum balik. Babah work. Dia ulang sebut lagi "Bahbah" sambil tunjuk-tunjuk. Banyak kali lak tu. Suspend dah malam-malam ni nak oii. Ummi ko dah la penakut. Jawab lagi kat dia. Sekejap lagi Babah balik. Afkar main dengan Ummi dulu. Rupanya korang tau tak ape ke benda "Bahbah" yang disebutkan. Bantal rupenye. huhuhu. Bila saya dah tak faham sangat. Last-last dia bangun ambil sendiri bantal kat sofa suruh saya baring. Sekarang ni segala bentuk cecair dia sebut air. Susu pun air. Air masak pun air. Kalau kita bagi apa-apa kat dia macam biskut ke nanti dia reply "Acih". Pelat kan. Tapi saya n Mr.Teddy memang biasakan untuk cakap betul dengan dia. Maksudnya tak ikut pelat dia.
Semakin faham arahan yang diberi. Kira dah boleh harap la jugak. Minta tolong ambilkan barang ke. Kemas toys balik ke. Tapi part kemas toys bercinta gak. Kena buat main kira-kira dengan dia masukkan toys dalam bekas baru dia nak buat. Kalau suh sesaja memang nan ado. Kalau dia nak apa-apa dan pada masa yang sama saya ada kerja tengah buat minta tolong dia tunggu sekejap. Ok dia pergi layan balik TV. Penantian dia boleh sampai tiga kali. Kali ketiga suruh tunggu sekejap tak boleh dah. Dia tarik tangan kita. Kadang-kadang bukan apa pun. Suh teman tengok TV. Tak pun nak ngempeng.
Selain dari keletah-keletah yang mencuit hati tu. Ada la jugak keletah yang menguji kesabaran. Kebelakangan ni dia dah pandai meragam. Bukan sket-sket punya meragam. Stok kalau nangis kaw kaw punya. Pakej dengan jerit-jerit. Culture shock sekejap Ummi awak nak. Afkar yang jenis cool before ni buat hal sendiri dah pandai nangis beria. Pastu bila dah merajuk tu meleret-leret la rajuknya. Tak boleh silap sikit. Tak dapat apa yang dia nak nangis. Tak dapat keluar main basikal kat taman nangis. Dah bawa jalan-jalan nak bawa masuk umah nangis. Baya-baya ni memang dalam fasa menguji tahap kesabaran kot yerk. Banyak lagi nak kena perbaiki diri untuk kawal diri. Ummi sket lagi nak jadi hijau ni. Ramai yang share tips nak berhadapan dengan situasi anak macam ni. Nanti saya share entry lain ok. Saya tengah cuba amalkan. Mudah-mudahan mampu bertahan dan bersabar. Amin.
Start bulan puasa haritu saya dah intro FM kat Afkar. Susu drop. Stok tak ada. Tapi Afkar reject. huhuhu. First try Ducth lady for kids yang kotak. Diluahkan. 2nd try Dugro. Minum 2oz sahaja tu pun time nak tido. Try Anmum. Pun sama. Bila betul-betul ngantuk baru dia minum.Camno ni ha. Nampak dah badan dia susut. Susu yang pam memang dapat sebotol je skang ni. Jumpa paed, paed suggest campur milo dengan fm. Tapi mak saya pulak cakap milo tu panas. Serba salah pulak. Tunggu Anmum habis nak try ape tak tau la. Afkar ni dia part minum-minum ni susah sket nak terima perasa lain kot. Kecuali air masak dengan susu Ummi. Tapi makan xkisah pulak. Lembik-lembik je dia tak suka.

~Saya lah budak yang selalu buat ummi saya sket lagi nak jadi hijau. Tapi saya tau ummi sayang saya. Tu yang saja test Ummi~

4 comments:

  1. try susu karihome sis...tu susu kambing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu la...ramai gak recommend karihome.Tunggu Anmum habis insyaALLAH leh try karihome lak.

      Delete
  2. Replies
    1. hahaha...tu r sket lagi nak jadi hulk. hehehe.

      Delete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...